Bajet Bonus Sebulan atau Setengah Gaji? Tiada. Hanya Pembayaran Khas RM500 dan Pencen RM250. Respon Anda?
Cakap-cakap dan tuntutan demi tuntutan baik dari Cuepacs mahupun penjawat awam di Malaysia yang berjumlah 1.6 juta ramainya sekarang ini yang mahukan sekurang-kurangnya bonus sebulan gaji atau paling tidak pun setengah bulan gaji.
Malangnya, hanya tinggal impian dan angan-angan sahaja untuk tempoh dari sekarang sehingga 12 bulan yang akan datang bagi menanti pula pembentangan Bajet 2017 pula.
Mungkin Bajet 2017 pula?
Ini kerana baru sebentar dengan peruntukkan sejumlah RM1 bilion daripada Bajet 2016 Malaysia kali ini, berdasarkan pengumuman dan pembentangan oleh Najib Razak mengesahkan tiada bonus penjawat awam, cuma :
Intipati Bajet : Bonus Sebulan? Bukan Bonus Tetapi Bayaran Khas!
- pembayaran dan bantuan bayaran khas RM500 bagi 1.6 juta kakitangan awam
- pembayaran khas kepada kumpulan pencen sebanyak RM250
Dan pembayaran bantuan khas penjawat ini yang berjumlah RM500 dan untuk pencen akan mula anda terima bayaran pada 1 Januari 2016.
Apa respon balas 1.6 juta penjawat awam di Malaysia dengan pengumuman Najib Razak sebentar tadi.