Buang Pekerja dan Kakitangan Petronas Tawar VSS, Potong Gaji? Bonus?
Macam-macam yang kita dengar disebalik musim harga minyak dunia diambang yang sangat tidak menyebelahi syarikat-syarikat gergasi minyak di seluruh dunia termasuklah melibatkan syarikat Petronas.
Di luar sana, beberapa syarikat gergasi minyak dunia telah mula kad merah kepada kalangan kakitangan mereka, termasuklah Bristih Petroleum BP, Shell, Schlumberger dan banyak lagi. Begitu besar impak kejatuhan harga minyak kepada dunia.
Berdasarkan rangkuman melalui memo, dan laporan berita yang sudah tersebar pada ketika ini, antara pelan yang bakal diambil Petronas bagi berhadapan dengan harga minyak dunia yang cukup rendah ialah :
Senarai Rancangan Petronas : Buang Tawar VSS, Potong?
- Petronas rancang buang 1,000 pekerja dan kakitangan Petronas iaitu tawar VSS (Voluntary separation scheme)
- Gabungkan beberapa jabatan perdagangan dan kewangan dengan jabatan yang menguruskan akaun
- Menangguhkan beberapa projek
- Kajian semula terhadap model operasi Petronas selama ini
- Cadangan potong gaji 20 peratus hingga 30 peratus
- Bagaimana pula agaknya pemberikan dan pembayaran bonus Petronas tahun ini?
Walaubagaimanapun, butiran lengkap akan diumumkan sendiri CEO Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripadanya.
Berita Semasa berharap, janganlah dibuang pekerja dan kakitangan Petronas, jikalau dipotong gaji dan manfaat sekalipun dengan keadaan sekarang ini, ia adalah jauh lebih baik untuk kebaikan bersama. Moga-moga kita semua dipermudahkan.
Pada ketika Berita Semasa menulis dan mengeluarkan laporan berita ini pun, harga minyak dunia telah cecah US$26 setong.
P/S : Berbeza sungguh cara bagaimana syarikat korporat menguruskan syarikat mereka. Contohnya Petronas, bos-bos besar tidak terlepas untuk menanggung bersama kesukaran yang dihadapi oleh Petronas pada ketika ini. Adakah ini juga akan dicontohi oleh kerajaan Malaysia dalam rombakan bajetkelak?
PP/S : Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tdak menentu, diharapkan usahlah kerajaan menanggung “jawatan biawak hidup” dalam kerajaan Malaysia. Yang tidak perlu, usah diadakan. Yang sudah ada, jikalau tidak impak besar kepada Malaysia, mohon kosongkan segera jawatan tersebut dan dihapuskan segera.
PPP/S : Dan terkini, mula terdapat arahan daripada bank Malaysia iaitu Bank Simpanan Nasional BSN supaya tidak menerima permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, kereta daripada kalangan dari sektor minyak dan gas sebagai langkah berjaga-jaga. Sampai begitu sekali? Butiran ada pada koleksi gambar di bawah ini…..
Selepas buang 1,000 pekerja Petronas. Terkini, Petronas menafikan dakwaan yang kononnya akan buang lagi 5,000 pekerja pada tahun 2018 pula.
Dengan bertambahnya sekarang ini promosi kearah tenaga hijau, tenaga yang boleh diperbaharui, solar dan sebagainya. Malahan pengeluar kereta pun sudah mula fokus kepada penjimatan tenaga, kereta elektrik. Semua ini akan membawa kepada meningkatnya pengurangan penggunaan minyak.
Perkhidmatan awam seperti LRT, MRT, dan lain-lain lagi pun sudah lama menggunakan elektrik. Malahan sudah bertambahnya penggunaan bas elektrik yang bakal menjadi dominan di Malaysia tidak lama sahaja lagi.
Pengurangan pengeluaran tidak dapat mengurangkan lambakan minyak di dunia pada ketika ini. Jadi pastinya, Petronas hanya perlukan kakitangan yang benar-benar komited terhadap kerja, dan pengurangan kos daripada segerap segi adalah pilihan terbaik bagi menghadapi cabaran mendatang ini.