Bonus Kakitangan Awam Punca Defisit Bajet Kerajaan Malaysia?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bonus Kakitangan Awam Punca Defisit Bajet Kerajaan Malaysia?

Kali ini, kami ingin mengulas kenyataan dari Yeo Ming Wan dalam akhbar Nanyang Siang Pau yang mengulas mengenai isu pembayaran bonus kepada kakitangan awam.

bonus kakitangan awam

Katanya, jika kerajaan beri bonus kakitangan awam seluruh badan akan terasa bisa. Apa yang terjejas ialah wang operasi kerajaan, yang sepatutnya RM162.8 bilion akan meningkat kepada RM165.9 bilion.

Penulis itu juga menekankan bahawa bilangan kakitangan kerajaan terlalu ramai yang berjumlah 1.2 juta dan disebabkan itu, Najib Razak menyatakan kepayahan kerajaan untuk membayar bonus yang akan meningkat perbelanjaan RM 3.1 bilion dalam belanja pengurusan.

Yeo Ming Wan juga mengatakan bahawa pemberian elaun juga perlu dikurangkan bagi menangani masalah perbelanjaan pengurusan yang semakin bertambah.

Penulis juga berpendapat bahawa kakitangan kerajaan sepatutnya meningkatkan produktiviti. Dalam jangka masa panjang, jika kerajaan mahu perubahan, perhatian perlu diberikan kepada peningkatan produktiviti kakitangan kerajaan yang ramai itu.

Namun kami mempunyai pendapat yang berbeza tentang perkara ini. Pemberian elaun tidak semestinya hanya kepada kakitangan kerajaan. Kami berpendapat bahawa Yeo Ming Wan tidak menghalusi butiran-butiran penting dalam mengeluarkan kenyataan.

Perbelanjaan pemberian elaun juga melibatkan keseluruhan Menteri-menteri, Exco, Yang Berhormat Adun serta ramai lagi. Jadi dengan menyatakan bahawa elaun itu hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja, itu tidak benar.

Begitu juga dengan menyatakan bahawa pemberian bonus pada tahun 2010 akan menyebabkan kedudukan kewangan kerajaan lemah, itu tidak berapa tepat.

Terlebih dahulu, ada banyak faktor yang menyumbang ke arah perbelanjaan defisit yang menyebabkan hutang negara semakin bertambah. Bukan hanya faktor pemberian bonus kakitangan awam sahaja.

Teringat pula pada kes-kes dibawah ini:

Bonus Kakitangan Awam VS Skandal Penyelewengan?

  • Perwaja – RM 10 Bilion
  • Pos Malaysia- RM 227 juta
  • Sime Darby- RM 1.5 bilion
  • Mas- RM 2 bilion(Sebelum dipulihkan)
  • Proton-RM 2 bilion(Sebelum dipulihkan)
  • Landasan Keretapi Berkembar-RM 4 bilion
  • Jambatan Bengkok-RM 500 juta(Pampasan pembatalan pembinaan)
  • Kehilangan blok minyak kepada Brunei-RM 360 bilion
  • Tenaga Nasional Berhad TNB -RM 1 bilion(Sebelum dipulihkan)
  • Dan lain-lain…

Kes-kes di atas ini adakah melibatkan kakitangan awam? Sudah jelas dengan kes-kes di atas sahaja telah menyebabkan negara menanggung hutang yang melampau.

Mengatakan kakitangan awam tidak produktif juga tidak benar. Mungkin kerana segelintir kakitangan kerajaan yang membuat onar, namun kesannya, semua kakitangan kerajaan mendapat nama yang busuk.

Itu tidak adil bagi pendapat kami. Kita tidak boleh bersikap prejudis terhadap maalah ini. Bagi kami, baik kakitangan swasta atau kerajaan, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Situasinya sama.

Sebelum itu, apakah pendapat anda mengenai kenyataan Yeo Ming Wan mengenai komen beliau terhadapan pembayaran bonus kakitangan awam ini?



Share.

70 Comments

  1. Cakapla saja kerajaan xnak bagi bonus, senang cerita… X payah nak suruh ‘penulis upahan’ untuk membodek kerajaan tentang rasional x bagi bonus… Kerajaan lebih sayangkan menara Warisan Merdeka, Team Formula 1 yang xda jenama Malaysia, Program PERMATA isteri PM… kakitangan kerajaan hanya jadi penting bila tiba musim pilihanraya saja…

  2. segenlintir aper…pekerja kerajaan mmg pemalas, x produktif, kerja mengular jer..yang sebahagian besar mmg pemalas, hanya segenlintir aja yang ok..jgn nk menangkan benang yang basah la berita semasa..

  3. Sy sgt setuju dgn pendapat Melaka Boy, itulah yg sebenarnya. Kerajaan tiada duit dan dgn itu cuba mencari alasan yg tk masuk akal bg menyelamatkan diri.

  4. dah namanyer ‘MERAPU’, buat aper kita nak layan komen merapu ni… hik.. hik… hik…

  5. byk2 mu

    byk muhasabah diri ye merapu,,,yg elok dijadikan tauladan yg buruk dijadikan sempadan,,,sama2 kita tingkatkan diri kita dari sume aspek,,KepadaNya kita kembali jua,,wslm,,,

  6. RoyaltiMinyak on

    Merapu tu memang camtu, dia tu PenyapuCyber upahan UMNGOK BNgong.

    Pekerja kerajaan pemalas? tak produktif? Aku nak tanye ko, brape ramai yg ko jumpa camtu? Camner ko nak nilai dia produktif ke tidak? Ko tu supervisor diorang ke yg ko tahu diorang tu tak produktif? Ko jangan lupa jabatan2 kerajaan ni dibawah kementerian2 kerajaan. Ko ingat sapa kepala kementerian tu sumer kalo bukan puak2 dan kroni2 UMNGOK ko tu. Ko tu rajin sangat ke wat kerja? Kalau kerja merapu ko ni memang rajin.

