Borang EA : Borang Cukai Pekerja Swasta Untuk Penyata Gaji selama setahun
Sudahkah anda mendapatkan borang EA?
Jika anda bertanyakan kepada HR sekarang, sudah pasti mereka akan berkata masih terlalu awal untuk mendapatkannya.
Mengikut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), borang EA sepatutnya diberikan kepada pekerja selewat-lewatnya 28 Februari setiap tahun.
Apa itu Borang EA?
Borang EA adalah penyata gaji / saraan setahun bagi pekerja-pekerja swasta. Ia dipanggil borang EC oleh agensi kerajaan. Borang ini wajib diberikan kepada setiap pekerja, oleh itu kepada para majikan jangan lupa sediakan dan bekalkan borang tersebut.
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Buitrannya
Download secara online,KLIK DI SINI
[/table]
Mengapa LHDN telah menetapkan agar borang EA diberikan kepada para pekerja selewatnya 28 Februari setiap tahun?
Ini kerana borang cukai (income tax/BE Form) mestilah dihantar pada bulan April setiap tahun. Borang cukai hendaklah dihantar selewatnya 30 April dan jika lambat, penalti akan dikenakan. Dengan adanya borang ini, barulah anda boleh mengisi borang cukai (income tax) itu.
Jika anda ada melantik agen cukai untuk menguruskan dan mengisi borang income tax, borang EA masih juga diperlukan. Melainkan jika anda membuka perniagaan enterprise, maka borang ini tidak akan diperlukan tetapi akaun perniagaan yang akan diminta. Penghantaran terakhir bagi akaun perniagaan adalah pada 30 Jun.
Borang ini sangat penting kerana di dalam penyata itu ada dinyatakan segala butiran dan maklumat berkenaan gaji, bonus, ganjaran atau kemudahan yang diberikan oleh majikan. Contohnya seperti, syarikat beri kemudahan kereta, caruman EPF, bayaran cukai yang ditolak daripada gaji (pcb) setiap bulan dan zakat. Setiap butiran akan ditulis dalam borang tersebut, jadi tiada isu sorok-menyorok maklumat di sini.
Selain itu, borang ini juga penting untuk memohon pinjaman kereta atau rumah, pihak bank akan minta sediakan borang ini. Oleh yang demikian, kita simpan borang ini untuk kegunaan bagi sebarang pinjaman atau kegunaan pada masa akan datang.
Sekian, itu sahaja perkongsian buat para pembaca Berita Semasa semua. Sharekan juga kepada rakan-rakan dan kenalan anda.