Check CTOS Online Malaysia. Semak PTPTN Pun Boleh!


Check CTOS Online Malaysia. Semak PTPTN Pun Boleh!

Rekod CCRIS dan CTOS penting untuk mengetahui tahap dan kesihatan kredit anda.

check ctos

Untuk sesiapa nak buat pinjaman bank yang baru ataupun nak semak rekod dan status terkini bayaran pinjaman bank samada melibatkan pinjaman rumah anda, pinjaman peribadi ataupun kad kredit, anda boleh check dan semak melalui laporan kewangan Central Credit Reference Information System (CCRIS) ataupun check CTOS score contohnya.

Walaubagaimanapun, kebiasaannya ramai yang hanya membuat semakan laporan melibatkan report CCRIS berbanding check CTOS score.

Apa yang boleh anda semak pada Central Credit Reference Information System report? Antaranya ialah laporan….

  • Pembiayaan peribadi bank atau personal loan
  • Kad kredit atau credit card CC
  • pinjaman kereta atau car loan
  • pinjaman perniagaan
  • pinjaman perumahan atau housing loan
  • dan terbaru, Pinjaman PTPTN

Semua ini akan tertera pada laporan kredit anda. Samada baik atau tidak, sangkut atau tidak. Tertunggak atau berdisiplin membayar semula. Semua ini akan menjadi antara bahan rujukan pihak bank pada ketika anda memohon pinjaman dengan mereka.

Ok. Baik. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh semak CCRIS yang diuruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) samada secara online atau offline antara ialah :

  1. Boleh terus muat turun laporan di Bank Negara yang mana di sana ada disedikana untuk anda kiosk layan diri
  2. Dapatkan secara terus di mana-mana cawangan AKPK yang berdekatan dengan anda samad di Selangor, KL, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Negeri sembilan, Melaka, Terengganu. Kakitangan AKPK akan membantu anda print out laporan terus di sana
  3. Selain itu, anda boleh terus check CCRIS online dengan cara layari pautan ini, creditbureau.bnm.gov.my atau cuba hubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465
  4. Anda boleh juga menggunakan perkhdimatan dan servis yang ditawarkan oleh Credit Bureau Malaysia (CBM) melalui pautan ini, https://www.creditbureau.com.my yang mana mereka boleh berikan CCRIS report dalam masa 1 jam secara online. Mudah bukan? Berita Semasa difahamkan bermula 1 Januari 2016, anda akan dienakan caj dan bayaran sejumlah RM10. Untuk sebarang info boleh hubungi mereka terus di sini, info@creditbureau.com.my
  5. Selain Central Credit Reference Information System, CTOS yang dikendalikan oleh syarikat swasta turut digunakan pihak bank sebagai rujukan sokongan untuk menilai prestasi dan rekod bayaran tertunggak oleh peminjam di Malaysia. Untuk semakan dan check CTOS juga, anda boleh terus kepautan ini portal ctos Malaysia, http://www.ctos.com.my

Check CTOS dan Berapa Credit Score Anda

Boleh terus klik pautan-pautan di bawah untuk semakan rekod pembayaran anda selama ini samada melalui semakan CTOS malaysia atau melalui CCRIS dengan 2 platform yang berbeza seperti di bawah ini :

PerkaraButiran dan Pautannya
Check CTOSKLIK SINI
Semak CCRIS Online oleh BNMKLIK SINI

Cuba papatkan Credit Score yang Terbaik

Berita Semasa nasihatkan anda melakukan semakan laporan kredit kewangan dan pinjaman anda sekurang-kurangnya setahun sekali, bagi memastikan komitmen hutang anda dengan baik masih dalam keadaan status yang terbaik.

Ini kerana Berita Semasa difahamkan terdapat kalangan yang mendapati baru-baru rekod kredit mereka terjejas dek kerana rekod PTPTN CCRIS yang baru sahaja dimasukkan tertera status bayaran tertunggak iaitu 1, sedangkan ia berpunca daripada kelemahan pihak PTPTN sendiri yang gagal melakukan kemaskini dengan kadar segera.

Jangan sampai anda anda tersenarai dalam senarai hitam atau blacklist. Lakukan semakan status CCRIS dengan kadar segera daripada masa ke semasa.