Isu Masalah Brain Drain Malaysia. Rakyat Malaysia Kerja Luar Negara Kirim (RM4.25 Billion), Warga Asing di Malaysia Kirim Keluar RM24.26 billion!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Isu Masalah Brain Drain Malaysia. Rakyat Malaysia Kerja Luar Negara Kirim (RM4.25 Billion), Warga Asing di Malaysia Kirim Keluar RM24.26 billion!

Nampaknya masalah Brain Drain Malaysia masih lagi tidak berkesudahan dan menemui jalan buntu.

brain drain malaysia

TalentCorp yang ditugaskan bermula tahun 2011 untuk menarik balik kalangan tenaga mahir yang sedang berkelana di luar negara masih lagi belum mampu membuktikan kesungguhan mereka untuk membawa mereka pulang.

Jumlah yang pulang berbakti kepada Malaysia, masih lagi kecil. Jadi apa punca sebenarnya masalah dan isu Brain Drain Malaysia ini?

Apakah alasan dan faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk meneruskan kehidupan di negara lain? Adakah mereka mendapat kehidupan yang lebih baik sepertimana yang diinginkan mereka?

Jikalau kalangan tenaga buruh dari Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia berpusu-pusu sehingga sanggup bertarung nyawa untuk sampai ke bumi Malaysia tidak kira melalui jalan “halal” ataupun “jalan haram” atau laluan tikus, lain pula yang berlaku seorang demi seorang tenaga mahir di Malaysia mula angkat kaki untuk meninggalkan di Malaysia.

  1. Berdasarkan angka terakhir yang direkodkan seramai 1 juta rakyat Malaysia telah kerja di luar negara.
  2. Manakala pendatang asing yang bekerja di Malaysia telah menjangkau ke angka 2 juta orang.

Dan, baru-baru ini satu perbincangan meja bulat dikalangan tokoh pemikir telah mendapat satu kata putus yang boleh Berita Semasa agak menarik untuk dikongsikan bersama anda di sini yang mana telah dianjurkan sendiri oleh Pusat Penyelidikan Masyarakat Cina di Malaysia, Universiti Malaya.

Faktor Brain Drain Malaysia. Mengapa Ramai Hidup & Kerja di Luara Negara?

Pendapatan bersih yang lebih tinggi. Sekali lagi…pendapatan bersih! Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh tokoh akademik di Malaysia, 66 peratus hidup dan kerja di luar negara kerana mahu mendapatkan pendapatan dan gaji yang lebih setimpal dengan kepakaran hasil kerja yang diberikan mereka berbanding bertugas di Malaysia

Walaubagaimanapun timbul pula persoalan, adakah dengan kenaikan gaji dan pendapat mereka terima apabila kerja di luar negara sepadan dengan dengan kos sara hidup dan cukai pendapatan di luar negara sana?

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh CEO dan Ketua Ekonomi Penang Institute, Dr Lim Kim Hwa yang juga merupakan bekas felo dalam Kewangan dan Laporan Kewangan Universiti Cambridge mengatakan :

  • Daripada 15 buah negara menjadi pilihan rakyat Malaysia, Singapura, Australia, United Kingdom dan Kanada merupakan negara yang sering menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk berhijrah
  • Rakyat malaysia (brain drain Malaysia) yang berkerja di luar negara dan mendapat hak kerakyatan tetap berpotensi tinggi mendapat gaji dan pendapatan yang lebih tinggi dengan syarat, sekiranya mereka bekerja dalam kerjaya yang sama berbanding apabila kerja di Malaysia
  • Contohnya, rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi akan mendapat purata gaji dan pendapatan RM140,971 di China berbanding di Malaysia, selepas dikirakan sekali termasuk cukai-cukai yang dikenakan ke tas mereka
  • Doktor gigi di Malaysia yang telah mendapat pendapatan tahunan sebanyak RM151,953 (berdasarkan bayaran gaji bulanan sebanyak RM18,000 sebulan)
  • Doktor gigi dari Malaysia yang bekerja di China doktor gigi ini boleh menikmati gaji dan pendapatan tahunan sejumlah boleh menjana pendapatan sebanyak RM292,924 setahun
  • Doktor gigi dari Malaysia yang berkerja di Singapura akan menerima sekurang-kurangnya, tambahan RM107,204,18 berbanding di Malaysia.

