Contoh Soalan Medsi Ujian untuk Program Pendidikan
Untuk pengetahuan dan makluman anda semua ujian MEDsi ini dibangunkan bagi menilai samada anda layak anda tidak untuk mengambil Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM / setaraf ini.
Ini bagi memastikan kalangan yang terpilih kelak adalah kalangan yang benar-benar layak, mempunyai minat yang tinggi untuk mendidik anak bangsa kita dan ada kredibiliti untuk bergelar guru melalui ujian Medsi ini.
Tidak mahu guru yang tangkap muat yang akhirnya merosakkan minda dan corak pembelajaran anak-anak dan pelajar kelak.
Ada 300 soalan kesemuanya yang mana format adalah dalam bentuk aneka pilihan. Merangkumi 4 bahagian. Antaranya ialah:
- Bahagian 1 : Personaliti 110 item
- Bahagian 2 : Minat kerjaya 60 item
- Bahagian 3 : Nilai intergriti 70 item
- Bahagian 4 : Kecedrasan emosi 60 item
Bersama-sama ini, Berita Semasa kongsikan khas untuk calon ujian Medsi untuk semak contoh soalan medsi yang terbaik di mana boleh anda jadikan latih tubi dan ulangkaji sebelum menghadapi peperiksaan dan penilaian sebenar kelak.
Senarai dan Koleksi Contoh Soalan Medsi
1. Jika saya sibuk dengan kerja sekolah, saya akan menyuruh adik-adik membuat kerja rumah saya
A. Wajar
B. Tidak wajar
2. Semasa rakan sejawat saya berrehat, saya gunakan komputernya dan memberitahunya selepas bangun
A. Wajar
B. Tidak wajar
3. Sunguhpun banjir kilat berlaku, saya berusaha mencari jalan ke sekolah saya.
A. Wajar
B. Tidak wajar
4. Saya berhak menggunakan semua kemudahan universiti keraa saya telah membayar yuran semester
A. Wajar
B. Tidak wajar
5. Saya berhak menggunakan alat-alatan di tempat kerja saya secara suka hati
A. Wajar
B. Tidak wajar
6. Sebelum saya masuk kelas mengajar, saya mesti mengulangi ringkasan mengajar yang saya rancangkan
A. Wajar
B. Tidak wajar
7. Siti sentiasa kelihatan gembira kerana dia ada ramai rakan sekerjanya yang baik
A. Wajar
B. Tidak wajar
8. Marah merupakan emosi negatif yang boleh menimbulkan masalah teruk jika tidak dikawal
A. Wajar
B. Tidak wajar
9. Apabila saya nampak kawan saya mendapat pencapaian yang lebih baik, saya akan cuba berusaha mencontohinya
A. Wajar
B. Tidak wajar
10. Saya dapat prestasi yang baik, tetapi rakan saya dapat prestasi cemerlang. Saya rasa sedih kerana saya pula patut dapat prestasi cemerlang
A. Wajar
B. Tidak wajar
11. Saya sentiasa rasa takut kerana kekurangan keyakinan terhadap tugas
A. Wajar
B. Tidak wajar
P/S : Mungkin anda ada lagi contoh soalan medsi yang ingin anda kongsikan bersama, boleh letakkan di ruangan komen