≡ Menu

Dividen Tabung Haji 2016 dan Bonus. Pembayaran Februari 2017? Cara Pengiraan?



(Kemaskini terkini pada: Jul 17, 2017)

Dividen Tabung Haji 2016 dan Bonus. Pembayaran Februari 2017? Cara Pengiraan?

Yang bagusnya dengan pendapatan yang diperolehi daripada pelaburan TH menerusi pengumuman kadar dividen Tabung Haji dan juga Bonus Tabung Haji TH sudah siap-siap dengan zakat.

dividen tabung haji

Dan apa yang sahaja yang diperolehi adalah 100 peratus milik pelabur yang beragama Islam.

Dan angkanya masih lagi kompetitif berbanding pulangan pelaburan yang lain.

Ini kerana ia telah pun siap-siap ditolak dengan zakat. Berbanding pelaburan ASB, walaupun ia lebih tinggi berbandung dividen Tabung Tabung tetapi perlu ingat ia belum ditolak dengan zakat yang dikenakan kepada umat islam.

Persoalannya berapa yang pelabur TH akan dapat tahun 2016 ini? Adakah naik atau turun?

Berdasarkan semakan dan Berita Semasa difahamkan TH akan membuat pengumuman kadar dividen Tabung Haji 2016 dan bonus pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2016 menjelang minggu keempat bulan januari 2017 ini. Tidak lama sahaja lagi.

Untuk anda yang tertanya mengenai pemberikan bonus Tabung Haji, ia diberikan kepada anda dengan bersyarat. Maksudnya di sini..

Bonus khas itu akan diberikan kepada mana-mana daripada anda yang belum pernah sama sekali pergi menunaikan rukun Islam kelima.

Sementara menunggu pengumuman daripada TH tidak lama lagi, bersama-sama ini suka untuk Berita semasa berkongsi sejarah pembayaran dividen Tabung Haji dan bonus dari tahun 1994 sehinggalah tahun 2016.

Sejarah Pembayaran Dividen Tabung Haji dan Bonus : Tahun 1994 – 2016

Tahun Dividen Bonus
1994 9.5 Tiada
1995 9.5 Tiada
1996 9.5 Tiada
1997 9.5 Tiada
1998 8.0 Tiada
1999 8.0 Tiada
2000 5.5 Tiada
2001 3.25 Tiada
2002 3.5 Tiada
2003 4.0 Tiada
2004 4.3 Tiada
2005 4.5 Tiada
2006 4.75 Tiada
2007 5.0 2.0
2008 5.0 Tiada
2009 5.0 Tiada
2010 5.5 Tiada
2011 6.0 Tiada
2012 6.5 1.5
2013 6.0 2.0
2014 6.25 2.0
2015 5.0 3.0
2016 4.25 1.5

 

Duit dividen tabung haji dan bonus pelaburan anda akan terus kredit dan masuk ke akaun Tabung Haji TH di mana kemaskini buku pelaburan anda boleh dilakukan selepas daripada itu di mana-mana pejabat cawangan mereka yang berdekatan, ataupun bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic yang berhampiran dengan anda.

Cara Pengiraan Dividen dan Bonus?

Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan seperti gambar di bawah cara kiraan yang mudah untuk anda faham berserta dengan contoh melalui situasi yang berbeza.

Kongsikan dan share, perkongsian ini dengan kenalan terdekat anda. Semoga bermanfaat.

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Berita Terkini Tabung Haji Bailout 1MDB? 1MDB Jual Tanah Bayar Faedah Hutang Pin... Berita Terkini Tabung Haji Bailout 1MDB? 1MDB Jual Tanah Bayar Faedah Hutang Pinjaman US$52 Juta 11 Mei 2015 Kata Berita Reuters! Kebanyakan GLC di Malaysia ni di PENGERUSIkan oleh ahli politik terma...

