Dividen Koperasi Tentera dan Pembayaran Bonus 12 Peratus!
Tahniah Angkatan tentera Malaysia ATM. Untung tentera Malaysia kita dapat dividen koperasi tentera dan bonus sebanyak 12 peratus. LTAT kira macam EPF, KWSP bagi pekerja swasta atau kakitangan awam dibawah JPA
Dividen koperasi tentera LTAT memang tinggi, itu sebablah orang-orang yang buat caruman EPF jeling semacam je melihatkan dividen KWSP yang diterima mereka.
Kadar caruman 10 peratus dari gaji bulanan ditambah dengan 15 peratus sumbangan Kerajaan. Jumlah yang dikreditkan dalam akaun pencarum setiap bulan ialah bersamaan 25 peratus gaji bulanan. Memang tinggi kalau nak dibuat perbandingan.
Dengan dividen koperasi tentera dan juga bonus kali ini, satu peratus lagi nak sama dengan pulangan yang dinikmati daripada dividen bank rakyat.
Tetapi masih tak boleh lawan lagi pulangan yang dinikmati pencarum pada tahun 2008, yang mana pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah menerima dividen koperasi tentera dan bonus pada kadar tertinggi, iaitu sebanyak 16 peratus berdasarkan kewangan akhir tahun 2007 begitu juga pada tahun berikutnya 2009, pencarum turut memperolehi 16 peratus.
Sejarah Dividen Koperasi Tentera LTAT 2017 Sejak Tahun 2004
[table sort=”desc,asc”]
Tahun,Dividen + Bonus (peratus), Dividen + Bonus + Bonus Khas (peratus),
2004,10.75,5.00,15.75 peratus
2005,10.75,5.00,15.75 peratus
2006,10.00,5.00,15 peratus
2007,10.00,6.00,16 peratus
2008,10.00,6.00,16 peratus
2009,8.00,6.00,14 peratus
2010,8.00,6.00,14 paratus
2011,8.00,7.00,15 peratus
2012,8.00,8.00,16 peratus
2013,8.00,8.00,16 peratus
2014,8.00,7.00,15 peratus
2015,6.00,6.00,12 peratus
2016,6.00,6.00,12 peratus
2017,Akan dikemaskinikan,Akan dikemaskinikan,Akan dikemaskinikan
[/table]
PNB yang untung banyak pun tak mampu nak bagi dividen sebegini. Mungkin ini salah satu sebab kerajaan kena jaga tentera Malaysia:
- Pencen muda sekitar 40an (bekas tentera kena keje juga selepas itu)
- Kerja 24 jam sehari tiada overtime (termasuk operasi)
Harapan pasukan tentera terhadap koperasi seperti inilah, untuk kemudahan pinjaman memandangkan perkhidmatan berstatus kontrak 10 tahun, 15 tahun, 18 tahun, 21 tahun. Kalau dengan bank memang payah sikit mereka. Walaupun gaji tentera Malaysia masuk melalui bank.
P/S : Untuk tahun sejarah dividen LTAT dan bonus LTAT dari tahun 1973 hingga tahun 2013, boleh anda semak sendiri. Pada masa dulu anda boleh lihat sendiri pada perkongsian 2 gambar di bawah ini dividen LTAT yang diberikan lebih tinggi berbanding sekarang yang semakin menurun…
P/S : Ada bekas tentera Malaysia di sini, bolehlah kongsi-kongsi info di sini?