Oleh itu secara keseluruhannya, mereka-mereka yang tergolong brain drain Malaysia kerja di luar negara dianggarkan menikmati pendapatan tambahan sebanyak US$5.89 billion (RM19.71 billion) setahun.

Jadi, apa kunci utamanya? Tawaran kenaikan gaji dan pendapatan serta insentif yang kuat untuk mereka berhijrah dan kerja di luar negara.

  1. Tenaga berkemahiran tinggi lari ke luar negara mengirimkan wang kepada keluarga di Malaysia, adalah satu yang positif kepada ekonomi tempatan
  2. Jutaan warga asing (majoriti berkemahiran rendah) berpusu-pusu masuk dan kerja di Malaysia, mengirimkan wang kepada keluarga mereka di luar sana adalah snagat tidak baik kepada ekonomi Malaysia
  3. Hakikatnya hari ini untuk Malaysia, aliran keluar jauh melebihi aliran masuk

Pada tahun 2012, 95% daripada 2 juta pekerja asing adalah berkemahiran rendah. Berdasarkan semakan Berita Semasa kepada laporan Bank Dunia menganggarkan pada tahun 2012 sahaja, rakyat Malaysia yang bekerja di luar Negara mengirimkan US$1.27 billion (RM4.25billion) tetapi untuk pekerja asing di Negara kita telah mengirimkan US$7.25 billion (RM24.26 billion) kepada negara mereka.

Dari segi pengiriman wang, Malaysia mengalami aliran keluar yang bersih iaitu US$5.89 billion ( RM20.1 billion)

Bagus atau tidak kepada ekonomi Malaysia? Itu untuk tahun 2012, bagaimana pula untuk tahun 2014?

  • Malaysia hari ini bukan sahaja kehilangan rakyat yang berkemahiran tinggi
  • Tetapi Malaysia juga telah menggantikan pekerja asing yang berkemahiran rendah untuk berkhidmat di atas bumi Malaysia kita yang hanya menyumbang sedikit dalam ekonomi Negara

P/S : Kita telah campak jauh Tan Sri Hassan Marican bekas CEO Petronas tetapi Singapura telah kutip figura korporat ini utnuk diangkat menjadi pengarah di syarikat- syarikat berkaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.



Share.

57 Comments

  1. Ni aku tambah satu lgi. Pemimpin politik kt msia ni kotor dengan rasuah…dan salah guna kuasa. Sampai boleh bangla kaya raya kt cameron highland. Puuiiii…setiap ada pegang kumpulan pati utk survival politik dorg. Bangsat betul

  2. Anwar Ibrahim on

    Ini semua salah UMNO-BN! SokongWan Azizah jadi Ketua Pembangkang dan PM Malaysia ke-7!

  3. Malaysiakan lubok emas , bagi pendatang asing. Walaupun gaji sikit.Yela sebagai contoh anak bos comel,keje dkt Switzerland ahli famasi gaji dkt sana 9 ribu.malaysia berapa pulak gaji?:-(

  4. comel(jgn marah) on

    Rakyat malaysia suka memilih keje.x mcm diaorg(warga asing) jdi halal.

  5. Salam,
    Malaysia masih mundur dari luar negara dari segi ekonomi dan technologi yg lebih maju malah taraf hidup lebih baik. Rakyat asing datang malaysia sebab mrk lebih berpeluang mencari kerja walaupun tiada pendidikkan , berbeda dgn negara maju hanya mahukan kemahiran yg tinggi lebih diperlukan di negara mrk. Maka ini menampakkan perbezaan yg ketara kemajuan negara luar dibandingkan dgn malaysia. .

  6. mohd zohir on

    Selagi amalan rasuah masih berlanjutan selagi itulah masalah ini terus berlaku. Rasuah yang bermula di peringkat Menteri sehinggalah ke peringkat bawah perlu diatasi dengan iman dan taqwa kepada Allah takut dgn azab Tuhan.