    Elaun kerja kurang + harga barang keperluan naik = PM ko tu bangang.
    Kalau tak silap aku skang ni pon banyak elaun2 kerja kerajaan dikurang/dibekukan.

  7. emir syahmi on

    Semasa Pak Lah mengumumkan Najib jadi PM, ramai kawan-kawan saya menangis, termasuk pakar-pakar perubatan dan teman-teman akademik, prof, pemandu teksi, kerani dan pekedai-pekedai runcit. Saya tanya kenapa nangis dan bersedih? Jawab golongan yg saya hormati ini,” kalau pemimpin kufur kita hancur”.Lantas saya menyebut nauzubillah. Agaknya betullah firasat mereka,
    elaun penjawat awam dikurangkan termasuk elaun gangguan perpindahan tidak boleh dituntut. Harga barang naik berlipat ganda. Caj kad kredit naik tak semena-mena, sedangkan ramai penjawat awam menggunakan kemudahan tersebut bukan untuk berhibur tetapi untuk bayaran penginapan hotel bila menjalankan tugas di luar kawasan. Bonus wajar dibayar kerana golongan inilah yang sebenar-benarnya penggerak ekonomi dalam negara.Kerajaan tidak rugi jika memberi bonus kepada mereka, kerana banyak jasa dan pengorbanan yg telah mereka taburkan, dan wang yg. merek peroleh juga akan dibelanjakan dlm negara, kecuali isteri-isteri menteri yang gemar berbelanja di luar negara. Sewajarnya elaun menteri yang perlu dikurangkan untuk mewujudkan keseimbangan
    pendapatan, barulah sama-sama berkorban untuk negara.

  8. Assalamualaikum,
    Pada pandangan saya, Prinsip Kepimpinan Melalui Tauladan telah dipinggirkan. Kalau prinsip ini digunapakai oleh semua pihak, insyaAllah permasalahan yang timbul sekarang akan dapat diatasi. Termasuklah isu pemberian Bonus ini.

  9. sedap btl mulut menuduh kakitgn kerajaan mcm tu…pemalas la ape la, ayah ak keje polis ni, dah sepuluh thn xdpt berjalan dgn keluarga, keje x tentu masa, tp ak redha…n sedap2 je ko ckp mcm tu…balik raya pun sekejap je cuti…ni sbb nk menjaga org awam mcm ko tp ko xsedar2 diri..

  10. haha…benggang la ko ngan umno ker pe duli aku…haha…ko tau x bodoh…sebilangan besar pekerja kerajaan adalah pembangkang..bab tu x produktif..kije mengular..bab apa ramai orang melayu suka kerja kerajaan?sebab boleh mengular n datang lambat..haha..x caye g orang cina haha..

  11. Kpd penjawat awam, korang mesti cerdik,jgn diperbodohkan oleh pemimpin yg x cerdik.

  12. kakitangan kerajaan Malaysia mmg terlalu ramai, malahan nisbah kakitangan kerjaan bagi rakyat malaysia adalah antara yang tertinggi didunia, dan majoritinya melayu, hakikat yang terpaksa kita telan, sebab orang melayu memang susah nak masuk dalam pasaran kerja swasta (satu lagi hakikat yg kita kena telan), terpaksalah kerajaan buka kantung utk tangani masalh ni, hasilnya sebahagian besar bajet tahunan terpaksa habis pada kakitangan. implikasi yang timbul….. bila kakitangan terlalu ramai, gaji akan jadi statik, atau kadar kenaikan akan jadi lembap sebab nak adjust dgn pendapatan kerajaan…. bila gaji lambat bergerak sedang inflasi laju (tambah pula kegawatan sekarang ni) kuasa membeli kakitangan jadi semakin lemah… so terpaksa mereka bergantung sumber lain (minta bonus)… implikasi paling besar, rakyat yang bukan kakitangan (majoriti rakyat malaysia) terutama yang berpendapatan rendah (majoriti melayu) akan dapat bakinya saja dari bajet tu….. dan paling penting, lagi ramai kakitangan, parti pemerintah boleh kontrol undi.. (sesiapa yang kerja kerajaan akan faham)… sebab undi dimalaysia bukan rahsia, setiap kertas undi ada no siri, bila kita mengundi no kad pengenalan kita akan dicatit pada no siri salinan pendaftaran…. SENDIRI MAU INGAT KAKITANGAN KERAJAAN

  13. best bl tgk mlayu codemn mlayu…dlm 20 thn kt gerenti tgadai mcm sngapura…ms 2 jom kt sama mnangis, yg liki jd prompak,yg pompuan jd tut….dl pakcik bangga keje gomen, skrg x lg..nk ngaku kt org pn maluu..jom blk kg tanam jagung..

  14. RoyaltiMinyak on

    Kahkahkah, kata-kata bangang dari penyapu yang tak pas interview kera-jaan.
    “Sebilangan besar pekerja kerajaan adalah pembangkang..bab tu x produktif” – kahkahkah. Kenyataan tanpa fakta sahih, tipikal org UMGNGOK. “Kije mengular n datang lambat” – ni pengalaman penyapu sndiri, tiap2 ari buat. Tak payah le nak tuduh2 pekerja kerajaan.

    “..bab apa ramai orang melayu suka kerja kerajaan” – ko pegi tanya para pemimpin2 UMGOK tu dulu, camner diorang urus kera-jaan dlm 50thn, berapa banyak pluang kerja yg diorang bukak? berpa banyak pelaburan asing yg boleh bagi kerja pada rakyat dan brapa banyak pelaburang asing yg merudum tahun ni? Brapa banyak saham Bumiputra yg spatutnya tolong org Mlayu ni diorang kebas?

    Ko tak tahu? Ko ni memang BeNgong… x caya gi tanya orang utan. Ko ingat sape yg kerja keras urus negara ni kalau bukan pekerja kerajaan? Lantak le dia tu pembangkang ke tak. Ape ko pduli?

