Borang Keberhasilan Guru : Contoh Terbaik Untuk Anda

Borang Keberhasilan Guru : Contoh Terbaik Untuk Anda

Seperti yang kita sedia maklum terutama dikalangan guru dan tidak lupa juga pegawai perkhidmatan pendidikan perlu sediakan apa yang dipanggil sebagai borang keberhasilan guru.

borang keberhasilan guru

Borang ini perlu disediakan pada tempoh awal persekolahan pada setipa tahun.

Ramai yang boleh mula sediakan borang ini, tetapi tidak ramai yang berjaya menghasilkan satu format borang keberhasilan guru yang terbaik.

Sebelum itu….

Apa Tujuan Borang Keberhasilan Guru?

Borang ini adalah satu bukti dan petunjuk KPI (Key Performance Index) yang berjaya dicapai oleh guru seperti anda mengajar dan mendidik kalangan murid pada tahun tersebut.

Dan petunjuk prestasi anda akan merangkumi beberapa aspek. Antara lain ialah :

  1. melibatkan hal ehwal murid
  2. kurikulum
  3. dan juga tugas sampingan yang berjaya dilakukan

Borang ini yang telah siap akan dinilai sebanyak 2 kali setahun. Iaitu pada pertengahan tahun dan akan dinilai sekali pada akhir tahun. Pada akhir tahun kelak, ia akan dinilai samada sasaran yang diletakkan itu berjaya dicapai atau tidak atau pun terlebih daripada sasaran.

Bilangan keberhasilan juga berbeza mengikut skeolah, daerah dan negeri. Tetapi sebaiknya perlu ada sekurang-kurangnya 12 elemen keberhasilan yang ingin ditunjukkan pada borang.

Berapa banyak elemen yang ingin ditunjukkan itu, bergantung kepada arahan pegawai daerah dan peringkat negeri bagi sekolah anda. Ini kerana berdasarkan semakan ada borang keberhasilan guru mempunyai sehingga 30 elemen.

Ini Contoh Borang Bekerhasilan Guru

Seperti yang dijanjikan, Berita Semasa kongsikan kepada contoh terbaik yang boleh dijadikan rujukan untuk anda menghasilkan elemen pada borang keberhasilan guru pada setiap awal tahun.

Perkara Butirannya
Contoh yang pertama KLIK SINI
Contoh yang kedua KLIK SINI

Jikalau anda merasakan perkongsian ini bermanfaat untuk anda, sila kongsikan dengan rakan-rakan guru anda  di Whatapps dan Facebook mereka