Defisit Fiskal : Dilema Kos Penjawat Awam VS Bahang Ekonomi

Defisit Fiskal Malaysia Tercapai Bagi Bajet Malaysia? Dilema Kos Penjawat Awam VS Bahang Ekonomi?

Dengan dana yang terhad dek kerana ketidak tentuan ekonomi Malaysia, membuatkan kerajaan Malaysia “sakit kepala” bagi memastikan sasaran bajet fiskal yang ditetapkan sebelum ini tercapai.

defisit fiskal

Persoalannya apa yang lagi yang boleh dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan sasaran defisit fiskal yang mereka sendiri unjurkan tercapai? Bagaimana caranya? masih realistik atau tidak?

Melihatkan tahap keseriusan kerajaan dalam menangani rasuah, masih ditahap yang cukup lemah. Persepsi rakyat Malaysia terhadap usaha kerajaan Malaysia menghumban perasuah dan perompak duit negara Malaysia ke muka pengadilan masih lagi diragui, walaupun amaran dan laungan peringatan di sana dan sini. Tidak cukup.

Tetapi jikalau rasuah dan “rompakan terhadap dana negara” dapat ditangani dengan baik dan berintegriti, semestinya sasaran defisit fiskal tersebut akan tercapai.

Jadi pilihan seterusnya yang boleh digunakan mengetatkan perbelanjaan kerajaan Malaysia dengan harapan defisit fiskal dapat dicapai adalah dengan cara menguruskan dengan baik perbelanjaan terhadap kumpulan yang cukup besar yang dikenali penjawat awam dan kakitangan kerajaan Malaysia yang berjumlah 1.6 juta jumlahnya, terdiri dikalangan guru, polis, doktor dan lain-lain lagi.

Hakikatnya :

Defisit Fiskal Tercapai Apabila Kos Perbelanjaan Untuk Penjawat Awam Berkurang?

  • 1.6 juta kakitangan awam tersebut adalah 11 peratus daripada jumlah pekerja di Malaysia
  • Kumpulan penjawat awam boleh dikatakan antara cukup selamat di Malaysia, walaupun bahang dan gelombang buang pekerja melanda sektor minyak dan gas, pembankan dan lain-lain
  • berdasarkan kajian BMI Research yang berpengkalan di Singapore, kalangan penjawat awam adalah kubu penting untuk mendapat sokongan politik kepada kerajaan Malaysia hari ini
Taburan Jumlah Penjawat Awam di Malaysia Bilangan
Askar/Tentera 120k
Polis 110k
Perubatan 300k
Pendidikan 420k
Jabatan Perdana Menteri JPM 50K
Lain 600k
Bil Saiz perbelanjaan terdapat penjawat awam dan pesara di Malaysia
1. RM70.5 bilion atau 25.5 peratus daripada dana Bajet 2016 Malaysia
2. 10 tahun lalu kos perbelanjaan hanya RM36.9 bilion

P/S : Hakikatnya hari ini kerajaan Malaysia dalam dilema untuk mengekalkan mood gembira dikalangan 1.6 juta kakitangan awam dan dalam pada masa yang sama sedang “berperang untuk satu tempoh yang cukup bergelora” dalam keadaan ekonomi semasa hari ini.

PP/S : Yang pastinya GST Malaysia tidak akan turun sama sekali. Tetapi bakal naik. Bila? Nantikan sahaja. Tidak susah meramal tindakan pihak atas dalam menguruskan ekonomi negara Malaysia, pendapatan serta dan perbelanjaan.

PPP/S : Yang peliknya pada ketika bagaimana mungkin dana untuk pendidikan negara semakin berkurang, tetapi peruntukkan untuk Jabatan perdana Menteri JPM dinaikkan?

PPPP/S : Jumlah kakitangan kerajaan di Malaysia adalah 2 kali ganda berbanding Indonesia, Thailand dan Filipina. Semasa perang duania kedua, UK mempunyai sejumlah 1.2 penjawat awam, tetapi hari ini semakin berkurang kepada hanya 393,000 orang sahaja untuk berkhidmat kepada 64 juta rakyat UK. Malaysia?