Duit Derma 2.6 Bilion : Baiknya Penderma Masuk Akaun Bank Najib Razak


Duit Derma 2.6 Bilion Masuk Akaun Bank Najib Razak. Baiknya Budi Penderma Tersebut? LHDN, BNM Mohon Respon!

Bersambung SINI Bahagian II : Kronologi Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ. Daripada Dakwaan Fitnah Bertukar Kepada Perakuan Derma?

derma 2.6 bilion

Berita skandal terbesar di Malaysia, 1MDB dan juga berita rombakan kabinet Menteri terus menjadi siulan dan cakap-cakap rakyat Malaysia yang terus kehausan maklumat atas nama mahu mencari kebenaran sehingga berjaya menenggelamkan berita penemuan barang-barang yang berkaitan dengan tragedi dan misteri MH370. Hebat!!

Ditambah pula dengan dakwaan berita Wall Street Journal yang mengatakan ada duit masuk ke dalam akaun Najib Razak sejumlah RM2.6 ribu juta aka RM2.6 bilion.

Walaubagaimanapun rakyat Malaysia yang seringkali terkejut dihidangkan dengan laporan-laporan berita yang ada di Malaysia sekali lagi terpinga-pinga dengan kenyataan SPRM mengatakan ia hanyalah duit derma 2.6 bilion ke dalam akaun bank Najib Razak daripada kalangan penderma yang tidak didedahkan.

Wang Derma 2.6 bilion ringgit Malaysia? Masyaallah banyaknya. Najib Razak dapat duit derma 2.6 bilion ke dalam akaun banknya? Hebat….

  • Barack Obama “beli” jawatan Presiden US 2008, US$715.6 juta dari para penderma perseorangan juga korporat, sikit sikit sikit jumlahnya masuk dari sana sini, makan masa untuk kutip derma
  • Manakala Mitt Romney hanya dapat sumbangan dan derma sebanyak USD US$446 juta sahaja
  • Hillary Clinton di Washington sana, baru mampu kumpul derma puluh-puluh juta sahaja sejak umumkan hasrat bertanding
  • Najib Razak terus segunung emas selepukkkkk masuk akaun peribadinya atas wang nama derma RM2.6 bilion (one single transaction). Yang paling ajaib tidak harap apa-apa habuan “penderma yang sungguh baik hati itu”. Mungkin derma fisabilillah RM2.6 bilion. Ermmmm….Urut dada Berita Semasa menulisnya.

Mulianya hati penderma tersebut.

Persoalan Duit Derma 2.6 Bilion Masuk Akaun Bank Najib Razak?

  1. Mengapa dan kenapa Datuk Seri Najib Razak begitu sukar untuk menjelaskan daripada hari pertama duit sejumlah RM2.6 bilion adalah derma yang masuk ke akaun bank miliknya sendiri? Mengapa baru sekarang Selepas sebulan lebih berlalu? Lamaaaanyaaaa…….
  2. Di mana duit derma RM2.6 bilion pergi sekarang?
  3. Pembangkang Malaysia sudah bersedia untuk mendedahkan penderma mereka, jadi rakyat Malaysia mahu tahu siapa penderma umno yg baik hati itu?
  4. Jikalau duit itu legit, adakah jumlah tersebut sudah diisytihar ke LHDN?
  5. Ketika wang derma 2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara? Adakah BNM ada siasat punca dan tujuan kemasukan duit RM2.6 bilion tersebut?
  6. Duit derma RM2.6 bilion masuk ke akaun Najib Razak, sudah “declare” kepada SPRM atau tidak? Bila tarikhnya?
  7. Mengapa akaun bank Ambank Najib Razak tiba-tiba ditutup?
    Jikalau betul betul derma, Najib tidak perlu konar sana sini, arah siasat situ sini, tangkap/pecat/naikkan pangkat orang itu orang ini.

Sepatutnya Pada hari pertama laporan berita Wall Street Journal dikeluarkan mengenai duit masuk ke akaun bank Najib Razak RM2.6 bilion, SPRM dan LHDN sudah tampil membersihkan nama Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dengan mengatakan ia telah pun “declare” kepada mereka semua awal-awal lagi semara duit derma 2.6 bilion tersebut masuk.

#nothing2hide katanya. Tetapi yang peliknya, Tan Sri Muhyiddin dan MT UMNO pun tidak tahu? Pelik!

Kenapa ya, ‘kenyal’ sangat penjelasan kali ini untuk dikunyah. Nak hadam lagilah. ‘Lawak-lawak’ yang dipersembahkan kepada kita semakin hari semakin menyenakkan perut. Jantung pun, degupnya ke arah…

P/S : Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin mengatakan PDRM tidak akan buat kerja segila ini tanpa ada tangan-tangan kotor yang mengarahkan mereka membuat serbuan dan penahanan pegawai SPRM mereka.

PP/S : Pelik! Kata kuncinya adalah BOCOR. Kenapa mereka gunakan terma kebocoran jikalau draf pertuduhan yang dibongkarkan oleh Sarawak Report itu tidak adalah palsu dan rekaan semata? Pelik! Jangan ditutup belah sini dengan kain, terselak kain yang disebalah sana. Ermmm…..

PPP/S : Peguam negara yang baru buat kenyataan kata draf pertuduhan itu palsu. Kemudian PDRM pergi soal siasat Pengarah SPRM berhubung kebocoran draf pertuduhan yang katanya palsu itu. Tepuk dahi dibuatnya…Ermm…Hanya di Malaysia.

PPPP/S : Datuk Dr Asri sempat berkongsi tulisan tajamnya lagi pedas susulan pengumuman SPRM yang mana ia adalah derma 2.6 bilion semata dengan mengatakan “Jumlah ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa ataupun pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana kedudukannya, maka itu pasti rasuah”

PPPPP/S : Jadi bagaimana sekarang ini, saman ke atas Wall Street Journal WSJ mahu diteruskan atau tidak?