≡ Menu

Clare Rewcastle Brown Pemilik Blog Sarawak Report Milik Terus Kebal Daripada Tindakan Ekstradisi?

Clare Rewcastle Brown Pemilik Blog Sarawak Report Milik Terus Kebal Daripada Tindakan Ekstradisi

Nampaknya hasrat Polis Malaysia untuk membawa pulang pemilik blog Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown ke Malaysia tidak kesampaian apabila ditolak bulat-bulat oleh Polis Antarabangsa Interpol.

Clare Rewcastle Brown

Sebelum ini blog Sarawak Report yang dikendalikan oleh seorang wartawan penyiasatan yang berpangkalan di UK, Clare Rewcastle Brown acapkali melakukan pendedahan yang cukup terperinci tentang skandal balak dan rasuah di Sarawak.

Terkini melibatkan skandal 1MDB termasuklah juga dengan pendedahan berserta dengan dokumen yang mana isu derma 2.6 bilion ke akaun Najib Razak.

Polis Malaysia hanya boleh membuat permohonan untuk ekstradisi blogger sarawak Report ini ke Malaysia, tetapi Interpol juga boleh menolak permohonan tersebut atas sebab-sebab yang tidak didedahkan.

Lebih Pendedahan Skandal Daripada Clare Rewcastle Brown, Sarawak Report Selepas Ini?

Adakah dengan keputusan Interpol selepas ini, dunia akan diperlihatkan lebih banyak dokumen dan pendedahan daripada blog Sarawak Report?