Cuepacs : Semakan Kenaikan Elaun Naik 2015 Penjawat Awam dan Gaji Kakitangan Kerajaan (252 Skim Baru). Setuju?


Cuepacs : Semakan Kenaikan Elaun Naik 2015 Penjawat Awam dan Gaji Kakitangan Kerajaan (252 Skim Baru). Setuju? :

elaun naik

Cuepacs yang menjadi pembela kepada 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia, terus menunggu dengan penuh sabar tindakan daripada pihak kerajaan Malaysia menerusi tuntutan “mendesak” yang perlu diberikan perhatian segera, antara lainnya ialah semakan kenaikan elaun kakitangan awam di Malaysia (iaitu sejumlah 231 elaun).

Masakan tidak dengan melihatkan gelombang kenaikan kos sara hidup dan harga barang di Malaysia serta keadaan inflasi di Malaysia menyebabkan ia sudah tidak relevan dengan sumbangan elaun yang diterima kakitangan awam hari ini.

Setuju atau tidak?

Senarai Semakan Kenaikan Elaun Naik Penjawat Awam 2015 di Malaysia?

Antara kenaikan elaun naik kakitangan awam yang perlu diberikan perhatian segera ialah :

  • elaun perumahan
  • elaun khidmat awam
  • elaun sara hidup (COLA)
  • elaun perjalanan
  • elaun hotel
  • elaun wilayah untuk mereka yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs Malaysia tidak mahu semua tuntutan elaun naik seperti di atas tertangguh terlalu sedangkan kos sara hidup rakyat Malaysia hari ini terus naik dan naik.

Semakan Gaji Kakitangan Awam Melibatkan 252 Skim Baru 2015?

Dan dalam pada masa yang sama Cuepacs berharap snagat agar semakan gaji melibatkan 252 skim baru dilaksanakan segera.

Dalam pada, semakan kenaikan elaun penjawat awam dan semakan gaji skim baru kakitangan awam 2015 kali ini mahu dilakukan, mungkin dalam pada masa yang sama Cuepacs boleh usulkan bersama staf dan kakitangan awam yang tidak produktif untuk tidak dipotong elaun mereka atas kesalahan yang muktamad.

Supaya saiz penjawat awam yang besar adalah benar-benar berkualiti dan bukan sekadar kuantiti semata. Insyaallah. Amin.

Apa kata anda pula?