Cukai Individu : Cukai Pendapatan, Eksais, GST Berjumlah RM82 Bilion VS Cukai Korporat 2016 RM74 Bilion

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Cukai Individu : Cukai Pendapatan, Eksais, GST Berjumlah RM82 Bilion VS Cukai Korporat 2016 RM74 Bilion

Berita baik pada pembentangan Bajet 2016 Malaysia tempoh hari kalangan penerima BR1M akan menerima kenaikan pembayaran BR1M iaitu tambahan sebanyak RM50 lagi setahun atau bersamaan 14 sen satu hari.

cukai pendapatan

Walaubagaimanapun setiap yang naik akan ada yang turun.

Jikalau pembayaran Br1M naik, peruntukan untuk subsidi kepada rakyat marhaen semakin berkurang.

Apa yang telah berkurang dan semakin meningkat?

Pendapatan Kerajaan Malaysia VS Perbelanjaan Untuk Rakyat Marhaen?

Butitan seperti di bawah ini :

  1. Subsidi minyak telah dihapuskan
  2. Adakah pemotongan subsidi minyak masakan akan menunggu giliran selepas ini? Seperti kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah bagi mengukuhkan fiskal negara?
  3. Peruntukkan kepada universiti dipotong sejumlah RM1.4 bilion
  4. Kutipan GST Malaysia terus melonjak naik daripada RM27 bilion pada tahun 2015 ini kepada RM39 bilion pada tahun 2016. Terima kasih kepada sumbangan daripada penganggur, ahli perniagaan, peniaga, kakitangan awam, kakitangan swasta, pelajar, orang miskin, orang kampung, orang bandar dan orang kaya.
  5. Kutipan cukai pendapatan ala e filing lhdn dijangka akan melepasi kutipan cukai korporat
  6. Kutipan cukai eksais termasuk kepada kereta, rokok dan lain-lain lagi meningkat RM200 juta kepada RM12.4 bilion tahun 2016 berbanding RM12.2 bilion tahun 2015
  7. Cukai pendapatan naik kepada RM30 bilion tahun 2016 berbanding cukai pendapatan tahun 2015 sebanyak RM28 bilion

Dan buat pertama akalinya dalam sejarah Malaysia, pada tahun 2016 sumbangan cukai individu meliputi cukai GST, cukai pendapatan dan juga cukai eksais telah berjaya melepasi cukai korporat.

  • Cukai individu 2016 (eksais, pendapatan, GST) : RM82 bilion
  • Cukai korporat 2016 : RM74 bilion

Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Datuk Ahmad Maslan :

  • Subsidi minyak 2009 : RM6.2 bilion (minyak USD62)
  • Subsidi minyak 2010 : RM9.6 bilion (minyak USD80)
  • Subsidi minyak 2011 : RM20.4 bilion (minyak USD111)
  • Subsidi minyak 2012 : RM24.7 bilion (minyak USD112)
  • Subsidi minyak 2013 : RM24.8 bilion (minyak USD110)
  • Subsidi minyak 2014 : sekitar RM21 billion

Semua angka-angka subsidi ini sudah tiada lagi. Ini bermakna kerajaan sudah banyak berjimat, dan tidak perlu lagi memikirkan perbelanjaan untuk mengurangkan kos pengangkutan kenderaan rakyat Malaysia dan juga pengangkutan logistik di Malaysia. Tidak perlu lagi.

Persoalannya sekarang ini, mana pergi duit subsidi minyak yang bilion-bilion ini? Sehingga ke hari ini tidak diketahui perincian pergi ke mana?

P/S : Tiba-tiba, tertanya-tanya Berita Semasa berapa banyak peruntukkan biasiswa JPA, MARA kepada anak-anak kita rakyat Malaysia yang bakal menjadi pelapis negara di masa hadapan di antara tahun 2010 hingga 2015? Adakah semakin meningkat atau semakin menurun alaupun subsidi minyak dihapuskan? Tiada jawapan dan fakta kelihatan ke hari ini

PP/S : Tun Daim Zainuddin pernah mengatakan rakyat Malaysia tidak peduli pertumbuhan ekonomi 5 peratus, 6 peratus, 7 peratus. Tetapi rakyat Malaysia akan bertanyakan dan persoalkan apa yang mereka dapat daripada apa yang dilaungkan kerajaan atas nama kemakmuran ekonomi Malaysia?