73 Komen Bernas di Berita Semasa… add one
  • 1 Anonymous 10:10 am

    elok umat islam yang melabur dalam asb keluarkan saja simpanan mereka dan pindahkan ke tabung haji, kerana tabung haji dah zakatkan sekali simpanan pendeposit. dalam bahasa mudahnya, kalau tabung haji bagi 6%, sebenarnya dia bagi anda 8.5% kerana 2.5% telah dizakatkan. kena pulak kalau dia beri lagi 2% sebagai bonus, maka sebenarnya dia telah bagi 10.5%
    walhal asb yang bagi setakat 7.5% saja anda perlu keluarkan 2.5% untuk zakat (sekiranya anda benar-benar beriman). jadi dividen yang anda dapat dari asb hanya sekadar 5% sahaja

  • 2 Badrul Hisham 2:51 pm

    As salam Tuan, boleh tau ker maksud baki purata minima tu macam mana…

    contohnya, andaikan dalam akaun tabung haji saya ada RM 5000 selepas dividen untuk tahun 2014, pastu saya ada tambah simpanan saya untuk tahun 2015 namun tidak konsisten setiap bulan…diakhir disember 2015 saya ada RM 7500 lah katakan…jadi untuk pengiraan dividen Tahun 2015 pada Januari 2016, macam mana nk kira tuk tentukan nilai “BAKI PURATA MINIMA BULANAN AKAUN TH (JAN-DEC 2015)” tu tuan…Terima Kasih…

  • 3 Anonymous 6:13 pm

    saya rasa maksudnya ianya ikut bulan berapa anda bayar. sekiranya anda masuk genap setahun, ianya akan dibayar dividen genap setahun, kalau 8.5% maka anda dapat la 8.5%
    kalau nak genap, dividen akan dibahagi ikut bulan berapa anda simpan. kalau 10 bulan, 8.5/12×11.

  • 4 Anonymous 9:56 pm

    En Badrul, maksudnya encik perlu lihat berapa baki PALING rendah encik pada bulan 1, kemudian berapa baki paling rendah bulan 2, dan berikutnya hingga bulan 12.

    Tambahkan semua baki paling rendah dari bulan 1 hingga 12 tadi, kemudian bahagikan dengan 12. Itu lah purata minimum bulanan.

    Purata tu lah nanti darabkan dengan peratus dividen :)

  • 5 Anonymous 1:46 pm

    HARAP CEPAT2 LA DAPAT DIVIDEN.. BLH COVER INSURANS ROADTAX KETA SAYA…

  • 6 Anonymous 8:33 pm

    Setuju sangat, dah tu pula 5% dari ASB tu pun masih ada unsur syubahah, maka lebih baik kita keluar dari syubahah, itu lebih selamat.

    Lagi pun alternative yang syariah compliant (Tabung Haji) dah ada, dividen yang diberi pun kompetitif, so why not?

    Kalaulah kita pilih ASB hanya disebabkan dividen dia 1-2% lebih dari Tabung Haji, ketahuilah itu jela harga iman kita.

  • 7 Anonymous 9:16 am

    Assalamualikum…Saya suka melabur dlm T H Olih Kerna Telah D Tolak Zakat…Alhamdulilah…

  • 8 naguib 9:17 am

    Assalamualikum…Saya suka melabur dlm T H Olih Kerna Telah D Tolak Zakat…Alhamdulilah…

  • 9 Anonymous 9:08 pm

    saya follow

  • 10 Aisha 11:13 am

    Saya telah keluarkan semua simpana saya dari ASB masuk ke Tabung Haji. Lega rasanya sebab tak perlu fikir nak keluarkan zakat. Kadang-kadang kita sendiri pun tak berapa pandai mengenai pengiraan zakat ini, lebih-lebih lagi kalau dalam setahun itu kita buat beberapa pengeluaran melalui ASB.

  • 11 Anonymous 11:35 am

    bila tabung haji nk umumkan dividen ni??

