Contoh Karangan Ulasan PT3 Bahasa Melayu? Apa Tips Menghasilkan Yang Terbaik?
Dalam anda memberikan jawapan soalan ulasan PT3 Bahasa melayu, Berita Semasa suka untuk berikan contoh ulasan dan tips untuk anda semua pelajar Tingkatan 3 tahun ini.
Anda boleh guna pendekatan dan tips ini untuk mendapatkan idea dan buah fikiran bagi soalan ulasan PT3 Bahasa melayu
Dapatkan sekitar antara 7 dan 8 idea yang lengkap yang boleh anda kembangkan bagi menghasilkan ulasan PT3 yang terbaik dalam lingkungan 80 hingga 100 patah perkataan yang diberikan dalam satu perenggan sahaja.
Katalah tajuk ulasan pt3 adalah kecemerlangan akademik, apa 8 isi penting yang boleh anda senaraikan?
- bercita-cita tinggi
- rajin mengulang kaji pelajaran
- jamin masa depan yang cerah
- tidak berputus asa
- minat membaca, budaya ilmu
- tiada yang mustahil, selagi kita beruasa bersungguh-sungguh
- belajar secara tetap mengikut jadual atau disiplin
Ok. Kemudiannya, dalam banyak-banyak isi penting di atas, yang boleh diletakkan sebagai ayat pertama? Berita Semasa memilih “jamin masa depan yang cerah”
Contoh Karangan Ulasan PT3 Bahasa Melayu Bagi Tajuk Kecemerlangan Akademik?
Anda boleh mulakan dengan ayat :
Demi mencapai masa depan yang cerah, pelajar perlulah mencapai kecemerlangan akademik. Bersambung.
Dan anda sambung dengan ayat kedua, ayat ketiga, dan keempat sehinggalah ayat yang terakhir anda bilang dan kira untuk pastikan jumlah perkataan yang anda gunakan berada di antara 80 hingga 100 perkataan sahaja. Jikalau terkurang, anda tambah baik begitulah sebaliknya jikalau terlebih perkataan. Faham?
Bagaimana pula jikalau diberikan dengan tajuk musibah, kemalangan, buli? Anda boleh senaraikan :
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Isi Penting
Faktor,Contohnya kurang kasih sayang disebabkan kecelaruan institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya.
Ciri,Para pelajar seharusnya menghormati antara satu sama lain
Usaha,PIBG dan ibu bapa berganding bahu dan pelajar sendiri mestilah ada keberanian untuk melaporkan kes buli di sekolah kepada guru
Kesan,Kesan negatif prestasi akademik merudum dan tumpuan pada sesi pelajaran dan pembelajaran di kelas terjejas
[/table]
Jadi apa tajuk ulasan PT3 Bahasa melayu yang dikemukakan kepada anda sekalipun, usah panik. Letakkan tajuk anda di tengah-tengah peta minda anda, dan mula cambah idea dan isi penting yang boleh anda kaitkan dengan tajuk karangan ulasan PT3 yang diberikan.
P/S : Buat sehabis baik, jangan bazirkan 15 markah yang diperuntukkan untuk karangan ulasan PT3 Bahasa Melayu ini.