  7. Code Tango on

    Malaysia juga, secara amnya, mundur dari segi minda (hanya minoriti 47%)…tak tau nak kata enough is enough….sanggup terima segala karut marut dari org-org yang dia sendiri lantik berulang-ulang kali, tapi rasa megah konon setia pada pemimpin yang dah terbukti makin melingkupkan sedang dia sendiri dok mengeluh makin tersepit…

  8. Code Tango on

    katanya kadar pengangguran Malaysia cuma 2.7% je Sept.2014…..kira rendah le tu, cuma kerja yg gaji super-ciput kena hidup taraf bangla je tinggal kot…

  9. Hah,syabas saya ucapkan kpd BS.!!sebab apa?? Sebab
    Baru dapat Point yang sangat penting untuk negara
    Malaysia. Dengan mengenakan syarat syarat
    Ketat untuk membawa keluar wang ringgit. Kerajaan
    Harus menyekat kiriman wang,melabur kat luar negara, menlancong atau VIP
    Selalu membawa wang tanpa
    Siasat atau cuci wang haram.
    Dan lain lain. Sepatutnya kerajaan harus mempastikan
    Wang ringgit tidak mudah
    Disalurkan keluar. Ini adalah
    Ketidakbijaksanaan kerajaan
    Kini.tq

  10. Pekerja Tempatan on

    Memang kena pilih,ko nak gaji kecik? Orang asing pun dtg sebab berbaloi….kalau x diaorang tak perlu bersusah payah datang ke sini…..

  11. Rakyat Malaysia on

    Cuba bayang kan kalau rakyat malaysia sendiri yang bekerja di sector construction sebagai tenaga buruh.

    Mula-mula memang susah la. Tapi pengalaman bekerja tu yang membuat kan kita hidup senang nanti.

    Mula-mula jadi buruh, lepas 3-4 tahun kerja boleh jadi tokey atau contractor kelas A.

    Tengok skarang semua yang ambil kontrak buat rumah atau renovation semuanya bangla dan indon. Padahal masa datang bancuh simen pun x tau.

    Bersusah dahulu bersenang kemudian…

    Just sharing….

  12. Bancuh Anggur on

    Kalo dh amik anak beranak saudara Mara ngn kroni2 Bekerja mana x timbul brain drain..

  13. Hantar balik dan sekat kmasukan semua PATI, selesai masalah….. sekarang smpai rakyat tempatan menganggur, tiada pekerjaan, tiada pndapatan dan jdi miskin. BRIM x dapat selesaikan kemiskinan rakyat

  14. Kita bmbang lama2 akibat dari RASUAH, golongan PATI di Malaysia kad pengenalan & jdi warganegara serta layak mngundi…. hancur ngara !!

  15. Istilah “pengangguran tak ketara” dah sangat jelas di Malaysia… Hanya tinggal bberapa sektor tertentu yg masih ada peluang utk rakyat tempatan bkerja contohnya gol perempuan di sektor kilang atau cleaner, lelaki sebagai tukang kebun dan jaga di bangunan kerajaan. Sektor2 lain yg bri gaji & upah lbih tinggi “diboloti” oleh pendatang asing dan migrang gelap

  16. anak senah on

    Aku kalo boleh mmg nk kuar dr negara ni..bygkn aku nk beli produk yg sama sbg contoh bateri hp sony z1.. Kt malaysia harga smpi rm 200..aku oder online lg siap harga bateri tu guna US currency br rm 70..kebinatangan apakah ini semua?

  17. “PENGANGGURAN TAK KETARA” sangat meluas di Malaysia sekrang terutama di kalangan kaum lelaki yg sepatutnya menjana pendapatan untuk kluarga. Istilah ini bermaksud golongan ini nampak mcm bkerja tapi sebenarnya tidak, lebih kurang gitulah maksudnya

  18. Ciri Ciri “PENGANGGURAN TAK KETARA” isi rumah di Malaysia sekarang:
    1. Dalam sebuah keluarga terdapat 2,3 org lelaki x bekerja
    2. Mereka jadi golongan yg ‘unproduktif’
    3.. Isteri dan anak perempuan bekerja dan menjana upah dan prndapatan yg rendah utk keluarga
    4. Suami dan anak lelaki biasanya terlibat dgn kegiatan cari duit cara haram contohnya brjudi, main mesin kuda, tikam ekor, jdi bouncer bar tekong darat, mencuri (motor, kereta, getah sekerap), tarik kereta, prebet sapu, jual dadah, jual air ketom

  19. Kita sepatutnya ucapkan terima kasih dan bravo kpda rakyat Malaysia yg merantau, bekerja dan berjaya di luar negara. Mereka telah meluangkan peluang kpda rakyat Malaysia yg lain utk dpat kerja

