Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh Ganti Najib Razak, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Pilihan Ramai. Anda Rakyat Malaysia Setuju?


Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh Ganti Najib Razak, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Pilihan Ramai. Anda Rakyat Malaysia Setuju?

Melihatkan senario politik hari ini sudah mula ramai mengatakan kerusi panas Perdana Menteri milik Datuk Seri Najib Razak sudah tidak begitu “kukuh dan selamat” seperti sebelum ini.

calon perdana menteri

Dengan beberapa skandal yang berlanjutan yang mana nama Najib Razak turut terheret sama, berdasarkan cakap-cakap politik beberapa nama sudah mula diangkat melalui tinjauan yang terkini dan terbaru dibuat oleh Merdeka Center. Apatah lagi responden mahukan Najib Razak dan Muhyiddin Yaasin bersara daripada politik Malaysia.

Mengejutkan apabila nama Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi pilihan utama dikalangan 1,008 responden untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sekaligus mengenepikan rakan-rakan seperjuangan beliau termasuklah abangnya dalam UMNO Tan Sri Muhyiddin Yaasin

Senarai Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh Ganti Najib Razak

  1. Datuk Seri Hishammuddin Hussein – 19.4 peratus
  2. Khairy Jamaluddin – 8.6 peratus
  3. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – 8.4peratus
  4. Rafizi Ramli – 3.9 peratus
  5. Mohamed Azmin Ali – 3.7 peratus
  6. Nurul Izzah Anwar – 1.7 peratus

Datuk Seri Hishammuddin Hussein mula menjadi popular dikalangan rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini disebabkan beberapa faktor sehingga ada cakap-cakap beliau antara pilihan untuk diangkat sebagai calon perdana menteri :

  1. Berjaya menangani dengan baik tragedi kehilangan MH370 walaupun Hishammuddin Hussein dilihat lemah ketika insiden serangan Lahad Datu sebelum itu
  2. Berani berhadapan dan berhujah dengan berpuluh media antarabangsa yang “agak radikal”
  3. Dikalangan pembangkang juga lebih menyenangi Datuk Seri Hishammuddin Hussein berbanding yang lain
  4. Bukan seoarang tokoh politik yang kontroversi sejak isu menghunus keris ketika Hishammuddin Hussein bergelar Ketua Pemuda UMNO dahulu
  5. Setakat ini belum ada skandal yang benar-benar menggegar dan menghimpit Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Apa pilihan anda pula bagi calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh Ganti Najib Razak ?