DBKL Cukai Taksiran DBKL Naik 10 Peratus (Perumahan), 25 Peratus (Komersil)!
Atas nama mahu tempat yang anda mencari rezeki dan tinggal sekarang iaitu Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu lebih banyak duit daripada anda semua melalui cukai taksiran sebagai contohnya bagi memastikan kemudahan yang dinikmati warga Kuala Lumpur bertambah baik.
Ditambah pula, hartanah Kuala Lumpur melonjak begitu mendadak, DBKL merasakan inilah waktu dan masa yang cukai sesuai bagi mengumumkan kenaikan DBKL cukai taksiran naik selepas dipersetujui sendiri oleh kabinet.
Ditambah pula, nilai sewa hartanah berlaku kenaikan mendadak dianggarkan sehingga 300%.
Dan selepas mengambil masa 6 bulan, akhirnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merasakan ini adalah kadar kenaikan yang paling sesuai pada ketika ini dengan harapan warga Kuala Lumpur tidak terbeban.
Kadar DBKL Cukai Taksiran DBKL Baru?
- Kenaikan cukai taksiran DBKL naik 10 peratus bagi perumahan
- Kenaikan cukai taksiran DBKL naik 25 peratus bagi hartanah komersil
- Insentif akan diberikan kepada sebagai bantuan OKU, pesara dan pemilik hartanah yang tinggal di hartanah milikan sendiri untuk tujuan pengurangan jumlah Cukai Pintu dibayar. Borangnya boleh diambil dari Kaunter Bayaran DBKL.
- Tiada jaminan kadar DBKL cukai taksiran tidak naik lagi pada tahun hadapan
P/S : Apa kata warga Kuala Lumpur? Bagaimana dengan tahap kemudahan yang disediakan oleh DBKL ketika ini?
PP/S : Adakah kadar sewa di Kuala Lumpur akan dinaikkan bagi menampung kos?