  • 12 zek 9:43 am

    jgn terlalu berharap dividsen yg tinggi…

  • 13 norm 10:48 pm

    Doakan yg terbaik

  • 14 jala mas 10:23 am

    Saya harap div dan bonus tahun 2015 lebih baik atau setidak-tidaknya sama dgn tahun lepas. TH perlu buktikan pulangan pelaburannya paling baik utk org islam. Kita dah tak ada pilihan lain kerana ASB ada syubahah dan agama meyuruh kita tinggalkan dan kita perlu memilih yg tidak meragukan.

  • 15 Amir Akmal 10:09 pm

    Dividends lebih 15% hasil keuntungan jual tanah .tahniah pengerusi.

  • 16 zack 9:46 am

    harap dividen tahun 2015 tidak menghampakan semua pendeposit yang memberikan kepercayaan penuh kepada th untuk menguruskan simpanan selama ini.

  • 17 siti 10:07 am

    Dah minggu ke 4 . Sudah diumumkan ke?

  • 18 olive 10:18 am

    ye.jgn hampakan kami.

  • 19 angah 6:12 pm

    kalau saya ada buat simpanan pada tahun 2015 sehingga bulan disember.bulan januari 2016 saya keluarkan duit separuh dari jumlah simpanan.adakah saya dapat diveden penuh untuk simpanan 2015?

  • 20 pak abu 2:01 am

    Harap2tak mendukacita pada penyimpan2

  • 21 Anonymous 11:41 am

    bila boleh kemaskini buku akaun??

  • 22 Anonymous 10:30 am

    Takut juga pasal dividen tabung haji kita tahun ni… panel lembaga pengarah semuanya ada kaitan dgn 1MDB ..

  • 23 Warisan 8:04 pm

    Alangkan berbangganya Negara kita sekiranya terpilih hingga kini Ahli Lembaga Bijakpandai di Tabung Haji seperti Prof Engku Aziz dan Bekas Pengarah Tabung Haji Ustaz Haji Daun Che’ Ngah.

  • 24 Anonymous 3:30 pm

    Dah sebulan berlalu,bila dividen dan bonus tabung haji nak diumumkan..

  • 25 Anonymous 10:02 am

    Senyap aje pasal dividen .. dah masuk bulan 2 nie..

  • 26 Anonymous 3:36 pm

    Bila bonus nak diumumkan ni.. nak bayar yuran anak kat Universiti. Dah ler tak ambil PTPTN.. nak bayar ngan apa ni.. tolong ler wahai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji… Saya menabung untuk masa depan anak2 yang nak melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah saya dan suami telah menunaikan haji pada 2009 dengan mengikuti Pakej Andalusia Travel Sdn. Bhd. Kesemua anak2 saya telah didaftarkan Haji… InsyaAllah ada rezeki Tahun 2029 saya sekeluarga akan dapat lagi menunaikan haji… Ni saya nak bonusnya.. untuk bayar yuran anak yang nak masuk universiti. Seorang tu tengah buat Master, sorang tu last sem buat degree, sorang lagi tu.. tahun 2 di UPM.. semua perbelanjaan sendiri… PTPTN lebih ramai yang memerlukan kesian orang2 kampung yang berpendapatan rendah..

  • 27 Zulkifly 10:52 pm

    Pelabur tegar dukacita hanya dapat 5 peratus dividen.. 3 peratus tambahan bagi bagi yg belum tunai Haji..tak betul bagi pelabur tidak diberi keuntungan yg sama.. Bagi subsidi ketika menunai Haji ok dan boleh diterima..

  • 28 ASBsejak1990 11:56 pm

    5%

  • 29 Anonymous 5:07 pm

    dah umum dah harini. rabu ni bleh ratah kalau korang rakus sangat. kecoh la korang ni. tak reti sabar langsung. hah, bonus tu simpan, jadikan pelaburan akan datang. bukan pegi habiskan. esok mengeluh.

