Dividen KWSP Malaysia 6.40 Peratus. Elak Bandingkan Dengan LTAT!!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +


Dividen KWSP Malaysia 6.40 Peratus. Elak Bandingkan Dengan LTAT!!

Setelah agak lama pencarum-pencarum KWSP tertanya-tanya mengenai dividen KSWP, akhirnya pengumuman mengenai dividen tersebut diumumkan melalui akhbar semalam.

dividen kwsp

Untuk maklumat lanjut, lihat butiran bersama-sama sejarah pembayaran untuk tahun-tahun sbeelum ini untuk perbandingan.

Sekarang ini ada seramai 14.36 juta juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan dividen KWSP kali ini antara kedua tertinggi dalam tempoh 16 tahun terakhir.

Sejarah Kadar Dividen KWSP EPF 1960 Hingga 2017 dan Bonus

Angka yang dicatatkan di bawah adalah dalam nilai peratus.


Tahun Kewangan Kadar Dividen KWSP
Tahun 2017 Nantikan
Tahun 2016 5.7
Terkini Tahun 2015 6.40
Tahun 2014 6.75
Tahun 2013 6.35
Tahun 2012 6.15
Tahun 2011 6.0
Tahun 2010 5.8
Tahun 2009 5.65
Tahun 2008 4.5
Tahun 2007 5.80
Tahun 2006 5.15
Tahun 2005 5.0
Tahun 2004 4.75
Tahun 2003 4.50
Tahun 2002 4.25
Tahun 2001 6.0
Tahun 2000 6.0
Tahun 1999 6.84
Tahun 1997 – 1998 6.70
Tahun 1996 7.70
Tahun 1995 7.50
Tahun 1988 – 1994 8.00
Tahun 1983 – 1987 8.50
Tahun 1980 – 1982 8.00
Tahun 1979 7.25
Tahun 1976 – 1978 7.00
Tahun 1974 – 1975 6.60
Tahun 1972 – 1973 5.85
Tahun 1971 5.80
Tahun 1968 – 1970 5.75
Tahun 1965 – 1967 5.50
Tahun 1964 5.25
Tahun 1963 5.00
Tahun 1960 – 1962 4.00

Walaubagaimanapun, ia masih tidak mampu menewaskan rekod pengagihan dividen KWSP Malaysia selama 5 tahun lamanya sekitar tahun 1983 sehingga 1987.

Terbaru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengisytiharkan kadar dividen KWSP adalah sebanyak 5.70 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016

Ada juga pembaca Berita Semasa yang bertanyakan dan mula membandingkan mengapa dividen koperasi tentera lebih tinggi daripada dividen KWSP.

Sebenarnya, untuk membayar dividen EPF Malaysia kepada anda semua sebagai pencarum KWSP, EPF perlu menjana pendapatan sekurang-kurangnya :

  • Aset pelaburan EPF Malaysia RM526.75 bilion x 15 peratus : Berapa? (Sebanyak RM79 bilion)
  • Berapa keuntungan EPF sekarang? Sekitar RM31.02 bilion sahaja
    RM79 bilion – RM31.02 bilion = RM47.98 bilion perlu diraih EPF Malaysia bagi merealisasikan impian untuk memberikan sehingga 15 peratus kepada pencarum KWSP
  • Agak-agak anda, mampu atau tidak EPF Malaysia menjadikannya ia sebuah realiti?
  • Ataupun paling tidak pun 9-10 peratus?

LTAT boleh buat, kenapa tidak? Berita Semasa tidak mahukan tidak boleh langsung tetapi agak mustahil. Mungkin kita boleh sama-sama melihat angka-angka di bawah untuk dijadian contoh dan rujukan…..

  • KWSP: RM 452 billion x 15 peratus= Untung perlu dijana = RM 67.8 billion
  • LTAT: RM 4.56 billion x 15 peratus= Untung perlu dijana = RM 680 juta

Andaikata cara mudah yang KWSP lakukan untuk memaksimakan pulangan adalah dengan cara contohnya KWSP meletakkan separuh daripada dana mereka di dalam saham. Apa akan jadi? :

1. Kadar pulangan sekuriti kerajaan (kami ambil angka secara puratanya 4 peratus) = RM 226 bilion x 4 peratus= RM 9.04 billion

  • Maka kita akan mendapati untuk mencapai 15 peratus; kadar pulangan dalam saham = RM 67.8 biliion – RM 9.04 billion = RM58.76 billion

2. Kadar pulangan dividen pelaburan saham

  • Duit KWSP dalam saham – RM 226 billion
  • Market cap FBMKLCI = RM 484 billion
  • Dividen untuk FBMKLCI (secara puratanya 3.4 peratus) = RM 16.5 billion
  • Peratusan dividen FBMKLCI yang terkumpul untuk EPF = RM 7.706 billion (duit KWSP RM226 billion ialah 47 peratus daripada keseluruhan FBMKLCI)

Jadi hasil pendapatan KWSP setakat ini:

