Budget 2018 Malaysia : Penganalisis Ekonomi Ramal Tahun 2018 Getir


Pembentangan Budget Malaysia 2018 : Penganalisis Ekonomi Ramal Tahun 2018 Getir Bagi Kerajaan dan Rakyat Malaysia

Berita Semasa boleh katakan di sini, inilah Budget Malaysia yang paling getir dalam sejarah pembentangan Budget Malaysia sepanjang rakyat Malaysia di bawah tampuk pemerintahan Najib Razak.

budget malaysia

Inilah juga budget Malaysia yang bakal memberikan nafas tambahan dan suntikan bagi menambah warna dan talian hayat bagi survival politik Najib Razak di Malaysia.

Masakan tidak, melihatkan sahaja sokongan rakyat Malaysia malahan orang Melayu terhadap kepimpinan Najib Razak yang terus jatuh ke paras hanya 31 peratus sahaja berdasarkan laporan Merdeka Center yang terbaru.

Tidak cukup dengan itu, Najib Razak satu-satunya Perdana Menteri yang berhadapan dengan dakwaan jenayah yang cukup berprofil tinggi sehingga menjadi buah mulut bukan sahaja di Malaysia malahan peringkat antarabangsa termasuklah pada hidangan berita Wall Street Journal yang trending di sana.

Perkara Butirannya
Tarikh 27 Oktober 2017
Hari Jumaat
Masa 4 Petang
Live Streaming Pembentangan Bajet 2018 (KLIK)

Dan menjelang pembentangan Budget 2017 Malaysia pada 27 Oktober 2017 ini juga, Malaysia akan menempuh satu lagi tempoh 12 bulan yang akan cukup getir berdasarkan dapatan pakar ekonomi termasuklah :

Analisa Pra Budget Malaysia 2018 oleh Moody, Bank Negara, Bank Dunia?

  1. Perkembangan ekonomi Malaysia dijangka perlahan
  2. Bank Dunia pula melihat pertumbuhan ekonomi Malaysia yang perlahan pada tahun 2017 sebagai tindakbalas di atas kelembapan harga komoditi sekaligus memberikan impak pendapatan kerajaan Malaysia
  3. Faktanya sekarang ini kerajaan Malaysia memperolehi pendapatan melalui dividen yang dibayar oleh Petronas. Hakikatnya dan realitinya jumlahnya semakin berkurang dengan kejatuhan harga minyak dunia ketika ini
  4. Inflasi Malaysia tahun 2017 masih tiada ramalan dan jangkaan termasuklah daripada Bank Negara setakat ini
  5. Kos sara hidup rakyat Malaysia terus meningkat ketika ini
  6. Ketidakseimbangan politik Malaysia apabila krisis 1MDB dan skandal RM2.6 bilion masih lagi tergantung sehingga kini sehingga memberikan persepsi yang tidak baik kepada pelabur di luar sana
  7. Cubaan pembangkang Malaysia bersama-sama ahli parlimen BN yang lain untuk tidak menyokong Budget 2018 Malaysia kali ini

Tidak mustahil kita akan mendengar lebih banyak siri berita kenaikan selepas ini. Nantikan..