≡ Menu

Dividen Tabung Haji 2017 dan Bonus Pembayaran Februari 2018

Dividen Tabung Haji 2017 dan Bonus Pembayaran Februari 2018

Yang bagusnya dengan pendapatan yang diperolehi daripada pelaburan TH menerusi pengumuman kadar dividen Tabung Haji dan juga bonus tabung haji TH sudah siap-siap dengan zakat.

dividen tabung haji

Dan apa yang sahaja yang diperolehi adalah 100 peratus milik pelabur yang beragama Islam.

Dan angkanya masih lagi kompetitif berbanding pulangan pelaburan yang lain.

Ini kerana ia telah pun siap-siap ditolak dengan zakat. Berbanding pelaburan  dan pulangan dividen ASB, walaupun ia lebih tinggi berbandung dividen Tabung Tabung tetapi perlu ingat ia belum ditolak dengan zakat yang dikenakan kepada umat islam.

Persoalannya berapa yang pelabur TH akan dapat tahun 2017 ini? Adakah pulangan dividen akan semakin naik atau semakin turun?

Berdasarkan semakan dan Berita Semasa difahamkan TH akan membuat pengumuman kadar dividen Tabung Haji terkini 2017 dan bonus pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2017 menjelang minggu keempat bulan januari 2018 ini. Tidak lama sahaja lagi.

Untuk anda yang tertanya mengenai pemberikan dan pembayaran bonus Tabung Haji, ia diberikan kepada anda dengan bersyarat. Maksudnya di sini..

Bonus khas itu akan diberikan kepada mana-mana daripada anda yang belum pernah sama sekali pergi menunaikan rukun Islam kelima, iaitu ibadah haji

Anda nak tahu samada anda dipanggil untuk menunaikan Haji : KLIK SINI

Sementara menunggu pengumuman daripada TH tidak lama lagi, bersama-sama ini suka untuk Berita semasa berkongsi sejarah pembayaran dividen Tabung Haji dan bonus dari tahun 1994 sehinggalah tahun 2017.

Sejarah Pembayaran Dividen Tabung Haji dan Bonus : Tahun 1994 – 2017


[table sort=”desc,asc”]
Tahun,Dividen,Bonus
1994,9.5,Tiada
1995,9.5,Tiada
1996,9.5,Tiada
1997,9.5,Tiada
1998,8.0,Tiada
1999,8.0,Tiada
2000,5.5,Tiada
2001,3.25,Tiada
2002,3.5,Tiada
2003,4.0,Tiada
2004,4.3,Tiada
2005,4.5,Tiada
2006,4.75,Tiada
2007,5.0,2.0
2008,5.0,Tiada
2009,5.0,Tiada
2010,5.5,Tiada
2011,6.0,Tiada
2012,6.5,1.5
2013,6.0,2.0
2014,6.25,2.0
2015,5.0,3.0
2016,4.25,1.5
2017,4.5,1.75
[/table]

Duit dividen tabung haji dan bonus pelaburan anda akan terus kredit dan masuk ke akaun Tabung Haji TH di mana kemaskini buku pelaburan anda boleh dilakukan selepas daripada itu di mana-mana pejabat cawangan mereka yang berdekatan, ataupun bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic yang berhampiran dengan anda.

Bagaimana Cara Pengiraan Dividen dan Bonus

Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan seperti gambar di bawah cara kiraan yang mudah untuk anda faham berserta dengan contoh melalui situasi yang berbeza.

Kongsikan dan share, perkongsian ini dengan kenalan terdekat anda. Semoga bermanfaat.

bonus tabung haji