Cuepacs : Potongan Gaji Penjawat Awam Setiap Bulan Bagi Bantuan Banjir Sekurang-kurangnya RM5 Dan ke Atas. Setuju?
Melihatkan jumlah 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia, Cuepacs pantas mahukan kakitangan awam di Malaysia bersama-sama memberikan bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan banjir baru-baru ini.
![Bantuan Banjir Cuepacs potongan gaji](https://www.beritasemasa.com.my/wp-content/uploads/2015/01/Bantuan-Banjir-Cuepacs.jpg)
Potongan Gaji Kakitangan Awam Untuk Bantuan Banjir?
- Potongan gaji kakitangan awam untuk bantuan banjir dilakukan setiap bulan
- Sekurang-kurangnya jumlah bantuan yang diberikan penjawat awam berjumlah RM5 dan ke atas
- Potongan gaji dimulakan pada bulan Januari 2015 ini.
Cuepacs merasakan potongan gaji setiap bulan terhadap kakitangan kerajaan adalah kaedah dan mekanisme terbaik bagi mengumpulkan bagi pihak penjawat awam untuk mangsa banjir di Malaysia sekaligus mengurangkan sedikit sebanyak beban bagi pasca banjir sekarang ini.
Itu kata pihak Cuepacs, apakah respon balas anda dengan potongan gaji terhadap anda setiap bulan bagi bantuan banjir. Setuju atau tidak? Mengapa?
P/S : Mungkin kaedah potongan gaji boleh dimulakan kepada kalangan menteri kabinet, ahli parlimen dan wakil rakyat, bukankah kepimpinan melalui tauladan? Tunjukkan “contoh yang baik” kepada anak buah di bawah.
PP/S : Berita Semasa merasakan jumlah tidak penting, yang penting nilai keikhlasan ketika menderma dan memberikan bantuan.