  • 30 zul 10:27 am

    Assalam…Nak tanya sikit pd TH…Dividen 5% dari jumlah baki simpanan dan bonus 3% utk yang belum mengerjakan haji bawah rm 10K…Kenapa bonus 3% tidak dikira dari jumlah simpanan pelabur TH…

  • 31 Anonymous 11:49 am

    lu slh tmpt nih bai. lu pi taip mende ni kt th nyer emel le. xpun kt twitter dia. yg tny kt sini watper?
    ok ler tuh dia bg bonus 3% dr kos keje haji, dr xbgi lgsung? bersyukur ler skit weh. lu nk pe lg? nk 97% dr simpanan nko? lemak ler.

  • 32 Anonymous 11:12 pm

    waklu maw syukor … simpanan wa beratus ribu dlm tu sengall !! lg maw syukur kaaa

  • 33 Anonymous 7:12 am

    kpd yg simpang bwh 10 ribu untg la dpt 8% dividen, dan siapa yg simpan lebih 10 ribu cuma dpt 5% dividen. ni yg ada fikir nak melabur dlm asb.

  • 34 Nolly 1:23 pm

    Dividend Tabung Haji tahun ini rendah tak sama dengan yang diwawarkan dalam akhbar. Katanya tinggi 5% + 3% bagi yang belum mengerjakan Haji. Bonus 2015 sebanyak RM46.95 dan tambahan RM28.17 yang menjadikan jumlahnya sebanyak RM75.12 sahaja. Kalau saya simpan di ASB saya boleh dapat RM900.00. Rasanya Tabung Haji lebih dari Bonus ASB 2015. Bukannya saya tak bersyukur tetapi nampak sangat Tabung Haji hanya memberi tambahan sebanyak 0.5% sahaja dividen tak sama dengan tang diwawarkan.

  • 35 Anonymous 11:28 am

    Minta maaf…sebenarnya tuan silap..dividen+bonus=katalah 8%. Tabung Haji hanya depositkan 8%-2.5% (zakat) dalam akaun tuan.

  • 36 ray97 3:02 pm

    Saya ingin bertanya TH menggunakan aqad atau kontrak apa? Sama ada al wadiah? Jika al wadiah. Dividen tidak perlu diberi. Contoh simpanan peribadi atm Bank Islam yang mana menggunakan alwadiah. Bank Islam hnya memegang amanah dan tidak memberi dividen. Mohon pencerahan. ensabipait@gmail. Ianya salah satu daripada kerja lapangan kami. Tq

  • 37 anon 9:36 am

    xyah la nk menyimpan, kang kene zakat pulok dah la dividen cenonet jek…belanje je la labuu….

  • 38 Saldawarti 8:53 am

    Saya tak harapkan dividen+bonus yang tinggi atau rendah, bagi saya yang penting telah dizakatkan hasil simpanan saya Dan membuatkan hati Saya tenang.. terima kasih tabung haji 😊

  • 39 Anonymous 3:24 pm

    Saya jgk dah lebih 5 thn melabir dlm tabung haji. Dgn harapan dpt sucikan harta dgn sebaiknya sekaligus peluang harapan utk tunaikan haji. Semoga Allah terima saya n wife.
    Cuma nak tanya disini berkenaan duit dari hasil dividen ASB awal tahun aritu saya hanya ambil modal sahaja dan selebihnya masih disimpan sbb tiada kepastian samada boleh guna atau kene serah baitulmal. Saya dah berenti pun asb sbb ada unsur syubhah.

  • 40 Cdek 3:25 pm

    Saya jgk dah lebih 5 thn melabir dlm tabung haji. Dgn harapan dpt sucikan harta dgn sebaiknya sekaligus peluang harapan utk tunaikan haji. Semoga Allah terima saya n wife.
    Cuma nak tanya disini berkenaan duit dari hasil dividen ASB awal tahun aritu saya hanya ambil modal sahaja dan selebihnya masih disimpan sbb tiada kepastian samada boleh guna atau kene serah baitulmal. Saya dah berenti pun asb sbb ada unsur syubhah.

