Kalender Cuti 2017 Jadual Cuti Umum di Malaysia

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +


Kalender Cuti 2017 Jadual Cuti Umum di Malaysia

Apa itu cuti umum di Malaysia? Cuti umum adalah merupakan hari-hari yang tidak berkerja bagi kakitangan swasta dan penjawat awam di Malaysia.

Cuti umum

Kebiasaannya cuti umum adalah hari-hari penting yang melibatkan pelbagai kaum dan agama serta peristiwa cukup bersejarah yang telah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Termasuklah bagi hari kelahiran Yang Dipertuan Agong, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Cina, Hari Deepavali, Hari Kebangsaan, Hari Krismas.

Dan Berita Semasa perhatikan trend jumlah cuti umum di malaysia semakin meningkat daripada tahun ke tahun termasuklah pertambahan peristiwa Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September ini. Malaysia dicatatkan sebagai salah sebuah negara yang mempunyai cuti paling banyak dan lumayan di dunia selepas Thailand, Indonesia, India dan Hong Kong.

Dan berdasarkan semakan Berita Semasa, berita terkini yang kami perolehi kalender cuti umum 2017 di Malaysia telah pun diedarkan kepada orang ramai.

Diharapkan dengan perkongsian kami seperti gambar-gambar jadual seperti di bawah ini memudahkan anda membuat perancangan percutian bersama keluarga dan orang tersayang dan juga mengadakan majlis penting pada tahun 2017 kelak.

Semak Kalender Cuti Umum 2017 di Malaysia


Tarikh Hari Senarai Perayaan dan Sambutan Negeri Yang Terbabit
1 Januari Ahad Tahun Baru 2017 Semua negeri kecuali Johor; Kedah; Kelantan; Perlis dan Terengganu
14 Januari Sabtu Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan
15 Januari Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
28 Januari Sabtu Tahun Baru Cina Semua Negeri
29 Januari Ahad Tahun Baru Cina (Hari Kedua) Semua Negeri
1 Febuari Rabu Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KL; Labuan dan Putrajaya
9 Febuari Khamis Thaipusam Kuala Lumpur; Putrajaya; Johor; Kedah; Negeri Sembilan; Perak; Pulau Pinang dan Selangor
4 Mac Sabtu Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu
23 Mac Khamis Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
14 April Jumaat Good Friday Sabah Dan Sarawak
15 April Sabtu Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
24 April Isnin Israk Dan Mikraj Kedah Negeri Sembilan Dan Perlis
26 April Rabu Hari Keputeraan Sultan Terenggganu Terengganu
1 Mei Isnin Hari Pekerja Semua Negeri
7 Mei Ahad Hari Hol Pahang Pahang
10 Mei Rabu Hari Wesak Semua Negeri
17 Mei Rabu Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Perlis
27 Mei Sabtu Awal Ramadhan* Johor;Kedah dan Melaka
30 Mei Selasa Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) Sabah Dan Labuan
31 Mei Rabu Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) Sabah Dan Labuan
1 Jun Khamis Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak
2 Jun Jumaat Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak
3 Jun Sabtu Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Semua Negeri
12 Jun Isnin Hari Nuzul Al-Quran Kuala Lumpur; Labuan; Putrajaya; Kelantan; Pahang; Perak; Perlis; Pulau Pinang; Selangor Dan Terengganu
25 Jun Ahad Hari Raya Puasa (Aidilfitri)* Semua Negeri
26 Jun Isnin Hari Raya Puasa (Aidilfitri)* Semua Negeri
7 Julai Jumaat Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia Pulau Pinang (Penang)
8 Julai Sabtu Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang (Penang)
22 Julai Sabtu Hari Kemerdekaan Sarawak Sarawak
31 Ogos Khamis Hari Kebangsaan ( Hari Kemerdekaan) Semua Negeri
1 September Jumaat Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha* Semua Negeri
2 September Sabtu Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha* Kedah; Perlis; Kelantan dan Terengganu
9 September Sabtu Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak
16 September Sabtu Hari Malaysia Semua Negeri
21 September Khamis Awal Muharram (Maal Hijrah) Semua Negeri
7 October Sabtu Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah Sabah
13 October Jumaat Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka Melaka
18 October Rabu Hari Deepavali* Semua Negeri Kecuali Sarawak
24 October Selasa Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
26 October Khamis Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
3 November Jumaat Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
11 November Sabtu Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
12 November Ahad Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
1 Disember Jumaat Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) Semua Negeri
11 Disember Isnin Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
25 Disember Isnin Hari Krismas Semua Negeri

Untuk mendapatkan fail yang dikeluarkan sendiri oleh Jabatan Perdana Menteri JPM boleh KLIK pada pautan di bawah ini :

Perkara Cuti 2017 Butiran dan Pautannya
Jadual Cuti 2017 mengikut lepasan negeri dan persekutuan KLIK SINI
Takwim Kalender Islam 2017 KLIK SINI
Kalender Cuti Sekolah 2017 KLIK SINI

P/S : Ada perancangan menarik bagi siri cuti umum 2017 kali ini?



Share.

1 Comment

  1. Anonymous on

    first 1st!!!!1111satu

    ehhhh… bahalol2 yg suka main 1st 2nd 3rd ni xperasan ke topik ni???

Leave A Reply