PPP/S : Apa yang rakyat Malaysia mahu? Rakyat mahu peluang pekerjaan, rakyat mahu tahu mengapa inflasi dan kos sara hidup di Malaysia begitu tinggi?



Share.

74 Comments

  1. Wang tu telah pergi utk pembangunan Msia dan projek2 yg tlh berjaya dilaksanakan …selama ini .Cuma satu solan akan bermain dikotak fikiran lantas mengajukan solan ,apakah harga/nilaiprojek2 tu mahal ke atau berpatutan, atau ada yg telah dikongsikan .Di sinilah perlu pencerahan.Kedua projek sakit/tak jadi/dseleweng .Sila jawab dgn ikhlas

  2. cukai bertambah.. subsidi dikurangkan.. apa nak jadi dengan malaysia sekarang

  3. pau duit rakyat atas nama projek pembangunan..harga projek berlipat kali ganda dari harga kos projek..lagi mahal projek, lagi banyak tol nk kene bayor kt datuk2..tan sri2..hampeh semua..puiii

  4. Ada ku kisah korang punya cukai … aku mahu hartamu banyak… Ada faham !

  5. Nama pun subsidi @ wang bantuan, bila-bila boleh ditarik balik.
    Ke mana dan dimana diguna dan dibelanjakan itu tak penting. yang penting meneruskan kelangsungan hidup disamping memakmurkan Malaysia.

  6. rakyat penting, kroni pun penting … satu projek jadi serampang 2 mata… baru duit besar boleh rolling cantikkk….

  7. Kalau aku jadi pm, aku akan lantik diriku jadi Menteri Kewangan…. pastu nkorangpun paham2 la ..kan !

  8. sebagai Menteri Kewangan merangkap pula PM… puiii ..Ada sesiapa yg kata aku firaun …?

  9. korang ingat senang ke nak urus wang ringgit cukai2 nkorang yg berbilion2 tu… korang ingat kerani2 tu semua tau buat kerja…. aku sorang jer… aku ingat nak tubuh satu syarikat, senang aku nak rolling duit2 si lahabau tu…

  10. ha2 jgn nak buat tuduh2 ……. naahhh, aku bukanlah firaun…. aku lah SEMAUN

  11. BUKAN.. ! BUKAN .. ! Aku BUKAN Ketua Penyamun ! Firaun pun BUKAN ! Aku adalah S.E.M.A.U.N !

  12. nko tu perasan sorang2, org dah menyampah tengok muka dan suara nko… bila nko nak mampus … haaahhhh ?

  13. aku dapat bayangkan isteriku, anak2ku, abang-adikku & kroni2ku yg bersalut emas permata dari kaki hingga ke hujung rambut, mewah dgn harta, rumah2 besar, kereta besar, enjoy joly frog kt luar negara, megah ke sana sini… barulah org angkat topi dan kenal sapa ini S.E.M.A.U.N dan keturunannya

  14. aku akan belikan anak2ku dan anak2 kroniku kereta kebal menggantikan kereta remote control dan drone menggantikan terbang kawalan jauh…

  15. Semua rakyat aku suruh berjimat dan kalau ada wang lebih jgn lupa hulur cukai… Wad beranak kat hospital akan disediakan tabung percuma… pada setiap kelahiran akan dihadiahkan tabung sebesar gantang beras dan dicetak nama bayi tersebut…

  16. Agak rasa agak gelilah dgn muka dn kepala sotong nei .Ada jugak spesis mcm nei…elok balik tempat asal terjun laut…ha ha maaf saya ya

  17. Sabarlah wahai muka dan kepala sotong kerna sabar itu separuh dari keimanan dan ibu segala ilmu

  18. Siapa makin kaya senang dan siapa makin miskin susah??? Kerajaan beratsebelah samun segala harta bumi malaysia bila tak cukup berhutang lepas rakyat di kambing hitamkan, kini rakyat byk yg masih tak sedar terutama melayu bila tgk duit lupa asal usul anak bini.

