Bonus Bajet 2018 : Sejarah Bonus Kerajaan Penjawat Awam Hingga 2018


Sejarah Bonus Kerajaan Penjawat Awam Bajet 1993 – Bajet 2017 . Bonus Bajet 2018

Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh 1.6 juta kakitangan awam samada harapan mereka selama ini direalisasikan atau tidak.

bonus

Berdasarkan semakan Berita Semasa, ada kalangan penjawat awam yang tidak berminat dengan bonus, kerana lebih mengharapkan elaun mereka dinaikkan.

Ada juga kakitangan awam yang merasakan mereka berhak mendapatkan bonus penjawat awam dan bukannya saguhati. Macam-macam pandangan yang diutarakan….

Senarai Bonus Kerajaan Penjawat Awam Dari Bajet 1993 – Bajet 2018

Kali ini Berita Semasa ingin berkongsi informasi mengenai pemberikan bonus kerajaan kepada kakitangan awam Malaysia sejak pembentangan Bajet 1993 sehingga pembentangan Bajet 2018.

Berdasarkan sejarah, bonus kerajaan mula diperkenalkan pada tahun 1993 :

TahunJumlah Pembayaran
1993Bonus penjawat awam satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM400)
1994Bonus penjawat awam satu bulan gaji (minima RM600)
1995Bonus penjawat awam satu bulan gaji (minima RM600)
1996Bonus penjawat awam satu bulan gaji (minima RM700)
1997Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
1998Bantuan Khas Kewangan RM400
1999Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minima RM1000)
2000Bonus setengah bulan gaji (minima RM500)
2001Bonus setengah bulan gaji (minima RM1000)
2002Bonus satu bulan gaji (minima RM1200)
2003Bonus satu bulan gaji kakitangan awam

Pada ketika ini anda dapat melihat berdasarkan gambar di bawah, Tun Mahathir Mohamad menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah Badawi sambil disaksikan Datuk Seri Najib Razak yang sedang menunggu gilirannya

bonus kerajaan

TahunJumlah Pembayaran
2004Bonus kakitangan awam satu setengah bulan gaji penjawat awam (Gaji jika kurang RM1000. Lebih RM1000 satu bulan minima RM1500)
2005Bonus kakitangan awam Satu setengah bulan gaji (gaji jika kurang RM1000. Lebih RM1000 satu bulan minima RM1500)
2006Bonus kakitangan awam dua bulan gaji (gaji jika kurang RM750. Lebih RM750 satu bulan minima RM1500)
2007Tiada Bonus penjawat awam (Kenaikan Gaji dan Cola)
2008Bonus kakitangan awam satu bulan gaji penjawat awam (minima RM1000)

Berakhirlah penjawat awam yang bekerja di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang digantikkan dengan perdana Menteri yang ada sekarang ini, Datuk Seri Najib Razak.

bonus penjawat awam

TahunJumlah Bayaran
2009Bantuan Khas Kewangan RM500
2010Bantuan Khas Kewangan RM1000
2011Bonus penjawat awam satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM1000)
2012Bonus satu setengah bulan gaji (kakitangan kerajaan (minima RM1500)
2013Bantuan Khas Kewangan RM500
2014Bayaran khas RM500
2015Bayaran khas RM500
2016Bayaran khas RM500
2017Bayaran khas RM500
Bajet 2018 BonusSaguhati RM1500

bonus kakitangan awamKalangan kakitangan Kementerian Kewangan Malaysia biasanya akan dikuarantin dalam 24 jam sehingga ke hari di mana mereka terpaksa bekerja untuk menyiapkan Bajet 2018 untuk dihantar terus buku Bajet 2018 pada pagi hari pembentangan ke Bangunan Parlimen untuk dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat tepat jam 4 petang.

Berita Semasa difahamkan Datuk Seri Najib Razak telah hadir ke Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pada malam sekitar pukul 9:00 – 10:00 malam untuk tujuan mendapatkan penjelasan dan taklimat terakhir dengan bos dan pegawai kanan MOF. Bukannya Presiden Cuepacs ataupun Bank Negara Malaysia. Bukan…..

Dan kebiasaannya, sebarang pertukaran pada intipati Bajet 2018 selewat-lewatnya pada pukul 2 pagi hari pembentangan Bajet. Ya….intipati Bajet Malaysia masih boleh bertukar di saat-saat akhir. Tetapi bersyarat…..Dan untuk makluman anda sebenarnya buku Bajet 2018 tidak dicetak pada malam hari pembentangan, apatah lagi ia juga tidak dicetak pada minggu lepas sebelum pembentangan.

Selepas cetak buku Bajet 2018, duduk di bilik kebal. Dan pada sebelah malam, ketika Datuk Seri Najib Razak hadir bersama-sama dengan Datin Paduka Rosmah Mansor di MOF, berlaku beberapa perubahan dalam ucapan pembentangan Bajet 2018 pada hari ini. Bersambung……(Nantikan sambungan pada laporan berita Berita Semasa selepas ini…)

P/S : Apa respon balas 1.6 juta kakitangan awam di Malaysia?