Defisit Fiskal Malaysia Tercapai Bagi Bajet? Dilema Kos Penjawat Awam VS Bahang Ekonomi?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Defisit Fiskal Malaysia Tercapai Bagi Bajet Malaysia? Dilema Kos Penjawat Awam VS Bahang Ekonomi?

Dengan dana yang terhad dek kerana ketidak tentuan ekonomi Malaysia, membuatkan kerajaan Malaysia “sakit kepala” bagi memastikan sasaran bajet fiskal yang ditetapkan sebelum ini tercapai.

defisit fiskal

Persoalannya apa yang lagi yang boleh dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan sasaran defisit fiskal yang mereka sendiri unjurkan tercapai? Bagaimana caranya? masih realistik atau tidak?

Melihatkan tahap keseriusan kerajaan dalam menangani rasuah, masih ditahap yang cukup lemah. Persepsi rakyat Malaysia terhadap usaha kerajaan Malaysia menghumban perasuah dan perompak duit negara Malaysia ke muka pengadilan masih lagi diragui, walaupun amaran dan laungan peringatan di sana dan sini. Tidak cukup.

Tetapi jikalau rasuah dan “rompakan terhadap dana negara” dapat ditangani dengan baik dan berintegriti, semestinya sasaran defisit fiskal tersebut akan tercapai.

Jadi pilihan seterusnya yang boleh digunakan mengetatkan perbelanjaan kerajaan Malaysia dengan harapan defisit fiskal dapat dicapai adalah dengan cara menguruskan dengan baik perbelanjaan terhadap kumpulan yang cukup besar yang dikenali penjawat awam dan kakitangan kerajaan Malaysia yang berjumlah 1.6 juta jumlahnya, terdiri dikalangan guru, polis, doktor dan lain-lain lagi.

Hakikatnya :

Defisit Fiskal Tercapai Apabila Kos Perbelanjaan Untuk Penjawat Awam Berkurang?

  • 1.6 juta kakitangan awam tersebut adalah 11 peratus daripada jumlah pekerja di Malaysia
  • Kumpulan penjawat awam boleh dikatakan antara cukup selamat di Malaysia, walaupun bahang dan gelombang buang pekerja melanda sektor minyak dan gas, pembankan dan lain-lain
  • berdasarkan kajian BMI Research yang berpengkalan di Singapore, kalangan penjawat awam adalah kubu penting untuk mendapat sokongan politik kepada kerajaan Malaysia hari ini
Taburan Jumlah Penjawat Awam di Malaysia Bilangan
Askar/Tentera 120k
Polis 110k
Perubatan 300k
Pendidikan 420k
Jabatan Perdana Menteri JPM 50K
Lain 600k
Bil Saiz perbelanjaan terdapat penjawat awam dan pesara di Malaysia
1. RM70.5 bilion atau 25.5 peratus daripada dana Bajet 2016 Malaysia
2. 10 tahun lalu kos perbelanjaan hanya RM36.9 bilion

P/S : Hakikatnya hari ini kerajaan Malaysia dalam dilema untuk mengekalkan mood gembira dikalangan 1.6 juta kakitangan awam dan dalam pada masa yang sama sedang “berperang untuk satu tempoh yang cukup bergelora” dalam keadaan ekonomi semasa hari ini.

PP/S : Yang pastinya GST tidak akan turun sama sekali. Tetapi bakal naik. Bila? Nantikan sahaja. Tidak susah meramal tindakan pihak atas dalam menguruskan ekonomi negara Malaysia, pendapatan serta dan perbelanjaan.

PPP/S : Yang peliknya pada ketika bagaimana mungkin dana untuk pendidikan negara semakin berkurang, tetapi peruntukkan untuk Jabatan perdana Menteri JPM dinaikkan?

PPPP/S : Jumlah kakitangan kerajaan di Malaysia adalah 2 kali ganda berbanding Indonesia, Thailand dan Filipina. Semasa perang duania kedua, UK mempunyai sejumlah 1.2 penjawat awam, tetapi hari ini semakin berkurang kepada hanya 393,000 orang sahaja untuk berkhidmat kepada 64 juta rakyat UK. Malaysia?



Share.

53 Comments

  1. Anonymous on

    Bina bangunan banyak2 tak gunapun rugi/membazir jugak hanya menguntungkn kontraktor/yg kesempatan jika ada…..yg penting perbelanjaan pembinaan insan/iman ….

