Bonus Kakitangan Awam Punca Defisit Bajet Kerajaan Malaysia?

Bonus Kakitangan Awam Punca Defisit Bajet Kerajaan Malaysia?

Kali ini, kami ingin mengulas kenyataan dari Yeo Ming Wan dalam akhbar Nanyang Siang Pau yang mengulas mengenai isu pembayaran bonus kepada kakitangan awam.

bonus kakitangan awam

Katanya, jika kerajaan beri bonus kakitangan awam seluruh badan akan terasa bisa. Apa yang terjejas ialah wang operasi kerajaan, yang sepatutnya RM162.8 bilion akan meningkat kepada RM165.9 bilion.

Penulis itu juga menekankan bahawa bilangan kakitangan kerajaan terlalu ramai yang berjumlah 1.2 juta dan disebabkan itu, Najib Razak menyatakan kepayahan kerajaan untuk membayar bonus yang akan meningkat perbelanjaan RM 3.1 bilion dalam belanja pengurusan.

Yeo Ming Wan juga mengatakan bahawa pemberian elaun juga perlu dikurangkan bagi menangani masalah perbelanjaan pengurusan yang semakin bertambah.

Penulis juga berpendapat bahawa kakitangan kerajaan sepatutnya meningkatkan produktiviti. Dalam jangka masa panjang, jika kerajaan mahu perubahan, perhatian perlu diberikan kepada peningkatan produktiviti kakitangan kerajaan yang ramai itu.

Namun kami mempunyai pendapat yang berbeza tentang perkara ini. Pemberian elaun tidak semestinya hanya kepada kakitangan kerajaan. Kami berpendapat bahawa Yeo Ming Wan tidak menghalusi butiran-butiran penting dalam mengeluarkan kenyataan.

Perbelanjaan pemberian elaun juga melibatkan keseluruhan Menteri-menteri, Exco, Yang Berhormat Adun serta ramai lagi. Jadi dengan menyatakan bahawa elaun itu hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja, itu tidak benar.

Begitu juga dengan menyatakan bahawa pemberian bonus pada tahun 2010 akan menyebabkan kedudukan kewangan kerajaan lemah, itu tidak berapa tepat.

Terlebih dahulu, ada banyak faktor yang menyumbang ke arah perbelanjaan defisit yang menyebabkan hutang negara semakin bertambah. Bukan hanya faktor pemberian bonus kakitangan awam sahaja.

Teringat pula pada kes-kes dibawah ini:

Bonus Kakitangan Awam VS Skandal Penyelewengan?

  • Perwaja – RM 10 Bilion
  • Pos Malaysia- RM 227 juta
  • Sime Darby- RM 1.5 bilion
  • Mas- RM 2 bilion(Sebelum dipulihkan)
  • Proton-RM 2 bilion(Sebelum dipulihkan)
  • Landasan Keretapi Berkembar-RM 4 bilion
  • Jambatan Bengkok-RM 500 juta(Pampasan pembatalan pembinaan)
  • Kehilangan blok minyak kepada Brunei-RM 360 bilion
  • Tenaga Nasional Berhad TNB -RM 1 bilion(Sebelum dipulihkan)
  • Dan lain-lain…

Kes-kes di atas ini adakah melibatkan kakitangan awam? Sudah jelas dengan kes-kes di atas sahaja telah menyebabkan negara menanggung hutang yang melampau.

Mengatakan kakitangan awam tidak produktif juga tidak benar. Mungkin kerana segelintir kakitangan kerajaan yang membuat onar, namun kesannya, semua kakitangan kerajaan mendapat nama yang busuk.

Itu tidak adil bagi pendapat kami. Kita tidak boleh bersikap prejudis terhadap maalah ini. Bagi kami, baik kakitangan swasta atau kerajaan, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Situasinya sama.

Sebelum itu, apakah pendapat anda mengenai kenyataan Yeo Ming Wan mengenai komen beliau terhadapan pembayaran bonus kakitangan awam ini?