  • 41 Hamba Allah 7:11 am

    Assalamualaikum, maaf nk bertanya…sekiranya sy keluarkan simpanan sy dlm TH pd bulan januari 2017 ttp pengumuman dividen 2016 belum dibuat..dividen simpanan sy dikira mcm mana yea..walhal tahun 2016 sy x kuarkn..cuma sy keluarkan pd awl tahun 2017…mohon pencerahan

  • 42 Hamba Allah 7:14 am

    Assalamualaikum, maaf sy nk bertanya…jika sy keluarkan duit simpanan sy pd januari 2017. Mcm mn kiraan dividen sy kerana ketika itu dividen belum lagi diumumkan…adakah kiraan dikira sehingga bulan terakhir 2016 atau bulan terakhir sebellum dividen diumumkan?

  • 43 yanie 10:52 am

    Salam.saya nak tya.jika sya buat kad bank islam untuk tabung haji.boleh ke sya check dividen tanpa kemaskini

  • 44 ZAMESMAIL 9:20 pm

    mari guess brp dividen dan bonus utk tahun 2016….
    6% + 2%

  • 45 Anonymous 11:11 pm

    4.5 %+ 2.5% agaknya laa..

  • 46 insan yg ikhlas 1:03 pm

    elok la dicepatkan dividen nape perlu hingga feb dis patut dh bagi

  • 47 pendeposit setia 1:09 pm

    klau duit kita ambil feb 2017 dividen belum kira duit tu jadi kurang la dividen nya ye

  • 48 black artline 12:31 pm

    lambat lagi ker nih? nak withdraw dividen ni.. bayar ptptn.. hahaaha

  • 49 tanpanama 10:19 am

    dah boleh kuar dah..
    dividen kira sampai 31th dec jer

  • 50 Anonymous 12:55 am

    pehal topik nih recycle blk utk thn ni? pmalas tul.

  • 51 Hj Ramli 1:46 pm

    Dividen dikira sampai bulan Disember je setiap tahun, tetapi kenapa baru nak masuk akhir bulan Feb atau Mac?! Sepatutnya lah masuk awal bulan Januari lah !! TH cepat lah buat kerja, demi ummah.

  • 52 Anonymous 5:23 pm

    Saya ada simpanan dalam ASB dan TH. Zakat utk TH tidak perlu difikirkan kerana TH dah uruskan. Untuk zakat 2.5 dalam ASB biasanya saya sumbangkan kepada sdra mara yang daif dan institusi agama spti pondok pengajian. Jadi agihan saya boleh aturkan sendiri dan tidak seperti TH yg ditetapkan oleh lembaga urus TH

  • 53 Anonymous 8:52 am

    Kiraan bonus/khususnya dividen yg saya tahu ialah purata bulanan bagi setiap bulan dr januari sehingga Disember(cth: januari anda masuk awal bulan 100 tgh bulan 50 dn hujung bulan 70 so purata bulan bagi januari (100+50+70) bahagi 3},jumlahkan setiap bulan spt tadi kemudian dibahagi dgn 12 dan dharab kadar dividen tahun semasa.
    Dividen yg diberikan itu telah ditolak peratusan zakat sebanyak 2.5%.Cth jika tahun berkenaan diumumkn 6% beerti sebenarnya 8.5%.Hidup TH teruskan perjuangan anda utk umat Islam menunaikn haji dan ekonomi bagi umat Islam amnya.

  • 54 Anonymous 9:02 am

    Selain dividen bonus khas skrg ini diberi olh pihak TH kpd yg blum menunaikn Haji ttp kpd jumlah terhad kpd utk menunaikan haji shj.Katakn/ cth urusan Hj kosnya keseluruhan 9000 bermakna bonus khas diberikan utk sbnyk 9000 shj walau anda ada pelaburan/simpanan 12000. So daftarlh segera bukan niat nak dividen ttp utk mndpt haji mabrur semata2 krn Tuhan Rabbl’almin dn utk hidup di sana/akhirat

  • 55 Anonymous 9:04 am

    Btul tu… serampang 2 mata utk dunia dan jugak akhirat bila mati nanti….