  15. Ini negera demoksrasi, jgn lak nk ugut2 kakitgn awam, mereka bknnya bodoh….mereka ada pekerja yg paling taat pd kerajaan memerintah, semua dibuat samada suka ke x suka demi amanah diberi….samada mereka peyokong parti pemerintah atau sebaliknya..tugas tetap dijalankan.Bak undi tu ..hak kebebasan masing2………kan meriah tu..

  16. Adalah diingatkan “UNDI aANDA ADALAH RAHSIA”….. Kerajan Yg Memerintah ye… :) :) :)

  17. Memang setuju sekarang ni banyak benor elaun kakitangan awam dibekukan, yg swasta pun sama, cuma tak ramai yg bersungut pasal swasta ada OT… Mungkin rasanyer pak menteri ni selalu baca blok kot, pasal ape.. hampir semua blok bila tulis pasal kakitangan awam mesti kata mereka ni malas bekerja, ponteng, lambat datang kerja. banyak MC dan macam macam lagi… atau mungkin juga kerajaan membuat persediaan kewangan bagi membayar pencen kepada kakitangan nyer yg banyak akan kena pencen wajib mulai thn-thn mendatang (Kalau rajin semak la data umur kakitanga kerajaan malaysia sekarang ni, berapa ramai yg duk tunggu lit nak pencen dlm thn mendatang ni). Kita pasti tak akan menatap muka-muka Makcik & Pakcik kat kaunter depan lagi, dah ganti org muda dah… So org muda nak tunggu apa lagi tunjukkan la pada pak-pak menteri kita yg org malas semua dah pencen wajib.

  18. kalau bab keja kerajaan ni melayu yg “konker” mmg stuju sgt lah. asal naik opis gomen smua melayu sedangkan kat tempat aku majoriti yang banyak adalah bgsa aku. aku masuk u dlu ramai jga bgsa aku kat u tapi takkan smua opis yg aku masuk 1org bgsa aku, mmg sgt jarang ditemui.aku bukan nak racist (jgn nak marah lebih2 plak) tp aku nak kalian tau sapa yg paling untung kalo dapat bonus stp bulan tu.HANYA MELAYU dan segelintir lagi rakyat Malaysia yg bukan Melayu.sgt malang yg bkerja dgn gaji hanya rm300 shja..tmasuk aku..ptptn tak dapat nak bayar.tgk org keja gomen mliur sja.wpun skrg mereka tdk jadi diberikan bonus tsbut tp masih mampu utk hdup ank branak.ni nak kawin pun pkir 2 3 sbb tak mampu..jgn nak emo kat aku lak sbb sini aku tak kaitkan dgn mana2 kompeni lain/bdn bknun lain.yg tu aku serah kat korg je.ni aku punya pandangan mata kasar sahaja bukan pendapat

  19. Diseru kepada sekalian kakitangan yg kerja dgn gomen tu jgn lupa pada PRU13 nanti untuk memilih Calon2 daripada Parti Pakatan Rakyat sebagai Wakil Rakyat anda di DUN dan di Dewan Negara. Hanya dengan PENYAPU BARU sudah semestinya segala kerja mereka akan lebih berkesan dan menepati citarasa anda !

  20. kesian kakitangan awam….tak dapat bonus !
    kalau tak de mereka pentadbiran negara bolih lumpuh…
    sebab siapa nak buat kerja….?
    kakitangan swasta jangan kecuh2lah pada kakitangan awam ni…
    mereka2 tu menuntut apa yg mereka rasa perlu…
    biarkanlah jer mereka tu…
    mereka tak kacau pun kakitangan swasta…

  21. Undi Anda adalah Rahsia on

    Jawapan dalam isu ini adalah Pilihan Raya UMUM ke 13 disana penjawat awam akan boleh beri jawapannya, Dan saya memeberi ingatan kepada anda undi anda semua adalah rahsia tiada siapa yg akan dapat membongkar atas siapa yg akan anda pilih, no catitan padi siri pendaftaran undi adalah sesuatu yg diujudkan sebagai rekod kertas undi yg telah dikeluarkan juga ada pihak mengatakan sebagai perang saraf bagi menakutkan pemilih, sebenarnya sebagai warga negara yg berhak sebagai yg tesurat pada aticle 10 perlembagaan perasekutuan, jadi usah bimbang dan takut dengan no siri pendaftaran undi itu kerana ia tak membawa sebarang kesan apa2 pun percayalah, kerana saya lebih maklum kerana telah pun berkhidmat di SPR lebih 20 tahun

  22. kalo…tak bagi bonos dan kenaikan gaji…..aku rela negara ini tergadai kepada kapitalis..kerena kapitalis macam kerajaan
    Singapura tu mamang bagus bagi rakyat malaysia..ni yang selama ini makan disuap, tidor lena kenyang olih kerajaan BN….dn lagi aku dah bagi tahu..pemimpin kita Cuepac tu mmang tak bolih diharap, bodoh dan penakut… setakat SPM gred tiga aje…..cakap pon tegagap2….kena cari orang baru……

  23. PASS AWAY~ on

    belajar bersyukur lah wahai umat islam..dapat bekerja dgn kerajaan nir dah kira beruntung tau..jgn men hentam, kalo xda bukti yg sebenar2x nya..kalo nak salah orang, salah kepada mak bapak korang kerna melahirkan anak yg x tahu nak bersyukur..kejap salahkan ini itu..apa nir, korang dah besar panjang nak fikir mana yg betul dan salah..duit yg kita dapat selama nir pun, kita dapat survive juga kan..x pernah nak kebulur sampai di depan kubur kan..apa lah korang nir, itupun nak kecoh..ahkbar cina senteng nir cuma merapu je, dia tulis ikut perasaan kuli mak bapak dia..jgn kecoh2x~ mcm x dapat gaji setahun pendapatan..sedangkan amah indon pun keja beberapa tahun tanpa dpt gaji dgn majikan, x dapat pembelaan sewajarnya dari sesetengah pihak..fikir2x kan lah ek..~

  24. pemalas ker?…atau anda yang cemburu dengan kawan2 anda yang sedang berkhidmat dengan kerajaan,

  25. pass away(2).. on

    undi memang rahsia pun..cuma aku dah males dan cape nak mengundi lagi ye..nak bersara dah utk PRU 13 dan akan datang..hasilnya tetap sama juga pun

  26. TongSamPah on

    Apa salahnya bagi bonus kepada penjawat awam, nanti duit tu masuk poket saudara mara YeoMingWan juga. Lu sendiri mau ingat loo!!

