Contoh Soalan UKCG Ujian Kelayakan Calon Guru
Apakah syarat kelayakan untuk melayakkan anda untuk berkhidmat sebagai guru di Malaysia? Sudah tentulah anda harus lulus untuk ujian UKCG terlebih dahulu.
Anda boleh membuat semakan mengenai kelayakan anda untuk menduduki ujian UKCG bermula pada 1 April ini. UKCG ini merupakan ujian saringan yang perlu dilakukan sebelum panggilan temuduga menjadi guru dijalankan.
Semakan UKCG Contoh Soalan UKCG. Anda akan dipanggil untuk menjalani ujian UKCG, selepas borang online IPG Maktab Perguruan lengkap diisi.
Kandungan UKCG bukanlah hanya setakat ujian bertulis sahaja malahan turut mempunyai ujian kecergasan fizikal.
Berita Semasa akan berkongsi dengan anda contoh soalan dan jenis soalan UKCG. Terdapat 2 jenis bahagian Ujian UKCG iaitu :
- Bahagian A : Ujian Bertulis
- Bahagian B : Ujian Kecergasan Fizikal
Semakan UKCG Bahagian A : Ujian Bertulis UKCG
Di bawah ini adalah antara contoh soalan bertulis UKCG yang akan anda temui. Calon dikehendaki untuk memilih satu jawapan sahaja dari dua pilihan jawapan yang diberikan. Soalan bertulis UKCG ini sama sahaja seperti soalan Medsi iaitu ujian kelayakan kemasukan ke UPSI.
- KLIK SINI : 6 Cara Lulus Berjaya Permohonan IPG Secara Online
Senarai Contoh Soalan UKCG dan Jawapan
Lagi contoh soalan UKCG bagi kemasukan ke Institut Pendidikan Guru IPG
- Setuju atau tidak PPSMI dimansuhkan? Berikan sebab dan alasan jawapan anda
- Berdasarkan bacaan dan pemahaman bagi setiap elemen yang terkandung dalam Pelan induk pembangunan pendidikan (PIPP), berikan apakah maksud sekolah kebangsaan dan bagaimana cara untuk mempertabat dan memperkasa sekolah kebangsaan di Malaysia
- Berikan perbezaan di antara konsep 1Malaysia dengan konsep Malaysia Malaysian?
- Sila hafal nama menteri-menteri terutama menteri pelajaran, timbalan menteri pelajaran, ketua pengarah pelajaran.
- Berikan senarai cabaran yang bakal dihadapi seorang guru?
- Mengapa dan kenapa anda berminat menjadi guru di Malaysia?
- Apakah perbezaan di antara sekolah wawasan, sekolah bestari dan juga sekolah kluster?
- Senaraikan bapa pembangunan, bapa pemodenan dan juga bapa kemerdekaan?
- Jikalau anda diarahkan dan dikehendaki mengajar di sekolah Sabah dan Sarawak di kawasan pedalaman yang serba kekurangan, adakah anda bersedia?
Semakan UKCG Bahagian B : Ujian Kecergasan Fizikal UKCG
Pada bahagian B, kecergasan fizikal anda akan diuji dari segi aspek ketahanan diri dan kekuatan fizikal calon. Ramai juga yang berpendapat di manakah sebenarnya relevan ujian fizikal ini kepada calon yang ingin menjadi guru. Sebenarnya ramai yang tidak tahu, profesion sebagai guru memerlukan anda untuk kekal aktif sepanjang hari dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi untuk menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai guru.
Tugas sebagai seorang guru tidak boleh dipandang mudah, kerana tugas guru bukanlah hanya di dalam kelas sahaja, tetapi juga di luar kelas seperti ketika berlangsungnya hari sukan, hari marathon, acara tahunan sekolah, hari perkhemahan dan acara atau aktiviti-aktiviti yang lain. Oleh itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah putuskan bahawa ujian kecergasan fizikal ini sangat penting untuk menguji ketahanan yang ada pada diri.
Ujian Kecergasan Fizikal UKCG dibahagikan kepada 5 jenis :
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannya
BMI Test,BMI adalah merupakan kata singkatan Body Mass Index. Ujian BMI meliputi menimbang berat badan anda dan mengukur ketinggian anda untuk mengetahui berat badan kurang; normal mahupun berlebihan.
,Ini adalah cara kiraan BMI: BMI : Berat (kg)/ Tinggi (m)
Sit Up (bangkit tubi),Apa yang penting; badan anda perlulah fit kerana anda akan diberikan 5 jenis variasi untuk membuat sit up.
Lompat Kuadran, Kuadran merupakan empat petak yang bersebelahan antara satu sama lain. Lompatan harus dibuat dalam satu kuadran tanpa terkena pada garisannya. Anda juga boleh mencari video di Youtube dengan keyword “Quadrant Jumping” untuk melihat cara dan langkah lompatan yang betul. Mungkin dengan panduan dari video itu; anda dapat mempraktikkannya sebelum ujian fizikal UKCG dijalankan.
Ujian Kilas Sisi,Ujian kilas sisi pula mengkehendaki anda untuk berada seperti di posisi bawah ini dan dalam 1 minit; anda hendaklah menyentuh tampalan kertas di dinding itu sebanyak yang mungkin yang anda boleh lakukan.
Bleep Test,Bleep test adalah larian ulang alik yang perlu dilakukan oleh anda dalam jarak 20m dari satu checkpoint ke checkpoint yang lagi satu. Ketika bunyi beep dibunyikan; anda hendaklah berpatah balik. Tahap ketahanan dan speed anda diuji di dalam Bleep Test ini. Semakin lama Bleep Test ini dijalankan; bunyi selang antara satu beep dengan beep yang lain akan semangkin dekat dan singkat. Ini akan membuatkan larian ulang alik anda semakin sukar. Yang perlu anda lakukan adalah bertahan di samping mengekalkan speed larian anda.
[/table]
Konkusinya, profesion dan tugas sebagai guru bukanlah mudah seperti yang disangka. Banyak saringan yang perlu dilakukan sebelum pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) putuskan atau setuju untuk melayakkan anda menjadi guru.
Selamat maju jaya kami ucapkan kepada calon yang bakal menduduki Ujian UKCG. Semoga anda berjaya melepasi saringan ujian UKCG dan seterusnya layak menjadi seorang guru yang serba boleh.