Cuepacs : Wujud Bank Tanah Penjawat Awam. Rizab 1.5 Juta Lot Tanah Untuk Keperluan 1.4 Juta Kakitangan Awam


Cuepacs : Wujud Bank Tanah Penjawat Awam. Rizab 1.5 Juta Lot Tanah Untuk Keperluan 1.4 Juta Kakitangan Awam

Mahu melihat majoriti daripada 1.4 juta kakitangan awam terjaga kebajikannya dan tidak terus terhimpit dengan gelombang kenaikan harga rumah naik di Malaysia apatah lagi kerisauan Cuepacs Malaysia yang tidak mahu kakitangan awam menjadi gelandangan di Malaysia, Cuepacs tampil dengan saranan kepada kerajaan Malaysia.

bank tanah

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan Malaysia bertindak segera bagi membentuk apa yang dipanggil sebagai bank tanah sekaligus membantu penyediaan untuk 1.4 juta kakitangan awam yang memerlukan rumah yang benar-benar mampu milik untuk mereka.

Bukannya rumah mampu tengok yang lebih banyak dibina sekarang ini.

Cuepacs : Kawal Harga Rumah Mahal Dengan Bank Tanah Penjawat Awam

Cuepacs mahukan kerajaan Malaysia menyediakan sekurang-kurangnya rizab 1.5 juta lot tanah sebanyak simpanan dalam bank tanah penjawat awam.

Apa kata 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia dengan cadangan dan saranan terbaru Cuepacs?