Isu Masalah Brain Drain Malaysia. Rakyat Malaysia Kerja Luar Negara Kirim (RM4.25 Billion), Warga Asing di Malaysia Kirim Keluar RM24.26 billion!


Isu Masalah Brain Drain Malaysia. Rakyat Malaysia Kerja Luar Negara Kirim (RM4.25 Billion), Warga Asing di Malaysia Kirim Keluar RM24.26 billion!

Nampaknya masalah Brain Drain Malaysia masih lagi tidak berkesudahan dan menemui jalan buntu.

brain drain malaysia

TalentCorp ditugaskan bermula tahun 2011 untuk menarik balik kalangan tenaga mahir yang sedang berkelana di luar negara masih lagi belum mampu terbukti lagi.

Jumlah yang pulang berbakti kepada Malaysia, masih lagi kecil. Jadi apa punca sebenarnya masalah dan isu Brain Drain Malaysia ini?

Apakah alasan dan faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk meneruskan kehidupan di negara lain? Adakah mereka mendapat kehidupan yang lebih baik sepertimana yang diinginkan mereka?

Tenaga buruh dari Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia berpusu-pusu sehingga sanggup bertarung nyawa untuk sampai ke bumi Malaysia tidak kira melalui jalan “halal” ataupun “jalan haram” atau laluan tikus. Lain pula yang berlaku seorang demi seorang tenaga mahir di Malaysia mula angkat kaki untuk meninggalkan di Malaysia.

  1. Berdasarkan angka terakhir yang direkodkan seramai 1 juta rakyat Malaysia telah kerja di luar negara.
  2. Manakala pendatang asing yang bekerja di Malaysia telah menjangkau ke angka 2 juta orang.

Baru-baru ini satu perbincangan meja bulat dikalangan tokoh pemikir telah mendapat satu kata putus yang boleh Berita Semasa agak menarik untuk dikongsikan bersama anda di sini.

Ia dianjurkan sendiri oleh Pusat Penyelidikan Masyarakat Cina di Malaysia, Universiti Malaya.

Faktor Brain Drain Malaysia. Mengapa Ramai Hidup dan Kerja di Luara Negara?

Pendapatan bersih yang lebih tinggi. Sekali lagi…pendapatan bersih! Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh tokoh akademik di Malaysia, 66 peratus hidup dan kerja di luar negara kerana mahu mendapatkan pendapatan dan gaji yang lebih setimpal dengan kepakaran hasil kerja yang diberikan mereka berbanding bertugas di Malaysia

Walaubagaimanapun timbul pula persoalan, adakah dengan kenaikan gaji dan pendapat mereka terima apabila kerja di luar negara sepadan dengan dengan kos sara hidup dan cukai pendapatan di luar negara sana?

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh CEO dan Ketua Ekonomi Penang Institute, Dr Lim Kim Hwa yang juga merupakan bekas felo dalam Kewangan dan Laporan Kewangan Universiti Cambridge mengatakan :

  • Daripada 15 buah negara menjadi pilihan rakyat Malaysia, Singapura, Australia, United Kingdom dan Kanada merupakan negara yang sering menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk berhijrah
  • Rakyat malaysia (brain drain Malaysia) yang berkerja di luar negara dan mendapat hak kerakyatan tetap berpotensi tinggi mendapat gaji dan pendapatan yang lebih tinggi dengan syarat, sekiranya mereka bekerja dalam kerjaya yang sama berbanding apabila kerja di Malaysia
  • Contohnya, rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi akan mendapat purata gaji dan pendapatan RM140,971 di China berbanding di Malaysia, selepas dikirakan sekali termasuk cukai-cukai yang dikenakan ke tas mereka
  • Doktor gigi di Malaysia yang telah mendapat pendapatan tahunan sebanyak RM151,953 (berdasarkan bayaran gaji bulanan sebanyak RM18,000 sebulan)
  • Doktor gigi dari Malaysia yang bekerja di China doktor gigi ini boleh menikmati gaji dan pendapatan tahunan sejumlah boleh menjana pendapatan sebanyak RM292,924 setahun
  • Doktor gigi dari Malaysia yang berkerja di Singapura akan menerima sekurang-kurangnya, tambahan RM107,204,18 berbanding di Malaysia.

Kesan Kepada Brain Drain Malaysia

Oleh itu secara keseluruhannya, mereka-mereka yang tergolong brain drain Malaysia kerja di luar negara dianggarkan menikmati pendapatan tambahan sebanyak US$5.89 billion (RM19.71 billion) setahun.

Jadi, apa kunci utamanya? Tawaran kenaikan gaji dan pendapatan serta insentif yang kuat untuk mereka berhijrah dan kerja di luar negara sehingga meningkatkan statistik masalah brain drain malaysia.

  1. Tenaga berkemahiran tinggi lari ke luar negara mengirimkan wang kepada keluarga di Malaysia, adalah satu yang positif kepada ekonomi tempatan
  2. Jutaan warga asing (majoriti berkemahiran rendah) berpusu-pusu masuk dan kerja di Malaysia, mengirimkan wang kepada keluarga mereka di luar sana adalah snagat tidak baik kepada ekonomi Malaysia
  3. Hakikatnya hari ini untuk Malaysia, aliran keluar jauh melebihi aliran masuk

Berdasarkan rekod, 95 peratus daripada 2 juta pekerja asing adalah berkemahiran rendah. Berdasarkan semakan Berita Semasa kepada laporan Bank Dunia menganggarkan, rakyat Malaysia yang bekerja di luar Negara mengirimkan US$1.27 billion (RM4.25 billion) tetapi untuk pekerja asing di Negara kita telah mengirimkan US$7.25 billion (RM24.26 billion) kepada negara mereka.

Dari segi pengiriman wang, Malaysia mengalami aliran keluar yang bersih iaitu US$5.89 billion ( RM20.1 billion)

Bagus atau tidak kepada ekonomi Malaysia?

  • Malaysia hari ini bukan sahaja kehilangan rakyat yang berkemahiran tinggi
  • Tetapi Malaysia juga telah menggantikan pekerja asing yang berkemahiran rendah untuk berkhidmat di atas bumi Malaysia kita yang hanya menyumbang sedikit dalam ekonomi Negara

P/S : Kita telah campak jauh Tan Sri Hassan Marican bekas CEO Petronas tetapi Singapura telah kutip figura korporat ini untuk diangkat menjadi pengarah di syarikat – syarikat berkaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.