  27. Sekiranya kerajaan dapat menyelamatkan dari salah urus tadbir kewangan dari ketirisan (bocor sana sini) insaalah PA awam akan dpt bonus atau imbuhan lain, tetapi penjawat awam perlu sadar inilah pentadbiran yg kurang cekap serta projek kroni yg menyebabkan pengaliran yg tidak menguntungkan dari danan kerajaan, justru penjawat awam perlu beralih kepada pentadbiran yg baru telus lagi berintegeriti, ia berada ditangan anda dan jangan takut untuk buat perubahan inilah masanya untuk buat tranformasi

  28. haha..salah sorang igt aku kemaruk nk kerja kerajaan,,,come on ma..cakap masalah realiti ma…jangan nk cite2 pasal umnongok ker hamPAS bodoh ker..due2 same jer..aku ase banyak2 kaitangan kerajaan yang bace..dorang ase mmg dorang macam tu pon..haha..ko nk cakap kenape orang melayu kerja kerajaan banyak?ni realiti lagi,,orang melayu x suke kerja susah,,tau dh tue nk pencen, mindset dh kate x nk berniaga, orang muda yang nk grade (melayu) cakap nk kerja kerajaan senang sikit dapat cuti banyak, de bantuan cuepacs klu pe2 hal…ni contoh realiti la bodoh…pastu datang orang kelantan bawak semangat kenegerian mcam ko la..haha realiti x ni haha

  29. reenreesa on

    kerajaan tak bagus erkk…..tapi kan….kenapa ramai orang nak masuk keje kerajaan erkk…ade sape sape boleh jawab tak…huhuh

  30. Anak Malaysia on

    Yup, ahli keluarga saya yg goverment sector di kementerian kesihatan, perguruan, pertahanan semua ddk complain peruntukkan dikurangkan. Guru2 kat sabah kalau pergi kursus tak boleh claim kos perjalanan… Guru besar kata takde budget. Perh… kesian.
    Anyway taniah kepada semua pengundi2 UMNO. Baru korang tahu UMNO tu sapa, Najib tu sapa?…
    Dulu ada slogan, kalau kerja dgn goverment kena pangkah BN. Pembetulan ya, Kalau 10X tukar pemerintah pun, gaji penjawat awam dibayar guna hasil negara bukan dari poket Najib. So knp perlu pangkah BN?.

  31. Anak Malaysia on

    grrr lu sapa? tuhan ke? Pergi mampus lah lu. Aku rasa bini ko tu yg bohsia ramai2 kat jasin. Pergilah tanam jagung lepas tu londehkan seluar…

  32. terpulang lah… sebenarnya dlm gomen bnyk dpt insentif/elaun tidak mcm private, hanya bonus tahunan sahaja yang diharapkan.
    Kalau ade duit bagi lah kalau xde x payah lah. Situasi ni pun sama ngan private. Tidak semua private bg bonus tahunan. Bergantung kepada produktiviti dan income pd tahun tsb.

    Peace no war…

  33. Nama mu juga MERAPU, merapu dalam bahasa kami.,TIDAK BERGUNA. Kalau memang benar sebilangan besar kakitangan kerajaan pemalas, x produktif kau tolonglah bagi nasehat pada mereka tu. Jangan cakap saja cantik!

  34. entah lah…kurang yakin ler….
    Takut keluar mulut rimau masuk mulut naga pulak…
    Kes naya tu bro….

  35. pendapat2 on

    protokol PM niii… siapa pemangku PM jika PM Emergency… Undang2 kata Isteri anak atau menantu boleh ganti PM kee… Atau perlu lantik jadi senator dulu leaps tu… menteri berkaitan dapat gaji dan elaun saja tak perlu kerja… Biarkan anak beranak dan menantu dan keluarga mentadbir negara ini… apa ppandangan rakyat semua…Pegawai penasihat protokol perlu dihadapkan ke parlimen nii tak ada inisiatif… Boleh jadikan kes pertama dibawa ke parlimen pegawai dan menteri yang dilantik tak mejalankan tugas yang di amanahkan..

  36. dinmaidin on

    at least,merasa gak kuar dari mulut rimau tu…drpd duk dlm mulut rimau xsudah2,xtau ape nasib…mne tau masa kuar mlut rimau tu,dpt slmtkn dri dari masuk mlut naga…

  37. dinmaidin on

    haah…aku bekas penjawat awam…brenti sbb buat bisnes…mmg staf gomen mls pun…kbnyakkannya org melayu…bila aku selidik,sumenye penyokong totok UMNO….yg pliknya,mne2 org melayu yg rajin2 tu,aku perasan sume xsuka UMNO….