  2. Anonymous on

    Bina sifat diri yang tinggi itu jugak adalah yang terpenting yang dapat menguatkan masyrakat dan negara dari dijajah lagi dari anasir perosak diri manusia

  3. Anonymous on

    Dari kitaran ekonomi wang gaji olh pekerja di Malaysia digunakan untuk perbelanjaan isi rumah dan membayar hutang yang blh dikatakn tak sudah.So klu duit tak cukup bagaimana seseorang itu nak beli rumah,berbelanja dn sebagainya.Sebenarnya duit yg dibelanjakan menhidupkan pertumbuhan ekonomi/perbelanjaan dln negara ini sendiri

  4. Anonymous on

    Btultu sbb tu duit rm500 kjaan dah tak cetak utk mengelak wang dikitardibawa ke luar negara yg akan menjatuhkan lagi nilai rm

  5. Anonymous on

    Skarang duit nak keluar negara dgn jumlah tetentu kena isytihar kpd kastam otherwise kena tahan di bawah akta berkaitan wang kertas ini

  6. Anonymous on

    Solah berjemaah lima waktu dgn sempurnanya dpt kebebasan dr neraka dn sifak nifak

  7. Anonymous on

    Yang menteri pun berderet deret tu apa cerita.
    Menteri dah pencen pun nak jadi duta taraf menteri.
    Menteri kewangan ada 2. Ada lagi tim menteri kewangan.
    Menteri kat JPM pun berderet deret. Menteri jaga integriti tu mana hasilnya.
    Pagar sempadan bocor pun tak boleh nak urus.

  8. Anonymous on

    betul ke ko ni penjawat awam uk 400k je…….dah dia mereka nak kurangkan jumlah pelajar dalam satu kelas…..paling komang pun cikgu saja sejuta orang.

  9. Anonymous on

    Adalh wajar jika kjaam mmberi 2 kenaikn gaji tahunan spt bajet 2016 yg akn dtablekn 21 Oktober ini utk bajet 2017. Selain itu saguhati 500/1000 adalh lbh baik dn blh dkira win win situatiom.Ini mmandangkn rata2 pa matagajinya masih jauh dgn dinding walaupun dj hampir pencen

  10. Anonymous on

    Walaupun bonus utk ktangan awam bagus utk ktangan awam. Tanpa hasil baru bagi negara ianya akan menyebabkan inflasi dan nilai matawang semakin kecil.
    Maknanya harga barang dan perkhidmatan semakin mahal.

  11. Anonymous on

    1-10 zulhijjah amalan ssorg yg bamal akn bganda spt bibadat d mlm lailatulqadar stiap mlm tmsk jika bpuasa lbh2 lgi bpuasa hr ke 9.Btuah org yg bamal dn mdpstkannya

  12. Anonymous on

    Btul d siang hr bzikir dn btahmif dn d mlmnya bqiamullail dn btahjud

  13. Anonymous on

    Berzikir dan bertahmid di siang hari dgn mengingati segala nikmat Tuhan Rabbul’alamin adalah amalan yg digalakkn

  14. Anonymous on

    Btul seumpamanya kita mengejar bayang2 makin dikejar makin tak dapat

  15. Anonymous on

    Sepatutnya kjaan jugak kena bri sekurangnya 1 bulan bonus kpd pa nei…

  16. Anonymous on

    Smasa Mahathir PM pa pernah klu tak silap dpt jugak satu setengah bulan gaji

  17. Anonymous on

    Setahu saya klu sebulan gaji tu biasa dpt ..Klu sebulan setengah rasanya zaman Pak lah

  18. Anonymous on

    Sebenarnya smasa Pak Jib bermula pemberian satu setengah bulan bonus ttp kenapa lps tu bnyk rm 500 sahaja

  19. Anonymous on

    Semasa pm Tun madir dn Pak lah biasalah klu sebulan bonus tu…..

  20. Anonymous on

    Knape perlu table belanjawan/bajet selalu pd hari jumaat tak kelam kabut ke? Nak solah jumaat lagi elok cuba hari bekerja yang lain pulak…orang kata kreatif katakn

  21. Dulu pun kakitangan awam banyak tu juga. Subsidi petrol, gula dsb kerajaan buleh bagi. GST Takdak. La ni Pak Man rasa pelikla jugak. Subsidi semua dah tarik balik. GST dah setahun lebih dah. Tak duit lagi ka?

  22. Boleh percaya ke statement ni, kalau begitu macam mana kerajaan boleh bagi BRIm kalau ada masalah bajet fiskal, Lagipun Brim dinaikkan lagi, bukannya dikurangkan, aku tak percaya statement ni.
    Bonus, cuepacs mintak 2 bulan, tengok berapa bulan kitaorang boleh dapat!
    Kalau tak de langsung,baru aku percaya.

  23. Anonymous on

    Syabas ….. bangsa kita bijak memilih peminpin. pilihan yang tepat dan di sarankan pilihlah lagi peminpin seperti sekarang

  24. pendidik skim cepat kaya on

    swasta kn je kementerian pendidikan 420k tu anggota, lepas tu srh pk cm na nk develope ekonomi negara asyik ekonomi sendiri je,, komplen byk keja, tp keja x seberapa. Bg lagi muka banyak-banyak

  25. Anonymous on

    Bila pendidikan di swastakn termasuk pendidikan tinggi maka banyaklah berkurangnya bilangan pa nei….natijahnya ramailah/akan ada yg akn buta huruf dn tiada pendidikan lantaran persekolahn akn menjadi lbh mahal dn jadilah Msia yg akhlaknya mungkin rendah.Nauzubillah.Kita minta biar kjaan bina byklah lagi sekolah2 ugama.