  19. Lepas 2020 melayu pasti byk miskin melarat dan penjenayah semakin berluasa sana sini yg gembira siapa??? Selagi melayu tak sedar diri selagi itu melayu tidak akan makmur walaupun ada hanya sedikit dari peratusan melayu di negara ini. Tak mahu berubah biar mrk diubah jadi miskin susah menara mundur di pinggirkan jgn salahkan org lain kerana mrk yg tak mahu berubah.

  20. Kerajaan perolehi wang cukai kebanyakan dlm negara maka wang itu semua wang rakyat malaysia, ini menunjukan cukai sgt tinggi di negara ini.bukan 6% bukan 10% bukan 26% bukan 30% tetapi lebih dari itu! Jadi kerajaan tidak jaga kebajikan sebaliknya rakyat malaysia yg jaga kebajikan kerajaan, maka kenapa kita yg kena susah tetapi mrk yg senang!! Rakyat malaysia terlalu berakal terutama melayu.

  21. Adakah kerajaan majukan negara mundurkan rakyat kayakan kroni miskinkan rakyat ,kuasai pemerintahan rampas hak rakyat ketagihkan rakyat dgn brim tetapi sebalik itu rakyat tetap hidup susah dgn kenaikkan harga brg kos sara hidup yg tinggi malah hartanah mahal sehinggakan rakyat tak mampu beli.

  22. Kerajaan nak jadi negara pendapatan tinggi menjelang 2020, selain pendapatan petroleum, kerajaan hanya teringat cukai…transformasi yang gagal di mana kerajaan tidak dapat memajukan negara dengan sektor sektor yang lain, tambahan pula dengan rasuah dan pemborosan yang teramat jijik yang kerap berlaku.

  23. Klu kjaan skrg nak kekal perubahan baik sbenar adalh dperlukn,jujur,ikhlas dn beramanah jgn tamak org tamak slalu rugi spt anjing dgn bayang2nya

  24. siapa kata rasuah jijik ? rasuahlah punca pendapatanku, kluargaku dan kroni2ku…. aku S.E.M.A.U.N… zaman jahiliah aku dipanggil F.I.R.A.U.N…. ha2

  25. muka dan kepala sotong on

    ha2 kita gang…! Aku setuju sangat dgn pandangangmung…

  26. muka dan kepala sotong on

    nko kebas diorang punya fulus… diorang kaco mung aku spray dakwat hitam… ha2

  27. muka dan kepala sotong on

    si jacki tu dengkilah tu…. hulur 2,3 ribu tutup mulutlah dia tuh…

  28. muka dan kepala sotong on

    aku ingat nanti lepas PRU 14 aku nak joing mu jadi timbalan mung pun molek doh… !

  29. boleh tu boleh…. tapi mu pong kena macam kawan jugaklah….. sauk dan bedal jgn kira ..!

  30. Hai! Sotong…mana cukup 2 3 riban! pergi clubmlm satu mlm dah habis lg mahu hutang.

  31. dia tambi lu hired la satu indon maid cantik punya…. satu bulan rm900…. x payah pigi nite club buang duit saja …mannnnn !

  32. wooiiieeyy ..duit cukai dah beratus bilion ni, mcm mana aku nak sapu niiihhhhh… line x clear pulak sekarang… !!

  33. sotong .. nko ada jalan ke aku nak rolling duit cukai yg dah berbilion2 nihhh…!

  34. Annoyingmous on

    beruk2 kt atas ni eloklah berenti merepek. spesis cam nko nih ler yg senang digula-gulakan & diperkudakan oleh org2 politik. byk merepek2.

  35. Paling penting mana pergi 2.6bilion,sampai skrg xde penjelasan yg masuk akal,saman wsj?hmmm,kata nak saman,last2 mengaku kalah,alasan mcm budak berhingus…

  36. GST, Imdb, merupakan parasit yg menghisap darah rakyat, sekiranya kerajaan masih berdegil sama2 tenguk pada PRU14 nanti adakah kerajaan sekarang masih releven lagi

  37. Dekat PRU14 nanti umno bn akan mula buat baik dan amal kebajikan, ada segelintirnya lupa tentang GST, 2.6b, jerung, kroni dan kebongkakkan pemimpin umno bn.

