Ambang bil elektrik sudah dinaikkan. Itu berita baik. Tapi kalau tabiat penggunaan tidak berubah, bil tetap boleh naik tanpa disedari. Ramai yang baru sedar bil mereka semakin tinggi hanya selepas menerima penyata bulanan.
Pendingin hawa masih menjadi punca utama penggunaan elektrik yang tinggi di kebanyakan rumah. Tetapkan suhu pada paras 25 atau 26 darjah Celsius dan elakkan membuka pintu bilik berulang kali. Penapis yang kotor memaksa unit bekerja lebih keras, jadi pastikan ia dibersihkan sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Peti sejuk juga sering dilupakan. Masukkan makanan yang sudah sejuk sepenuhnya dan pastikan pintu sentiasa tertutup rapat. Peti sejuk yang terlalu penuh atau terlalu kosong sebenarnya menggunakan lebih banyak tenaga.
Mentol LED mungkin nampak remeh, tapi perbezaannya ketara dalam jangka panjang. Ia menggunakan jauh lebih sedikit elektrik berbanding mentol biasa dan tahan lebih lama. Begitu juga dengan tabiat mencabut plag peralatan yang tidak digunakan. Banyak peralatan masih “minum” elektrik walaupun sudah dimatikan.
Pada waktu malam atau bila cuaca tidak terlalu panas, cuba gunakan kipas sahaja. Gabungan kipas dan pendingin hawa pada suhu sederhana jauh lebih jimat berbanding membiarkan aircond beroperasi sepanjang hari.
Paling penting, pantau penggunaan anda sendiri. Jangan tunggu bil datang baru terkejut. Semak anggaran kWh melalui aplikasi myTNB setiap minggu. Dengan cara ini, anda boleh buat penyesuaian awal sebelum penggunaan mencecah paras yang tinggi.
Penjimatan bil elektrik bukan soal berkorban keselesaan. Ia lebih kepada kebiasaan kecil yang diamalkan secara konsisten. Bila ambang sudah dinaikkan, gunakan peluang ini untuk mengawal perbelanjaan, bukan sebaliknya.
Keselamatan Sekolah Diuji Semula Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, mengesahkan bahawa...
Ketegangan Politik DAP Meningkat Pengerusi Urimai P. Ramasamy hari ini secara terbuka...
Malaysia kini berpeluang kembali ke kalendar Formula One secara kekal, kata Presiden...
Ramai ahli KWSP masih log masuk hanya untuk tengok jumlah keseluruhan. Mereka...