  26. Anonymous on

    Btul tu jgn asyik bina bangunan byk2/projek2 yg akn jadi gajah putih ttp buatlah projek yg akn mmberi impak yg kuat dn menyeluruh.Pembinaan insan itu adalh terpenting.Klu jadi usahawan akn jadi usahawan yg berintegriti ,biman dn bjaya……dn sanggup mmptahankan ugama dn negara

  27. Anonymous on

    …Kna buat sop kewangan dsbaginya yg akn mengurangkn ketirisan dana kpd yg ambil kesempatan jika ada

  28. Anonymous on

    Antara cadangan tentatif yg blh dilaksanakan kjaan ialah menambah tiga suku jam (45 minit) jumlah 7 jam kerja satu jam rehat 6 jam kerja penuh ttp cuti dlm satu minggu ialah 3 hari iaitu jumaat.sabtu dn ahad. mlaysia blh negara maju acuan sendiri….Klu tak blh jugak je bagi kja 6 jam tu….setengah jam tambah sehari bermakna 4 hari dh dapat 6 jam lagi.Di sini gaji yg patut naik tu tak perlu naik. sbb dah di tolah 2 jam kja sehari yg mana skrg ini semua pa kja 8 jam rehat 1 jam(pukul 1 hingga pukul 2 ptg}.Malaysia maju dn blh….

  29. Anonymous on

    Apabila 45 minit lagi ditambah sehari bermakna jumlah jam menjadi 9 jam 45 minit waktu bekerja sehari….so 3 hari bercuti seminggu (jumaat,sabtu dn ahad.Boleh? Yg penting jumaat semua negeri akn bercuti.Anak2 apapun menjadi t/jb ibubapa mendidik dn menjaga anak dgn ilmu dunia dn akhirat itu pasti tak blh ditinggalkan.Jaga solah lima waktu .tutp aurat dn amal sunah nabi dn berdakwah.

  30. Anonymous on

    Dengan waktu bekerja 7 jam (1+6) seminggu jumlah 35 jam. So 35 jam bahagi 4 hari menjadi 8.75 jam.( 8 jam 45 minit)

  31. Anonymous on

    Waktu bekerja pa/kakitangan awam .Sinopsis :
    1. 5 hr bekerja-skrg-7.30/8.00/8.30pg—>4.30/5.00/5.30ptg ( 8 + 1 ) 2 hr bercuti-9
    jam waktu bekerja sehari

    2. 5 hr bekerja -tentatif/cdgn–( 6+ 1 )–>bercuti 2 hr seminggu-7 jam w. bekerja sehari

    3. 4 hr bekerja – tentatif/cdgn baru–>bercuti 3 hr seminggu -Jumaat,sabtu dn Ahad
    bercuti – (7.75+1)-8.75 jam w. bekerja sehari

    4. 4 hr bekrja -tentatif-bercuti 3 hr seminggu –>(7.5+1) -(< 2.5 jam kerja sehari)-
    Jumaat,sabtu dn ahad bercuti-gaji dikurangkan kpd 2.86% sebulan.

    Catatan: 6 jam kerja mmbolehkan 4 shift /4 group

  32. Anonymous on

    Alhamdulillah sya setuju kita inclusively & comprehensively akn dpt 3 hr bercuti.Dapatlah jaga anak dn balik tgk ibubapa

  33. Anonymous on

    No.4 berkurang kpd 0.25 jam kerja w.bekerja MENJADI 8.5 JAM BEKERJA SEHARI (7.5+1)

  34. Anonymous on

    Kurangkn kerenah birokrasi dlm sop kerja ttp dlm keadaan tkawal dn tegas blh mengelakkan kesempatan yg blh meyebabkn penyelewengan berlaku justeru berlakunya ketirisan.Saksi juga blh mainkn peranan utk elak blaku slh guna kuasa/penyelewengan.

  35. Anonymous on

    Keberolehan masa rehat bdn dn minda yng cukup dn bkualiti mmbolehkan ssorang bekerja dgn baik dn cemerlang bbanding semasa ssorg ketika/keadaan bdn/minda yg keletihan .

  36. Anonymous on

    Keadaan rehat yg cukup dn berkualitis ini juga mmbolehkn produktiviti meningkat.

  37. Anonymous on

    KPI atau Key Performance Index dipakai semasa membuat kerja di rumah dn boss pantau dn tanya brapa dh siap sekali sekala.Ini satu perkembangan kerja yg positif elak kesesakan /stress dn kos..Sambil menyelam minum air.Anak2 dekat dgn ibubapa blh pantau mereka .Syabas

  38. Apa yang penting ..fikirkan keadilan dalam pembahagian ekonomi.Jurang antara golongan pelaksana dan professional dalam penjawat awam begitu ketara sekali.Ambil kira kemahiran dan pengalaman kerja lebih penting.

Leave A Reply