Diskaun PTPTN Bajet 2018. 15 Peratus Bagi Pembayaran Penuh!
Kepada kalangan peminjam PTPTN yang tidak mahu lagi berhadapan dengan pinjaman pendidikan ini dan mahu selesaikannya secepat mungkin, ini mungkin berita baik untuk anda sekali lagi.
Ini kerana berdasarkan intipati Bajet 2018, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan tawaran diskaun PTPTN Bajet 2018. Ada yang berminat di sini.
Tawaran Diskaun PTPTN Bajet 2018 ini terbahagi kepada dua :
Senarai Tawaran Diskaun PTPTN Bajet 2018
[table sort=”desc,asc”]
Insentif,Butirannya
PERTAMA,Berdasarkan baki pinjaman loan PTPTN yang anda ada sekarang ini jikalau anda bayar 50 peratus daripada baki tersebut anda akan dapat 20 peratus diskaun. Contohnya jikalau baki loan PTPTN adalah sejumlah RM15000 lagi. Anda perlu bayar sekurang-kurangnya RM7500 untuk melayakkan anda dapat diskaun PTPTN ini.
,Oleh itu anda hanya perlu bayar RM7500 ditolak dengan RM1500 (20 peratus daripada jumlah bayaran). Jumlah akhir yang perlu anda buat pembayaran adalah hanya RM6000. Dan begitulah seterusnya
KEDUA,Diskaun 10 peratus daripada baki hutang PTPTN untuk sekali pembayaran.
,Syaratnya anda bayar sekurang-kurangnya separuh daripada baki bayaran tertunggak
KETIGA,Diskaun 10 peratus daripada baki hutang PTPTN jika anda berminat bayar melalui kaedah potong gaji mengikut jadul pembayaran yang telah ditetapkan
[/table]
Walaubagaimanapun tawaran ini bukan selama-lamanya. Iainya mula buka kepada anda melakukanya bermula hari ini bersamaan sehingga 31 Disember ini
Selepas daripada tarikh itu, tidak akan dilayan permohonan anda.
Jadi dikempatan yang ada ini, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional berjumpa dengan kakitangan dan pegawai yang bertugas untuk selesaikannya mengikut kemampuan anda.
P/S : Ini salah satu usaha dan insentif kerajaan dengan harapan bayaran tertunggak untuk pinjaman PTPTN dapat dikurangkan dan juga meningkatkan kesedaran dikalangan peminjam