  38. walaupun aku ni pekerja swasta, tapi aku paham apa perasaan pekerja2 goverment. bonus memang patut diberi sebab mereka dah bertungkus lumus berusaha memajukan negara… WALAUPUN aku sering tidak berpuas hati dengan segelintir pekerja kerajaan yang bekerja di front counter yang agak kurang sopan melayan orang awam termasuklah aku sendiri… (pegi beli McD layanan lagi bagus…)..

    kebaikan bonus ni.. mungkin dapat mengurangkan rasuah, kurangkan penyelewengan, tambah mutu kerja dan sebagainya.. kalau takder bonus tu yang buatkan rasuah makin menjadi2 dan bila dah terbiasa boleh jadi satu penyakit.. mana tak nya!!! harga barang keperluan.. minyak.. dan lain2 makin naik.. tapi gaji masih diparas macam tu… sakit wooo…. at least yang kuat iman tu akan pikir dulu keburukan sebelum menerima rasuah… aku tak menyebelahi mana2 pihak.. just sampaikan pandangan yang dilalui oleh pengalamn.. sapa yang terasa tu sori lerrrrr…

  39. kenapa marah sangat pada kakitangan kerajaan..?
    pemalas, mengular itu adalah sikap manusia tapi tidak menjadi amalan pada semua orang. Sikap ni ada dimana2 pada kebanyakan org dan dilakukan bila ada peluang
    Samada k/tgn awam ker.. atau swasta sikap ker..sama je..
    Kepada negara, tanpa kerja dan usaha k/tgn awam sudah tentu malaysia tidak berada dalam keadaan macam sekarang..
    begitu juga lah pada k/tgn swasta kpd majikan mereka….
    Kita perlu ingat fokus kerja kakitgn awam adalah utk negara, negara adalah majikan mereka..jadi adil lah jika k/tangn awam mendapat atau meminta apa sja insentif utk mereka..itu hak mereka..hak pekerja kpd majikan..macam tu juga k/tgn swasta pada majikan mereka..
    kalau mereka rasa majikan mereka telah berjaya atas usha dan kerja2 mereka..dan perlu dapat apa2 insentif itu hak mereka..dan mereka berhak minta..
    Pasal apa perlu bertelagah..? sebab apa perlu menghina, memperlekeh, mengaibkan orang lain..?
    Biasanya orang yg mengaibkan. memperlekehkan orang lain itu sebenarnya dia tidak mendapat peluang saperti pihak yg dia lekehkan dan jika dia mendapat peluang itu sebenarnya dia akan
    mempunyai sikap yg lebih teruk lagi…..
    Orang yg berfikiran matang tidak mudah bagi mereka mengaibkan org lain secara terbuka…
    Jangan bersikap macam budak2….dan berfikiran kampungan dan
    yg penting berubahlahh…jangan malukan melayu…bangsa korang..

  40. dalam hal tukar goverment ni, kita kena fokus pada majoriti org melayu…majoriti penyokong UMNO.
    Yang dah tentu kroni2 dan mendapat kepentingan dan hasil dari ketua2 UMNO tu ..tak payah lah fokus pada mereka…sebab mereka dah kematu dan totok sokong UMNO walaupun umno buat tak betul dan letaklah parang kat leher mereka..mereka tetap kematu pada umno..sebab ada hasil, dapat hasil, dapat habuan..
    tapi fokus kepada org melayu yg menjadi pengikut umno..sebab mereka2 ni dah kena pasak kepala otak mereka dengan slogan ‘ selamatkan kuasa orang melayu’ , ‘umno penyelamat kuasa politik orang melayu’..slogan2 ni telah menakut2kan orang melayu ni…mereka jadi gubra…mereka jadi berani2 takut….
    lain2 parti terutama Pas …(yg nampak hanya Pas yg layak buat kerja ni) supaya buat postmortem, kajian, penyelidikan macamana nak buang kematu dalam pemikiran org melayu pengikut umno tu…supaya ubah mentality kematu tu…INGAT!! buat kajian bukan kejian dan makian ….supaya metality org melayu ni lebih terbuka pemikiran mereka,,mereka bolih fikir secara matang….
    dan bukan menjadi pengikut orthodok….

  41. FrankRose on

    kerajaan ni service oriented, makna kata untk membrikan khidmat, polisi perkhidmatan mereka bergantung kepada policy maker.. policy maker itu parti yang memerintah. setiap perkhidmatan memerlukan kos, kos tenaga, kos tenaga kerja, kos barang guna pakai dan macam2… kos ini dibiayai dari mana… dari cukai, so rakyat dikenakan cukai, perniagaan dikenakan cukai… untk maksimumkan cukai kerajaan galakkan sektor yang bagi cukai paling banyak… maka buat promosi tarik pelabur luar, galak orang tempatan masuk sektor berprestij, so secara tak langsung income naik, cukai naik juga.. kerajaan sediakan prasarana untk menggalakkan aktiviti perniaggaan berkalibar ni (macam bisness juga kita pinjam duit dulu utk bina prasarana ni dgn harapan kutipan cukai nanti blh bayar hutang), maka wujudlah TPM, bionexus, MSC, Corridor selatan, Kulim TP…. masalah sekarang prasaran yng kita bina tu tidak mampu menarik pulangan seperti kita rancangkan…. sebab iklim ekonomi yang kacau bilau, pelabur mula cautious, mula cari cara utk tambah profit margin, kat malaysia skg kos is too high untk tenaga kerja, maka mereka beralih ke china, vietnam… so kita mula terjerut (cukai kurang), kerajaan perlu tampung semua ni…. maka terbit bon lagi (hutang), dan kebanyakkan pembelinya adalah institusi tempatan (KWSP, PNB, tabung haji dsbnya) dan juga orang luar… maka timbul lah masalh hutang negara yang bertamabh sekarang… point kat sini kerajaan dah mula bertindak seperti profit oriented, sebab most of the policy marker skg ni ada business associate kat luar sana… so every policy made ada kepentingan…. jadi tak hairan setiap policy sekarang ni mesti ada kaitan dgn kepentingan pihak tertentu (jgn lupa kisah PKFZ, kapal selam, LRT, PERWAJA…) so…. kakitangan kerajaan sekarang ni mmg synonim dgn byk relaks dari kerja, even ada yang kata pemalas pun… ini semua disebabkan oleh situasi service oriented, “aku kerja byk mana pun, gaji aku tu takuk tu juga, member sebelah kerja goyang kaki pun gaji sama dgn aku”… hasilnya sekarang ni le… balik pada defisit tadi, kalai kerajaan nak bagi bonus, kerjaan perlukan sumber, cukai dah kurang sekarang, the only way pinjam duit (bon), bila jadi macam ni, kerajaan kena bayar balik hutang, kalau dalam 5 tahun ni aktiviti tak naik, cukai tak berubah, kuasa inflasi akan jadikan ringgit susut, interest pinjaman bertmabah… so nak buat macamana…? subsidi akan jadi mangsa, cukai akan naik lagi…. kalau PKR pegang pun… situasinya pun sama… sebab sesiapa yang akan gantikan BN akan mewarisi hutang ni…. soalan paling penting, apa mereka akan buat… apa yang saya nampak, mungkin akan jadi UK, kerajaan baru terpaksa potong pelbagai elaun, even jumlah kakitangan kerajaan terpaksa dipotong dalam masa 4 tahun, cukai tak boleh menampung kos dah, hutang nak kena bayar, sebab tu sekarang ramai expat UK dah mula balik kampung…. ini reality, so PKR kena come out dgn strategi yg betul2 konkrit… hakikat sekarang ni, apa pun terjadi pada PRU13 nanti, kita semua akn terpaksa ikat perut…. kita akan terpaksa berkorban… memang sebenarnya kita akan masuk mulut buaya juga nanti… aku akan sokong sesiapa yang boleh kemukakan plan tinndakan jangka panjang yang membolehkan kita keluar dari jerut skg ni pada kadar yang paling cepat… so far plan dari kerjaan sekarang memang akan menambah jerut kita lagi… so apa plan pihak alternatif