  • 56 Anonymous 9:06 am

    Jgn istiddraj sudahlah takuti tuhan bagi dunia shj tapi tiada di akhirat.Nauzubillah

  • 57 Anonymous 9:11 am

    Utk akhirat kena dptkn hj yg mabrur bukan utk keduniaan spt utk dapat title hj atau hajjah umpamanya takut nanti jadi tak ikhlas biar tuhan rabbul’alamin shj tahu.Klu org dah tahu dn org nak panggil tu terpulanglah sbb mereka sendiri nk panggil takkn kita nak marah pulak Betul tak? Wallahualam

  • 58 Halim 5:36 pm

    APA pun dijangka dividen akan kurang dr 2016…Kerana penglibatan TH dalam pembelian tanah TRX..

  • 59 Anonymous 12:27 pm

    Patutnya TH kena umum/dptkn Dividen/bonus bagi pelabur/pendeposit lbh awal supaya dpt juga digunakn sementara tu utk persekolan anak/anak2.TQ

  • 60 Anonymous 12:25 am

    Tabung haji terbaik bagi umat islam

  • 61 Anonymous 9:09 am

    bila agaknya akan diumumkan tarikh bonus tbgn haji..puas dah nunggu

  • 62 Anonymous 10:14 am

    Ini dah minggu akhir januari belum dengar apa2 berita lagi tentang dividen/bonus T.HJ 2016 sedangkn asb sdah up to date 31/12/2016.Mengapa TH tiap2 tahun ambil tempoh begitu lama.

  • 63 Anonymous 2:02 pm

    Sekiranye dividend TH tidak sebaik tahun2 sebelumnya, saya sarankan kita withdraw sehingga tinggal RM9980 sahaja dan masukkan ke AHB yg dividend lagi consistent dan dibayar zakat juga

  • 64 Anonymous 2:06 pm

    Tambahan, sekiranya dividend dibayar 1/1 seperti ASB, bermakna dividend yg dibayar TH itu akan memperoleh dividend untuk tahun depan sekiranya tidak dikeluarkan. Sekiranya TH membayar dividend pada 1/3 atau lain2 bulan, pendeposit akan rugi dari segi bulan dividend dikira.

  • 65 Hamba Allah 2:51 pm

    I guest dividen 2016 6.5% + 2.5%.

  • 66 Lempoyang 4:24 pm

    Berjanggut nunggu..harap2 dpt lebih drpd thn 2015..aamiin

  • 67 Lempoyang 4:27 pm

    Berjanggut nunggu..harap2 dpt lebih drpd tahun 2015..aamiin

  • 68 Tanpa nama 1:07 pm

    Apa pasal lambat sgt umum dividen ni? Dah tak de duit ke?

  • 69 Jalil bin ldris 12:16 pm

    TH sepatutnya mengutamakan penyimpan dan bukanya hal2 yg lain. Setiap penyimpan mengharapkan keuntongan yg besar.Kalau diperhatikan dividen yg diberi Setiap tahun semakin menurun dan bukanya bertambah baik. Perkara ini tidak seharusnya berlaku. Jangan jadikan TH sebagaimana mainan politek. Tolonglah umat lslam yg tak pandai betniaga. Jadikan TH sepertimana Bank Rakyat.

  • 70 kamaruzaman 3:57 pm

    ade statement kate performance th tahun 2016 lbh baik dari 2015..knp div n bonus lbh rendah banding dengan 2015?

  • 71 Hj.Mohtar 10:31 pm

    Dividen TH tahun lepas tidak memberansangkan ..pehak pengurusan tertinggi TH
    seharusnya membuktikan bahawa kritikan kritikan yg dilemparkan kepada TH tidak bena r d engan memberi dividen yg memberangsang.namun sebalek berlaku.

  • 72 Anonymous 7:09 pm

    ini menunjukkan ekonomi negara teruk. lihat saja dividen asb tempohari dan ini dividen tabung haji. menyusut. sedih.

  • 73 Radzuan 6:00 pm

    Sy mula bukak acc dulu tahun 2001 ,brape la skrg agaknye ye ,xpnh cek pun

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini