Duit Derma 2.6 Bilion Masuk Akaun Bank Najib Razak. Baiknya Budi Penderma Tersebut? LHDN, BNM Mohon Respon! (Bahagian 1)

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Duit Derma 2.6 Bilion Masuk Akaun Bank Najib Razak. Baiknya Budi Penderma Tersebut? LHDN, BNM Mohon Respon!

Bersambung SINI Bahagian II : Kronologi Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ. Daripada Dakwaan Fitnah Bertukar Kepada Perakuan Derma?

derma 2.6 bilion

Berita skandal terbesar di Malaysia, 1MDB dan juga berita rombakan kabinet Menteri terus menjadi siulan dan cakap-cakap rakyat Malaysia yang terus kehausan maklumat atas nama mahu mencari kebenaran sehingga berjaya menenggelamkan berita penemuan barang-barang yang berkaitan dengan tragedi dan misteri MH370. Hebat!!

Ditambah pula dengan dakwaan berita Wall Street Journal yang mengatakan ada duit masuk ke dalam akaun Najib Razak sejumlah RM2.6 ribu juta aka RM2.6 bilion.

Walaubagaimanapun rakyat Malaysia yang seringkali terkejut dihidangkan dengan laporan-laporan berita yang ada di Malaysia sekali lagi terpinga-pinga dengan kenyataan SPRM mengatakan ia hanyalah duit derma 2.6 bilion ke dalam akaun bank Najib Razak daripada kalangan penderma yang tidak didedahkan.

Wang Derma 2.6 bilion ringgit Malaysia? Masyaallah banyaknya. Najib Razak dapat duit derma 2.6 bilion ke dalam akaun banknya? Hebat….

  • Barack Obama “beli” jawatan Presiden US 2008, US$715.6 juta dari para penderma perseorangan juga korporat, sikit sikit sikit jumlahnya masuk dari sana sini, makan masa untuk kutip derma
  • Manakala Mitt Romney hanya dapat sumbangan dan derma sebanyak USD US$446 juta sahaja
  • Hillary Clinton di Washington sana, baru mampu kumpul derma puluh-puluh juta sahaja sejak umumkan hasrat bertanding
  • Najib Razak terus segunung emas selepukkkkk masuk akaun peribadinya atas wang nama derma RM2.6 bilion (one single transaction). Yang paling ajaib tidak harap apa-apa habuan “penderma yang sungguh baik hati itu”. Mungkin derma fisabilillah RM2.6 bilion. Ermmmm….Urut dada Berita Semasa menulisnya.

Mulianya hati penderma tersebut.

Persoalan Duit Derma 2.6 Bilion Masuk Akaun Bank Najib Razak?

  1. Mengapa dan kenapa Datuk Seri Najib Razak begitu sukar untuk menjelaskan daripada hari pertama duit sejumlah RM2.6 bilion adalah derma yang masuk ke akaun bank miliknya sendiri? Mengapa baru sekarang Selepas sebulan lebih berlalu? Lamaaaanyaaaa…….
  2. Di mana duit derma RM2.6 bilion pergi sekarang?
  3. Pembangkang Malaysia sudah bersedia untuk mendedahkan penderma mereka, jadi rakyat Malaysia mahu tahu siapa penderma umno yg baik hati itu?
  4. Jikalau duit itu legit, adakah jumlah tersebut sudah diisytihar ke LHDN?
  5. Ketika wang derma 2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara? Adakah BNM ada siasat punca dan tujuan kemasukan duit RM2.6 bilion tersebut?
  6. Duit derma RM2.6 bilion masuk ke akaun Najib Razak, sudah “declare” kepada SPRM atau tidak? Bila tarikhnya?
  7. Mengapa akaun bank Ambank Najib Razak tiba-tiba ditutup?
    Jikalau betul betul derma, Najib tidak perlu konar sana sini, arah siasat situ sini, tangkap/pecat/naikkan pangkat orang itu orang ini.

Sepatutnya Pada hari pertama laporan berita Wall Street Journal dikeluarkan mengenai duit masuk ke akaun bank Najib Razak RM2.6 bilion, SPRM dan LHDN sudah tampil membersihkan nama Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dengan mengatakan ia telah pun “declare” kepada mereka semua awal-awal lagi semara duit derma 2.6 bilion tersebut masuk.

#nothing2hide katanya. Tetapi yang peliknya, Tan Sri Muhyiddin dan MT UMNO pun tidak tahu? Pelik!

Kenapa ya, ‘kenyal’ sangat penjelasan kali ini untuk dikunyah. Nak hadam lagilah. ‘Lawak-lawak’ yang dipersembahkan kepada kita semakin hari semakin menyenakkan perut. Jantung pun, degupnya ke arah…

P/S : Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin mengatakan PDRM tidak akan buat kerja segila ini tanpa ada tangan-tangan kotor yang mengarahkan mereka membuat serbuan dan penahanan pegawai SPRM mereka.

PP/S : Pelik! Kata kuncinya adalah BOCOR. Kenapa mereka gunakan terma kebocoran jikalau draf pertuduhan yang dibongkarkan oleh Sarawak Report itu tidak adalah palsu dan rekaan semata? Pelik! Jangan ditutup belah sini dengan kain, terselak kain yang disebalah sana. Ermmm…..

PPP/S : Peguam negara yang baru buat kenyataan kata draf pertuduhan itu palsu. Kemudian PDRM pergi soal siasat Pengarah SPRM berhubung kebocoran draf pertuduhan yang katanya palsu itu. Tepuk dahi dibuatnya…Ermm…Hanya di Malaysia.

PPPP/S : Datuk Dr Asri sempat berkongsi tulisan tajamnya lagi pedas susulan pengumuman SPRM yang mana ia adalah derma 2.6 bilion semata dengan mengatakan “Jumlah ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa ataupun pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana kedudukannya, maka itu pasti rasuah”

PPPPP/S : Jadi bagaimana sekarang ini, saman ke atas Wall Street Journal WSJ mahu diteruskan atau tidak?



Share.

55 Comments

  1. Anonymous on

    Skrg ikut kenyataan rasmi wang itu adalah hasildari derma (mungkin utk parti umno, so blh teruskn saman wsj yg ibarat celupar tu ha ha baru dia orang tahu,Yg masalahnya mampukh A.Najib memegang amanah itu sorg hebat…

  2. Anonymous on

    akulah penderma tu… RM2.60 saja …kan? keturunan aku memang kaki derma,,, hari tu pak arab derma kat bini aku

  3. Anonymous on

    Rakyat jadi keliru, suspen, marah, meluat dan macam2 bila soal2 penting begini jadi permainan…. kalau rakyat macam kami dah tentu kena tangkap, kena siasat kena itu ini… apa sudah jadi malaysia sekarang ?? LHDN apa tunggu lagi …cepatlah bertindak, aku tak declare pendapatan bercukai tahunan telah kenal penalti beribu2 ringgit

  4. Anonymous on

    kenapa ada sikap & tindakan yg double standard ? Undang2 dan hukuman hanya untuk rakyat marhaen & org miskin… Undang2 pun dah pakai kasta… ka?

  5. Anonymous on

    Dulu budak2 miskin yg terpaksa bekerja untuk sara keluarga yg daif & naif tapi tak lapor utk latihan POIN pun kena tangkap dan lokap…

  6. Anonymous on

    Bonus penting untuk merancakkan ekonomi dn memeriahkan semula di malaysia spt biasa

  7. Anonymous on

    Sengsaranya hidup dalam sebuah negara yg mengamalkan
    demokrasi terpimpin ini…

  8. Anonymous on

    aku tak heran kalau ada org berderma RM2.6 bilion kpda DS Najib kerana DSN org yg mulia… yg h
    aku heran kalau orang tak berderma ?

  9. Mengaburi perancangan…..semua sibuk cerita psl 2.6b..yg 42b…??? Kalo aku 2.6b dh lma ilang.

  10. Anonymous on

    DS Najib & DS Rosmah memang golongan bangsawan yg dimuliakan di luar negara, DS Rosmah kalau x silap aku penah dihadiahkan RM7 juta dari kerabat di raja Qatar kerana kejujurannya mengembalikan sebuah kotak hitam yg dijumpainya di atas kapal itu. Mana ada org yg begitu mulia hatinya memulangkan kotak.. Wang hadiah tu pulak DS hadiahkan kepada badan2 amal kt Malaysia & ukm….

  11. Anonymous on

    seronok jadi menteri dan org kaya2 kt Malaysia, sebut derma saja berjuta2 dan berbilion2… yg si mat kerja kontrek buat bangunan nak boleh RM50 sehari mcm nak pecah kulit belakang & tercabut tulang pinggang

  12. Anonymous on

    Siapa penderma yg ikhlas hati kasi sampai rm 2.6 billion tu.
    Sungguh mulia hati penderma tu.

  13. Anonymous on

    Ada rakyat malaysia kerja pembantu kedai mkn. Mula kerja pukul 4.30 ptg sampai 2 pagi. Bayarannya rm 30 sehari.
    Kalau dia nak kumpul jadi rm 2.6 billion berapa lama tu ya nak cecah rm 2.6 billion.

  14. ko kire la sendiri..dgn rm30 tu,takda siape yg berminat nak kirekan tuk ko sb tak logik sgt nak cerita sampai tahap beliun dgn 30 henget tuuu…sory beb..gurau membawa berkat..chill.

  15. Hahahaga…..dlm mana2 negara yg terima malapetaka dgn runtuhan bakar banjir hanyut dllnya ada ke terima derma begitu byk??? Rakyat tidak di perihatinkan sebegitu sebaliknya beliau org kesian derma wang sebyk itu tidak ke pelik??? Kalau tanpa habuan tujuan wang itu di dlm akaun itu! Negara telah tergadai terjual pada dunia luar yg tidak bisa di tebus balik.

  16. Anonymous on

    Tahun ni 3 org anak2 aku keluar beraya dapat la dalam rm90.00 purata sorang dapat dalam rm30.00…. merosot dari jumlah kutipan tahun2 sebelum ni… boleh jadi org dah mula simpan duit & berjimat cermat utk mghadapi kos sara hidup yg meningkat

  17. Kalau dah dapat duit derma RM2.6 bilion, buat apa nak jadi PM lagi? Duit kan tak habis digunakan. Lu fikirlah sendiri dimana lojiknya…….

  18. Anonymous on

    Seronoknye ada yg derma berguni2 mcm tu. Tapi bila ada kanak2 sakit yg perlukan wang rawatan berpuluh ribu segera tak ada pun yang derma sampai dua tiga kali mohon bantuan kat media. Kalau ada org kaya raya derma berbilion mcm tu bantulah org susah juga.
    Haha..ckp derma ke, jatuh dr langit ke, harta pusaka ke tapi rakyat dh kenal sape ko jib.

  19. Aku teringin nak derma tapak kaki PD raja bug is celup..agak2 dia may terima take derma jihad aku tu?

  20. Anonymous on

    Itulah yg dinamakan sebuah perjuangan dari pejuang Melayu tulin, walaupun dah kaya melanau tetap nak bersama rakyat semasa pilihanraya… apapun tahniah kita ucapkan kpda pengarang dan penerbit WSJ, Sarawak Report, The Edge, Sydney Morning Herald dan Tun Madey kerana mendedahkan sebuah kebenaran yg ada org tak suka….you all layak dapat Hadiah Nobel keamanan dan pejuang hak asasi manusua

  21. Anonymous on

    Duit RM2.6 bilion tu kalau tukar jadi note RM50, susun kot nipis kalau tindan tebal seinci atur penuh atas permukaan lebuhraya bertar utara selatan…. agak2 nak sampai dari Bukit Kayu Hitam ke P.Pinang?

  22. Anonymous on

    Tak sampai kot… tapi kalau RM42 bilion susun dari Pagoh pi Johor Baru lari tak banyak dah…. silap2 boleh tutup sekali dgn Tambak Johor

  23. Nak komen lebih pun, Najib tak bagi sikit pu duit tu, Diharapkan duit tu bagi lah kepada golongan yg memerlukan, kemudian langsaikan segala hutang negara yg bertimbun sampai sebelum Si Najib nie bersara..Kalau boleh bersara Awal lah Najib..Dah muak sgt tipu helah ko yg ada unsur YAHUDI MABUK…MACAM BRENGSEK….

  24. siakap trusan on

    Akau minta orang yang bermurah hati menderma duit kat aku .. kalau boleh bermillion bellion ringgit masuk ke akaun aku

  25. Anonymous on

    Apa kata najib dermakan 1juta sorg kat rakyat. Lepas ni ramai lagi yg derma utk najib. Ramai jutawan kat malaysia dn boleh majukan negara.

  26. Apa kata najib dermakan 1juta sorg kat rakyat. Lepas ni ramai lagi yg derma utk najib. Ramai jutawan kat malaysia dn boleh majukan negara.

  27. I BELIEVE I CAN FLY
    I BELIEVE I CAN TOUCH THE SKY….LALALALA
    SEDAP X SUARA SAYA?

  28. Anonymous on

    Org rasuah bleh kira derma jgak ke?kalo kte di tgkap salah..kte derma kt polis x salah kan?

  29. Orang Bodoh on

    Najib ni rezeki dia murah….beli ayam sekor dapat harga seringgit je…beli kuih di pekan 4 rnggit dpt 14 ketul….skrg ni org bagi derma pulak, 2600 juta ringgit…….sebab tu dia tak tau rakyat malaysia tertekan dengan kos sara hidup…sebab dia hidup xde masalah pun…ada je org bagi sedekah sana sini….kalau korang nak tau cam ne najib buat,pegi tanya rosmah atau ahmad maslan…dia orang ni hebat dari segi ilmu ekonominya..rosmah berjaya menabung dari kecik sampai dpt beli cincin juta2…korang boleh buat?kompom xbleh punya…ahmad maslan plak dapat beli barang murah2 selepas GST…korang boleh dpt murah lepas GST?Jawapan dia mesti x bleh punya,sebab tu aku kata diaorang ni hebat…lagi bijak dari pakar ekonomi seluruh dunia,dia orang je tau ilmu tu,

  30. PERSATUAN DERMAWAN SEPUTAR ALAM on

    LEPAS NI DERMA KAT ROSMAH PULAK SUAMI NAJIB,RM 2.6 TRILLION, SEMUA WAJIB DERMA TERMASUK SULTAN NEGERI2 DARUL KARTUN, KALAU BOLEH SEMUA ORANG BOGEL JE, BAGI SEMUA TERUS KAT DUA ORANG YANG TERAMAT MULIA NI, DATIN NAJIB DAN DATO SERI ROSMAH

  31. TPPA??? RM2.6B??? MH370???? dekat-dekat je…
    Main golf dengan Barrack Obama musim banjir bincang isu penting???
    Barrack Obama datang Malaysia???

  32. Anonymous on

    Negara dah gawat kalau ada money politics yg sangat luar biasa besarnya… sistem demokrasi hancur !! kuku besi !

  33. Anonymous on

    Kalau mereka ni benar benar mulia… kenapa tak declare 2.6 billion tu? Mulia sangat ke tu

  34. Anonymous on

    Kau suruh kami ikat perut makan kangkung jangan makan gula paksa bayar GST. Sampai kami kerja banting tulang siang malam. Engkau pula sendiri syok syok mencuri harap kau kena bala.

  35. Anonymous on

    Sepatutnya penjual kuih masa najib pg bazar hari tu dia jual 4biji kuih rm1juta sbb najib bnyk duit org derma apa nak risau. Lepas ni mungkin bnyk lg org derma kat najib.

  36. donation vs laundering money la….project commission dulu2 beli sub marine, aircraft, mcm2 la…kumpul2 baru boleh jadi PM la…jadi la donation la

  37. Awan Putih on

    satu dalam seribu hendak jumpa penderma macam ini…mungkin dia jumpa harta karun…@ ada ilmu panggil duit.

  38. rakyat telah lama menderita , terus menderita dan terus ditipu setiap masa. alahai malang sungguh nasih rakyat malaysia dijaga oleh sang penyamun ,sang bedal dan sang penipu

  39. Majlis lebih tinggi on

    Ada dua kes – 1 kes 42 juta dari SRC international ke akaun najib,saksi penting dah lari suboh2, Kes 2 – 2.6billion derma dari timur tengah ke akaun najib. Yg 2.6 ni sprm x siasat, sbb memang duit derma. Soalanya kenapa dua2 duit ni masuk dlm akaun peribadi? Knp bukan akaun parti? Apa pun alasan dan tujuan duit tu masuk x penting, yg penting knp masuk dlm akaun sendiri tanpa pengetahuan majlis tertinggi umno?

Leave A Reply