  42. komen terbaik FrankRose…
    compare ngan uk kit amasih ada sumber lain seperti minyak & gas yg mungkin boleh digunakan separuh utk longgarkan jerut tu…separuh lg dibahagi 2…1/2 dr penjimatan dr ketirisan, janakuasa elektrik swasta dan 1/2 lg dr kantung pemimpim yg terlibat rasuah dan di dakwa….kenakan maksimum denda utk byr hutang tu balik…

  43. Bujang Senang on

    Kepada Frankrose…
    wah nama mcm canggih.
    anyway, satu hari nanti kalau lu sakit, atau isteri atau keluarga sakit atau terlibat kemalangan ke (ini bukan doa) …u akan tahu sapa yang akan ambik u n bawa umah sakit… or kalau terbaring tepi jalan, sapa akan ambik u bawak umah sakit… sampai umah sakit saya yang cuci kencing, darah n najis u…. anak bini u pun tak sanggup… so siapakah yang akan melakukan semua itu? PEKERJA-PEKERJA KERAJAAN… Pendapat u mmg macam menunjukkan tahap intelektual u tahap gaban punya tapi u lupa yang u masih sihat sejahtera… jangan nak condemn A or B, semua manusia… kaum apa, negara mana…pekerja kerajaan ke swasta ke… semuanya manusia, yang tak sentiasa sihat. so, be fair… its ok to give your two cents…tapi waraslah…lagi satu, kalau lah katakan u tak waras satu hari nanti dan dihantar ke rumah orang tak waras, maka siapakan yang menjaga u pada masa tu? THINK TWICE MAN.
    semua manusia sama… tak kira kaum apa… A kata B busuk, pemalas…. A pastikah bahawa dalam semua adik beradik dia tu semuanya tak busuk dan bukan pemalas? Kaum A kata kaum B tu pemalas la loyar buruk la kuat play truent (hahaha)… Kaum A tu pasti ke yang semua kaum A tu rajin, fokus pada keje? so, pleas be fair…and THINK TWICE… bonus ke apa ke semua rezeki… kadang-kadang kuih kita suap kat mulut pun boleh terjatuh ke lantai kotor..
    pasal elaun pun nak bising… keje swasta, konsepnya cukup mudah n sama mcm kerajaan juga… biasanya, elaun gaji keje swasta adalah suku dari basic…pasal claim pun nak bising? banyak pekerja swasta yang travel sana-sini guna kenderaan syarikat atau boleh claim juga…contohnya… kalau gawat mmg kene cut la.. sama mcm pekerja kerajaan sekarang… elaun lebih masa ditukar kepada cuti…elaun perjalanan dipotong sana sini… BE FAIR n one and foremost, BE HUMAN…good human…indeed.

  44. kerajaan memang ada bagus,sebilang yg ada pro parti gov je kaki culas, tumbuk rusuk,pijak kepala…cuba kou org tengok polis bertugas mcm mana…terlebih taat setia dgn arahan n tugas..x pernah ambil peduli yg dibuat tu betul ke atau salah dari segi undang2 ,kemanusian maupun agama.janji itu perentah mesti dijalankan……sapa yg perintah? ketua dia la…..habis tu sapa perintah ketua dia?……….menteri la.Sapa menteri? ….mesti la pemimpin parti2 pemerintah.Jawpan nya bkn kerjaan x bagus tetapi kepala nya je x bagus…..maka ekornya ikut sekali tempias.kakitangan awam(kerajaan) byk berjasa dlm membangunankan negera, medidik anak2 kita yg kurang ajar, memberi rawatan kpd ibu bapa kita yg sakit, jika nk tulis disini rsanya x larat…….last2 elauan x kasi….ibarat habis madu sepah dibuang….

  45. Anak Malaysia on

    Good article… Good for all Malaysian to know your future. That reality in Malaysia Politic. Berhutang & bermewah2 pass to UMNO, PKR juga yang kena sapu taik2 UMNO. See what happen to Selangor and Kedah. Nak didiamkan pemerintah sekarang adalah 1 kesilapan. Bangun rakyat Malaysia, pejuangkan hak anda & generasi anda.