  20. Rakyat Malaysia yg bekerja di luar negara adalah “HERO” dan PAHLAWÀN EKONOMI NEGARA”. Bukan senang nak hidup di negara org.. Hujan Emas Di Negeri Org, Hujan Batu Di Negeri Sendiri, lebih baik kt tmpat sndiri

  21. HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGARA SENDIRI, TAPI BAGI YG MALAS & X SANGGUP BERSAING TENTU PILIH HUJAN BATU KT TEMPAT SENDIRI PUN TAK APA…

  22. Yg tinggal kat negara sendiri tapi masih malas dan memilih kerja pun ramai sanggup mnyusahkan ibu bapa dan anak isteri

  23. Mat Mat Dadah mnjadi beban kpda kluarga terutama yg dah bkahwin..
    Ada Mat Dadah yg x mahu bkerja dan sanggup memaksa isteri bekerja, ini tentu jdi masalah besar kpda isteri dan masa depan anak2

  24. Yg lbih dahsyat lgi ada yg sanggup melacurkan isteri demi utk mdpatkan wang mudah

  25. “PENGANGGURAN TAK KETARA” semakin meluas di kalangan LELAKI MELAYU MARHAEN di Malaysia

  26. mak si samseng on

    Wey si samseng, ko ni bila nak pegi keje haaa…. x kan hari2 nak harap mak carikan ko makan, org makan beras kampit kite makan beras kilo je ni…. samseng kpala hotak kau , nak mentekedaqah pun x cukup tau….

  27. CIRI2 PENGANGGURAN TAK KETARA MARHAEN MELAYU on

    Ciri2 Itu Ialah:
    1. Paling ketara di kalangan kaum lelaki Melayu
    2. Biasanya terdapat 2,3 org lelaki yg x bekerja.
    3. Kaum perempuan samada isteri atau anak perempuan bekerja di sektor upah harian atau gaji rendah spt cleaner, pmbantu kedai, kedai makan, kilang2 kecil, cleaner, tukg masak, pngasuh kanak2 dll yg mnjana pdapatan yg rendah utk kluarga
    4. Golongan lelaki tidak bekerja atau tiada kerja tetap
    5. Golongan lelaki menjana pendapatan dgn mlakukan aktiviti haram dan mnyalahi undg2 spt berjudi, tikam ekor, mesin kuda, bouncer kelab mlm, tekong darat, jual air ketom, tokan ice, prebet sapu, seludup brg kt sempadan, kaki pukol, mencuri (curi getah sekerap, curi baja subsidi, curi basikal, mtor dan kereta), ragut, samun, jual brg2 cetak rompak dll

  28. Yang mgherankan kita sape yg mproses dan mgeluarkan kad2 pengenalan kpda pndatang asing/migran gelap mcm di Lahad Datu, Sabah….

  29. Penempatan ‘pendatang asing Myanmar’ di Bukit Malud, Langkawi adalah satu contoh pembentukan komuniti kecil asing yg kekal dan bakal mencorak masa depan politik dan rakyat negara kita

  30. Ciri2 di atas adalah untuk Pengangguran Tak Ketara Dlm Isi Rumah Miskin di Malaysia

  31. Anak melayu bukan saja malas belajar,malah malas bekerja. Dah masuk sekolah menengah mulalah menggatal.walaupun x semua,tpi peratusnya lebih byk dari kaum lain. Kalau ada anak bumi yg berjaya,bgi tabik hormat pd ibu bapa tersebut.

  32. PENGHULU ORG MISKIN on

    Kemasukan Pendatang Asing yg memonopoli sektor pekerjaan sebagai “buruh” mnyebabkan pengangguran esp di kalangan kaum lelaki marhaen Melayu

  33. PENGHULU ORG MISKIN on

    PENDATANG ASING MENGUASAI HAMPIR 90% PEKERJAAN BURUH KASAR. Mereka terdiri dari pendatang dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar Nepal, Vietnam dll.
    Mereka bekerja di kilang, ladang, sektor pembinaan dll. Ini mnyebabkan peluang prkerjaan makin sempit utk anak tempatan

  34. KENAPA KAMI PILIH PENDATANG ASING?
    1. Mereka lbih rajin, bersungguh & komited dgn kerja
    2. Mereka tidak memilih kerja
    3. P.Asing sanggup kerja lbih masa dan kurang cuti
    4. Mereka sanggup kerja dgn upah dan gaji yg rendah.
    5. Mereka tidak menuntut caruman KWSP dan bayaran wang pencen
    6. Tidak menuntut suasana kerja yg selesa
    7. Tidak menuntut perumahan dan kediaman yg selesa
    7. Dll

  35. Local labour on

    Dulu klau kami nk kerja “kontrak” buruh binaan, hari ni pergi minta kerja, terus dapat, esok boleh mula kerja… sekarang jgn harap !!