  1. Pulangan sekuriti gomen RM 9.0 billion
  2. Pulangan dividen saham RM 7.7 billion
  3. Jumlah = RM 16.7 billion. Masih tak cukup = RM 51.1bn (daripada sasaran pulangan 15 peratus yang berjumlah RM 67.8 billion)

Nak buat cemane nak dapatkan RM 51.1 billion? Adakah :

  • Melabur dalam Swisscash?
  • beli emas skim Genneva? Yang boleh menawarkan sehingga 35 peratus pulangannya

Jawapannya adalah jual saham. Jual RM 51.1 billion = Market cap FBMKLCI akan jatuh daripada RM 484 billion = RM 432.9 billion. Dengan cara seperti ini nilai pasaran akan jatuh terduduk sehingga 10.6 peratus tetapi hasilnya KWSP akan umumkan pulangan dividen sehingga 15 peratus. Mana satu pilihan anda? Atau anda mungkin ada pandangan yang berbeza?

Yang mana mahu bawa keluar untuk mempelbagaikan pelaburan anda, sandarkan dahulu kepada dana yang telah dijamin seperti ASB, ASW 2020, AS1M contohnya. Ataupun kalau nak keluarkan untuk diletakkan kepada public mutual contohnya, belek-beleklah semula pasaran saham sehingga benar-benar “hadam”.

P/S : Jadi, apa kata anda yang merupakan sebahagian daripada 8.3 juta pencarum dengan pengagihan dividen KWSP Malaysia kali ini? Puas hati?



Share.

19 Comments

  1. Alhamdulillah…agak tinggi juga tetapi adakah tahun ini sahaja yang akan dapat tinggi mcm ini
    adakah sebab pru13..

  2. cari kejayaan dunia dan akhirat on

    Lembaga tabung angkatan tentera (LTAT), lebih kurang sama fungsinye dgn KWSP, bg 15% dividen utk thn 2011… sekian~~

  3. entahnya
    patut bagilah lagi tinggi
    dulu boleh bagi, skang kenapa tak boleh
    tang tentera boleh pulak bagi tinggi, asik dia je lebih
    kiorang pun ada jasa kepada negara

  4. Alangkah amat beruntung pada mereka-mereka masih mempunyai caruman kwsp. Dagat gak merasa dividen 6%. Aku jugak tak dapat merasa sebab dah keluarkan 6 tahun yang lalu :)

  5. alhamdulillah……rezeki Allah taala yg bg.ape yg dpt, kite syukur lah.yg pntg rezeki yg halal.amin…….

  6. Gurkha Pencen on

    Pada pilihanraya kecil di selatan Malaya tahun lalu. Felda mengatakan mendapat keuntungan bagi menolak dakwaan pembangkang mengatakan Felda telah mengalami kerugian.. Yang peliknya jika Felda untung, kenapa pinjam KWSP sebanyak 5 bilion. Jika untung banyak, mengapa pulangan KWSP hanya dapat 6% sahaja. Begitu juga saham PLUS yang dibeli KWSP bersama UEM. PLUS rugi tang mana? Kereta berduyun-duyun kat highway. Hujan panas ribut banjir , kereta masih lagi lalu kat highway . Pergi dan balik.
    Untung KWSP dapat ciput jer. KWSP ni dah macam mesin menyambung hayat mereka yang dah semput jer. Apabila ada pemimpin yang dok asyik pandang tabung buluh ini sahaja tanpa berusaha mencari sumber lain, maka bukanlah beliau layak menjadi seorang pengurus tadbir yang amanah.

  7. Saya nak puji KWSP. Semalam keluar paper KWSP bagi 6% dividen, saya check akaun hubby saya terus masuk dividen 6% tu.Tak pulak dia tunggu waktu bekerja nak updatekan dividen tu dlm akaun ya.

  8. Pak cik tak paham pasal saham saham nih. Kalo main saham lagi terus tak pandai. Ada kawan pak cik, peneroka, dia pun tak paham dan tak pandai melabur saham saham nih. Tapi, harap harap pada masa hadapan, dividen 10% pun dah ok. Tapi kalo buat macam felcra punya konsep. Lagi bagus tahap dewa sistemnya. Dividen peserta cukup moto sebijik beli cash. Tapi pak cik terpikir kata-kata Gurkha Pencen tu ada benarnya. Nie pak cik semakin poning memikirkan nya. Poning-poning berpusing-pusing dan masih mencari jawapan yang sebenarnya.

  9. alhamdulillah, jerat yang saya pasang mengena
    langkah tahun lepas yang saya buat mengalihkan semua UT UT swasta kepada KWSP dan lepastu alihkan kepada ASW,ASD,dan terbaru AS1M…alhamdulillah semuanya mengena..

    Tahun ini adalah tahun terbaik pada semua dana BOND
    By the way next month saya akan transfer lagi to AS1M
    bravo and syabas kepada KWSP..