  46. FrankRose on

    terima kasih atas pandangan saudara, you miss the point, saya minta maaf kalau kakitangan kerajaan terasa sebab saya juga kakitangan kerajaan, mungkin saya tertinggal bereapa ayat, apa yang saya nak katakan kat sini, anggapan orang yang kakitangan kerajaan synonim dengan……. sebab tu saudara dapat baca reaksi pembaca disini…. saya tanya pembaca di sini… siapa je kakitangan kerajaan yang orang ramai selalu berurusan….. tak ramai sebenarnya, yang di kaunter, yang jadi perunding (doktor, peguam, nurses,….) dan kebanyakkan guru…. vast majority is in the background…. saya ambil contoh pada pegawai di kaunter, dalam satu hari, berapa ramai manusia yang dia mesti deal with, dan setiap orang tu datang dari latarbelakang yang berbeza, dari peon sampai ke top executive. Kalau kata peon tu tak dapat layanan sewajarnya, apa peon tu boleh buat, paling tidak dia mengomel dpn kawan2 dia tunjuk protes…. TAPI kalau kena tu puak executive… reaksi dia berbeza, sebab saluran protes berbeza-beza, saya terus terang cakap saya baca setiap komen dari pelanggan jabatan saya…. saya nampak trend dia, kalau yang komplen dari puak yang berjawatan, expectation dia lain dari puak yang berjawatan rendah…. dan huru hara menjaja ni sebenarnya datang dari puak yang tahu mana nak salurkan ketidakpuashatian masing-masing… tulis ke surat khabar, sebagai contoh…. imej ni terus berkembang…. nampak tak 100 orang berurusan dgn seorang pekerja, ada 100 pendapat tentang pekerja yang satu tu… orang malaysia berfikir secara induktif… 100 lawan satu maka ia betul…… kalau kita fikir cara deduktif kita lihat yang 1 lawan 100 tu….. kita compare….. lagi adil kan…. tapi hakikat pemikiran rakyat malaysia memang macam ni…. apa kita nak buat utk masalh ni…. saya tak condemn sapa2… cuma nak betulkan puak yang segelintir ni je… sebab puak ni yang memalukan kakitangan keseluruhanya… point saya lagi, kakitangan skg demand terlalu byk, tahu tak kita semua… Malaysia tidak terkecuali dari kekalutan ekonomi dunia skg, even ada pembaca yng compare dgn singapore, dan tahu tak kamu semua singapura skg ni ekonominya terikat langsung dgn US, temasek holding skg sedang megalami kerugian, kalau pembaca perhatikan skg temasek sedang menjual kepentingannya di seluruh dunia…. so tak payah puji sgt singapura tu…. macam saya cakap sebelum ni, Malaysia terpaksa berhutang kalau nak satisfies kehendak kakitangan ni… hutang maksudnya defisit, sekarang ni pun hutang kita dah lbh 50% dari pendapatan, hutang ini diwarisi jgn tak tau, tambah plk inflasi mmg tgh mencanak skg ni, sebab lambakkan matawang dunia, hakikat tu, so kita rakyat malaysia semua akan sesak nanti…. berapa lama kita sesak, bergantung kepada caramana kerajaan akan bertindak…. saya kata sebelum ni, berdasarkan plan kerajaan sekarang…. imposible… kita tgk balik macamana cara Nabi Yusof buat rancangan bila nak hadapi kemarau panjang, simpan bekalan makanan berkoyan-koyan utk selama tempoh kemarau tu…. apa maksudnya….. maksudnya keperluan asas rakyat yang perlu dijaga…. perkataan kat sini ASAS…. bangunan 100 tingkat tu asas ke untuk rakyat….. sebab tu saya kata plan kerajaan skg tak boleh pakai… PKR pulak cuma tahu hentam saja, plan tak ada……. apa kita nak buat skg ni….

  47. kepada ‘merapu’, ko xpyh nk kutuk kakaitgn awam, baik ko sedor diri ko dulu..xpyh nk cakap bukanĀ², paham. nama pun dh merapu, mesti otak pun xbetui..

  48. BUJANG SENANG on

    Rakyat Malaysia sekarang sedang tersepit…kiri rimau kanan buaya.
    Undi adalah dari rakyat yang tentukan cara pemerintahan negara.
    sekali fikir, elok aje jadi kerajaan beraja seperti Brunei.
    Kalaulah rakyat Malaysia tak biar sesebuah parti berkuasa terlalu lama, contohnya, 10-15tahun dengan Group A and then 10-15 tahun dengan Group B…maka, sistem penggiliran ini memberi keuntungan kepada rakyat kerana Group A akan clean sbb Group B akan take over nanti…dan kalau tak clean semasa pemerintahan Group A, maka busuklah…sama juga sebaliknya. berani kah rakyat Malaysia membuat keputusan mcm ni? hmmm i dun think so and thank you.

  49. Pengurusan kewangan kerajaan memang bermasalah. Isu di Laporan Audit Negara yang sebelum ini pun masih belum terjawab. Laporan audit terkini menambah lagi kemusykilan dan kemarahan rakyat.

    Belum sempat ekonomi pulih, menara 100 tingkat yang mahu dibina. Umpama tiada beban batu digalas.

    Hari ini harga barang naik. Petrol pun meningkat mengikut ‘pasaran semasa’ kononnya. Makan minum sehari RM10 sudah jadi biasa, terpaksa dicatu 2 kali sahaja untuk mahasiswa.

    Sepatutnya kerajaan perlu memberi ‘rangsangan’ kepada rakyat seluruhnya supaya dapat berbelanja agar inflasi tidak menyusahkan pengguna. Bukan pelabur, peniaga dan orang terdekat sahaja yang mendapat manfaatnya.

  50. Bagitau akhbar nanyang siang pao tuh…Pada pendapat aku peruntukan perbelanjaan untuk sekolah jenis kebangsaan cina tu yang patut dihentikan…UNTUK APA MEMBERI PERUNTUKAN PADA SISTEM PENDIDIKAN YANG MENGALAKKAN PERKAUMAN…mentang2 kakitangan awam ramai melayu nak dibantah pulak pemberian bonus…..