  38. Jadi YB 1penggal untung 7 keturunan..dgn syrt,YB keris..hahahaha..

  39. Nampak sangat kerajaan nak bailout 1mdb dengan cukai, lepas enam bulan keluar la statement 1mdb masih kukuh padahal tu hutang rakyat yang bayar

  40. Persoalan mana pg nya duit subsidi, mungkin jerung2 akan bisu. Tapi 2.6b semua tau pg kat siapa.

  41. Asalam… pekeliling penambahbaikan 252 SKIM telah dikeluarkan, yang dukacitanya ialah TIADA PERUBAHAN GRED KE SATU GRED YANG LEBIH TINGGI, hanya kenaikan 3% di darab dengan gaji basic ditambah pula dengan hanya 1 KGT, apa dah jadi dengan kenaikan atau perubahan gred, pihak CUEPACS sudah tahu mengenai pekeliling 252 skim tersebut, hanya didiamkan sahaja. Pihak CUEPACS telah telah menghancurkan perjuangan 1.6 juta penjawat awam… Pihak CUEPACS juga telah berbohong kepada 1.6 juta penjawat awam, harap pihak CUEPACS dapat memberi penjelasan dengan segera kepada 1.6 juta penjawat awam…

  42. Hahaha …cuepacs nak diharapkan oleh pa!!! Baik jaga periuk nasi cuepacs sdr kan lg berbaloi!! Selagi namanya manusia selagi itulah mrk lebih pentingkan diri dari org lain. Kerajaan yg di pilih lg tak jaga kebajikan rakyatnya apalg cuepacs. Kita tunggu dan lihat bila ekonomi malaysia terus merudum kot2 byk yg kena buang!!

  43. diorang pun mesti kena bayar sebab dirang pun rakyat ini country… ibu bapa sini, raya cina, aidilfitri pun semua balik sini… x kan x kasi cukai sama ini gomen… org miskin pun ada bayar cukai sekarang… !

  44. Org tua, org cacat, OKU, ibu tunggal, anak yatim, kanak2, org sakit terlantar kt wad semua bayar cukai… x kan org kaya raya terkenal x bayar cukai…

  45. kita berdoa semoga allah cepat hentikan kesusahan & penderitaan rakyat sekarang

  46. Kita berdoa semoga allah cepatkan pembalasan kepda org yg mencetuskan keburukan ekonomi kita & penderitaan rakyat sekarang

  47. SambalBelacan on

    …Tanah Melayu semakin menuju kehancuran di dalam tangan individu2 sealiran Najib…sesungguhnya Allah menjadikan bumi Tanah Melayu ini kaya dengan berbagai sumber alam…oleh kerana Kiblat diletakkan di belakang bontot…maka jadilah Tanah Melayu ini seperti ketandusan dan kemiskinan…sebab rakyat berpemimpinkan seorang Firaun alaf baru…

  48. SambalBelacan on

    …dasar pemimpin ala Firaun…sekarang lihatlah!…lihatlah!…

  49. DUIT YAPEIM PUN DORANG BOLEH KEBAS INIKAN PULAK DUIT DARI SUMBER YANG LAIN YANG PENTING MASYUUUUK

  50. belanjawan bohong pun nak bahas lepas tu undi.cuba tengok highway trans borneo,tiap-tiap tahun bentang.tak perasan ke.

  51. bila nafsu telah menyelubungi,ulamak ke..menteri ugama ke..semuanya kelongkang.amanah dah jadi sampah,tak ingat mati,mcm hidup seribu tahun,iman senipis kulit bawang,pagi islam,petang kapir.inilah Malaysia hari ini,sedarlah

  52. Dr.Marijuana on

    Mana 2.6bilion?Mana 250juta projek lembu?Duit Yapiem setengah juta?Rembat jangan x rembat,melayu bunuh melayu yeah!!

  53. Aku hanya mampu tersenyum. Dlm hati anguk2 setuju…
    Tuan Malaun penuh dgn kata2 berhikmah… Supaya mereka semua sedar diri.

  54. baguslah tu subsidi dikurangkan.
    kita biasanya bising semuahal.
    bila naik harga minyak kita bising
    bila baik tambang pengangkutan kita bisingg
    BILA NAIK GAJI KITA TAK BISING
    BILA WANG BRIM DITAMBAH KITA TAK BISING
    KITA KENA BANYAK BERSYUKUR

Leave A Reply