  10. Choprak Cawat Besiwat on

    kena pastikan jugak ASW, ASD, AS1M tu patut shariah ke tak..

    kalau haram/shubhah, dapat dividen 50% pon takde berkatnya..

    kejap je habis..kereta rosak, anak demam, rumah rosak, etc2….

  11. 6% je KWSP bagi…haha apa2 pun syukur lah rezeki….siapa yang pandai melabur sendiri tu….saham, UT…saya jamin boleh dapat lebih

  12. Kalu nak dapat lebih dari 6% dari duit KWSP, elok bubuh kat dalam Unit Trust jer.. biasanya UT bg lebih dari 10%.. cuma, UT ni long term..
    jika tak tahu mcmana caranye

  13. Aku boleh hidup 100thn dkt dunia ini on

    Scandal KWSP ni dah tak boleh sorok lagi. kalau kerajaan BN kalah habislah macam-macam rahsia KWSP yg keluar di tahun mendatang. Pertama sekali kita lihat KWSP takkan rugi sebab setiap tahun kenaikkan sendiri gaji ahli pencarumnya ( jadi bertambahlah wang dicarum) dan kedua pertambahan ahli barunya. Katakan sekarang ada 8.3 juta ahli kali RM100 sorang je sebulan sudah mencecah kutipan RM800 juta lebih sebulan.
    Ketiga KWSP tidak menyediakan data lengkap tahunan kemana wang KWSP dilaburkan , seperti yang dibuat oleh ASB pada ahlinya.
    Keempat siapa yang melantik pengarah KWSP, mana pergi minit mesyuarat agong , sepatutnya ahli yg berhak melantik ahli lembaga pengarah dan mempunyai kuasa mengetahui pengaliran wang simpanan mereka. Kalau dalam syarikat besar dah lama dah pengarah kena buang kalau syarikat rugi.
    Kelima KWSP kurang memberi tumpuan kebajikan pada ahlinya sendiri. terutama orang kerja swasta yang mencarum. Apa salahnya ahli dibenarkan meminjam duit akuan dua mereka sendiri dengan dikenakan sedikit faedah seperti koperasi. Banyak Along Ceti haram yang untung kerana tanggung jawap kWSP diberi pada Ceti Haram.
    Keenam Bangunan KWSP yang ahlinya berjuta-juta orang itu hanya hanya mampu megah berdiri beberapa tingkat saja jika nak dibandingkan dengan bangunan Tabung Haji yang ahlinya tak seberapa ramai dalam perbandingan jumlah ahli.
    Ketujuh ahli-ahli KWSP bukan calang-calang orang ada yang mempunyai ijazah, master dan PHD. Dalam soal nak menipu ahli tidak akan lepas sebab tidak ramai orang dapat hidup 100 tahun dan bila hendak mati barulah nak bertaubat takut tak lepas masuk surga. kena mintak maaf pada mereka yang ditipu sorang persorang.
    Kelapan scandal KWSP memberi pinjaman pada Felda sebanyak RM6 billion juga harus diterangkan pada ahli. sebab ahli nak tahu juga berapa banyak faedah yang dikenakan pada Felda , lagipun itu semua duit ahli, hasil titik peluh mereka dan menahan maki hamun boss tempat kerja mereka.
    Kalau ahli KWSP pun sendiri susah nak keluar kan duit untuk buat pinjaman KWSP , kenapa pula ada pihak yang bekuasa pada duit-duit ahli.
    Kesembilan kalau kerajaan BN boleh hidu maut mereka pada pilihan raya akan datang, kerana ramai rakyat yang tak suka pada rasuah kenapa mesti tunggu lama untuk membenarkan satu skim dana pinjaman berfaedah yang ditujukan pada ahli-ahli KWSP. kalau penjawat awam ada Koperasi Angkasa .Rakyat ada Agensi KWSP samalah fungsinyapun….

  14. jebat_malaya on

    Saya sangat bersetuju dan dibelakang anda, pemimpimpin adil dihormati dan sokongan x bebrbelah bahagi, pemimpin zalim lu pikir la sendiriiii!!

  15. jebat_malaya on

    “Kalau ahli KWSP pun sendiri susah nak keluar kan duit untuk buat pinjaman KWSP , kenapa pula ada pihak yang bekuasa pada duit-duit ahli”. Benar!! Apa penjelasan pada kenyataan ini?!! BAGI ALASAN YG KONKRIT PD KAMI PENCARUM2 KWSP!! ADA BERANI???!!!…..

  16. Simpanan/Pelaburan Tabung Haji adalah yang TERBAIK untuk akhirat (kekal abadi) berbanding dunia (~0)!

    Ini kerana kita membantu urusan orang Islam dalam pelaksanaan Rukun Islam (Haji) yang mabrur, di samping mempertahan ekonomi ummah.

    Meskipun kelebihan & keuntungan duniawi bukanlah yang tertinggi, namun kelebihan & keuntungan pelaburan akhirat adalah MUMTAZ!

    So, pilihan terpulang pada anda…

Leave A Reply