Bonus Raya 2018 : Saguhati Duit Raya RM1500 untuk Kakitangan Awam

Bonus Raya 2017 : Berita terkini Saguhati Duit Raya RM500 1.6 Juta Kakitangan Awam Gred 54 dan ke Bawah. Tahniah

Tahniah diucapkan kepada 1.6 juta penjawat awam di Malaysia.

bonus raya

Sebelum ini Cuepacs Malaysia telah tampil mendesak kerajaan pimpinan Najib razak supaya mengumumkan pembayaran saguhati RM1,000 bagi persediaan kakitangan awam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam pada masa yang sama tersebar berita palsu kononnya bonus setengah bulan gaji di Whatsapp dan Facebook.

Satu perbuatan yang sungguh tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak.

Akhirnya pada tahun ini, samada dapat atau tidak teka teki sudah pun terjawab.

Pada tahun 2017 ini, kerajaan Malaysia dengan berbesar hatinya memberikan kepada kakitangan kerajaan dan penjawat awam di Malaysia melalui pengumuman Datuk Seri Najib iaitu bonus raya saguhati RM500 setiap seorang kepada penjawat awam di Malaysia.

Manakala golongan pesara akan menikmati bonus raya saguhati sejumlah RM250 setiap seorang bagi mengurangkan beban kewangan menjelang sambutan Hari Raya Puasa tahun ini.

Jumlah Pembayaran Bonus Raya 2017

  • 1.6 juta penjawat awam : Bantuan Rm500
  • Pesara kerajaan :RM250
  • Tarikh bayaran bonus raya : 9 Jun 2017
  • Semakan sejarah pembayaran bonus dari tahun 1993 hingga 2017 : KLIK SINI
TahunTuntutan CuepacsJumlah Rasmi Bonus Raya
2017RM1000Saguhati RM500
2016Sebulan gajiSaguhati RM500
2015-RM500 (maksimum gred 54)
2014-RM500 (maksimum gred 54)
2013-RM500 (maksimum gred 54)
2012-bonus setengah bulan gaji
2011-bonus setengah bulan gaji

Semoga, dengan bayaran duit raya itu nanti oleh kerajaan Malaysia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi persiapan menghadapi Hari Raya Aidilfitri kelak.

Apatah lagi melihatkan dengan harga barang hari ini cukup menakutkan terutamanya kalangan umat Islam yang membuat persiapan terkahir bagi menyambut perayaan hari Raya Aidilfitri pada kali ini.

Oklah bukan daripada tidak dapat langsung apatah lagi dengan gelombang ekonomi yang cukup mencabar hari ini. Gunakan duit raya yang diberikan itu dengan sebaiknya.

P/S : Di bawah ini dikongsikan kepada anda bersama video laporan berita yang disediakan oleh berita RTM TV1 melibatkan pengumuman bonus raya penjawat awam untuk hari raya tahun ini, jemput tonton sama.