  36. Pengangguran Tak Ketara di kalangan isi rumah miskin adalah masalah nasional

  37. Satu ayat sahaja:

    “Rakyat Malaysia lebih dihargai oleh negara luar daripada negara sendiri”

  38. mat bangla on

    saya suka kija sini malaysia sebab ini tempat punya gadis melayu banyak suka bangla…lagi satu, saya punya negeri cari makan pun susah abang…ini malaysia, saya boleh pergi mana-mana..itu polis duduk kedai kopi juga…itu imigresen jaga sana cameron juga…saya kija itu petrol pam..tokey suruh cakap hijau ka kuning ka…ini keja banyak senang…

  39. Karang pakar bilang tanki air negara bocor,
    Rakyat lah bermati matian mengisi air tanpa henti henti, macam mana???

  40. Yah,pati harus disingkir pulang dan rakyat lah
    Harus menguruskan ladang ladang besar. Dan ini cadang yang baik supaya ladang ladang besar swasta harus dipecah menjadi
    Seratus ekar untuk dijaul kepada induvidu
    Yang berminat..!!tq

  41. Minah Layu on

    Mat bangla, saya pun suka kamu. Kalau kahwin, dpt anak mcm
    Shah Rukh Khan. Sebelum tu, kita nyanyi2 dulu, pusing kat padang, kebun sawit, mcm kat felem hindi tu.

  42. Aku setuju. Ini memang berlaku depa pejam mata. DiCameron Highland siasatlah taukeh cina dan india. cari ibu bapa yang bagi mamat bangla buka kedai kebun bengkel. Kalau tanya bangla apa dia kata saya kuli bos sana rumah

  43. Ko ni otak udang. Kalau kecik sgt, mana ada economic of skill dlm production.

  44. insan marhaen on

    Malaysia x jaga rakyat sendiri dari segi gaji dan benefit.

    contohnye dlm sector IM iaitu Oil and Gas.
    Buat kerja sama, experience level and technical level sama, tp kalo expat dr lua baya gaji 3 4 kali ganda.
    sbb tu better kalo da keje 10 thn dlm oil and gas, g cari keje kat lua. tros gaji leh naek 4 5 kali ganda.

    ni sume peranan kerajaan. dulu time IM duduk kat dubai, gomen dorg syarat ketat utk jaga rakyat. terang2 dkat surat kabar iklan, pekerja cashier carefour, local gaji 15k, kalo org lua filipino or pakistan, 3k je.

    even lrt dorg pon stiap line ade 3 train. 1 tuk local lelaki, 1 tuk local perempuan, 1 lg campor sume tuk org lua.

  45. sorry...lah on

    Kes terbaru…presiden indonesia jokowi telah mehina negara malaysia…dia nak BOM kan …tergelamkan kapal nelayan malaysia yg ceroboh laut indonesia…sedang kan ratyat dia berjuta2 orang ceroboh kat malaysia…Apa yang menteri kita jawab…diam je…kedutaan malaysia diindonesia…pun diam je.. Yg bela maruah malaysia cuma..timbalan pegarah utusan malaysia je yg berani jawab..taniah en.ku…Menteri2 malaysia tak ada buah pelir….

  46. xde maaf bagimu on

    sori bro, isu tu aku rasa basi la. bape ramai perdana menteri kita berhimpun dan meeting? ko je yg kurang jelas dengan “semangat serumpun”. kalau stakat statement bom tu pun jadi isu nk bergaduh, sok kalau berperang ko nk salak sapa lagi? ce pk. buat derk je dah la. ada part yg kita kena diam n buat kerja blkg tabir. kalau dah nmpk sangat baru kita bersuara. diplomasi sket.

    utusan bayk kali gagal kes saman sebb penipuan akhbar, xnk komen pape ke?

Leave A Reply