  51. sepatutnya setiap tahun kerajaan mesti memperuntukkan bonus untuk kakitangan kerajaan..wajib ada BONUS, bukan wang EHSAN…
    kalau lah nak ikutkan sifat tamak aku, baik aku g kerja swasta, gaji berlipat ganda, bonus 4 hingga 6 bulan….tapi aku rasa aku peru berkhidmat untuk negara…masa TUN Mahathir,kita kakitangan kerajaan tak perlu risau, sentiasa ada bonus…

  52. Yeo Ming Wan bercakap kosong dgn fakta yg tidak jelas serta berbaur perkauman… bonus utk kakitangan awam sama seperti diswasta (malah bonus di swasta jauh lebih tinggi)…ia adalah penghargaan atas perkhidmatan yg diberikan (sebagai pelaksana) sepanjang tahun… sepatutnya bonus yg diberi merancakkan ekonomi negara membantu para pengusaha dan peniaga dalam meningkatkan taraf hidup…. malangnya sebilangan golongan elit yang byk membeli atau membelanjakan dari hasil negara ke LUAR negara tanpa memberi pulangan kepada rakyat.

  53. hal Bonus yang pihak kerajaan beri tu,janganlah kita pertikaikan cuma 1 tahun sekali,kalau kita nak kira tak kemana juga bonus RM 500.00 nak bawa kemana tempat paling jauh pasaraya TESCO,GIANT atau kedai AH CHONG juga kedai Murugan.jangan marah saya tak kerja kerajaan tak ada EPF dll.kerja kampong……

  54. noreh getah lagi loaded dari makan gaji skarang nih… hehehe ( nasib tak baik aku takdek kebun)

  55. “Jika dalam sebuah negara, penduduknya beriman dan bertaqwa pasti Kami (Allah) akan akan melimpahkan kepada mereka barokah dari langit dan bumi (Rahmat Allah) , tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat kami ), maka Kami (Allah) siksa mereka dengan azab yang sesuai dengan apa yang telah mereka lakukan. (Maksud daripada Firman Allah,Surah Al-A’raf ayat 96)
    “Barokah” temasuklah kita dipimpin oleh pemimpin yang beriman, betaqwa,bagus, baik, adil dan amanah.
    Musibah yang paling besar ialah, kebejatan akhlak dikalangan orang-orang yang mengaku Muslim . Sangat dahsyat ! Jenayah buang bayi shaja telah direkodkan hingga kini ialah 1,574 kes. (yang tak di rekod ?).Kes-kes lain yang lebih dahsyat saban hari ada sahaja yang dilaporkan. Terkini :cucu tendang datuk hingga menyebabkan datuk mati. Kalau ada dibuat survey bandingan dengan penduduk negeri ini kecil bilangannya, dikhuatiri negara ijadi “top1 in the world” disegi kehebatannya dalam semua jenis “Fahsya & Mungkar”.
    Disebalik itu golongan yang hendak membuat pembaikan (islah) sentiasa disabotaj, ditentang, difitnah, dihasut. Lebih teruk lagi jika golongan itu mengambil bahagian dalam arus pemerintahan demokrasi. Fikir-fikirkanlah

  56. aziz ghani on

    bonus yg kakitangan awam dapat tidak kemana sebaliknya ia akan dibelanjakan didalam negara buka dibawa keluar negara.malah yg akan untung adalah peniaga-peniaga yg ada didalam negara. jadi limpahan dari bonus tersebut akan turut dinikmati oleh rakyat kembali jadi tidak timbul soal pembaziran atau ketirisan.

  57. aku rasa komen si yeow ming ni memang banggang. Pada pendapat aku sebab-sebab defisit:
    1) banyak sangat pembaziran pada projek-projek mega dan projek-projek yang tidak berfaedah spt e-mail 1 malaysia oleh kerajaan.
    2) pembaziran oleh orang atasan. Misalnya kos “pelancongan” menteri-menteri ke luar negara.
    3) pemulihan syarikat-syarikat GLC yang kurang memberi keuntungan.
    4) banyaknya perilaku rasuah di kalangan penjawat awam.
    Pada pendapat aku, bonus wajar diberikan kepada penjawat awam kerana mereka telah berusaha keras membangunkan negara. Setitis keringat dan peluh mereka haruslah dihargai… tq

  58. Saudara2 ku,kita jangan nak salahkan bonus yang pihak kerajaan berikan pada kakitangan jabatan2 kerajaan tidak miskin jika kerajaan keluarkan RM 10 juta untuk kakitangan kerajaan,apakah saudara2 sanggup keluarkan RM 10 setiap seorang untuk diberi pada kakitangan kerajaan yang membantu setiap tugasan yang dibuat.mungkin tidak.soal bonus ni janganlah kita cakap mungkin ada anak2 atau cucu2 juga ahli keluarga saudara2 yang dapat,diam sahaja banyak lagi kita yang kita perlu fikirkan ,mari kita fikirkan bagaimana kita nak pertahankan hak bangsa melayu yang kian hari kian hilang.

  59. Pada pandangan saya apa yang saudara luahkan tu ada betulnya,banyak pembaziran yang kerajaan dah buat.jika nak kata atas dasar pembangunan janganlah hingga gadai tanah air,jika nak tarik para perlancong mari malaysia janganlah hingga negara kita dipenuhi PATI yang melancong masuk tidak keluar2.susah nak cakap pihak kerajaan hari banyak projek2 mega tapi siapa yang dapat …………..?

  60. ko la yg pemalas tu.. org suruh keje malas, pastu dok sibuk jual produk MLM kt opis..time keje buat bende lain.. hahaha..

  61. Aku ni keje gomen. Memang betol la, kakitangan gomen ramai sgt yg pmbngkang..dan hampir semua mereka itu pemalas, mengular, berkira keja, pantang dtegur, mulut mcm longkang dan tak amanah. Sekian harap maklum..

  62. Kerja Kerana Allah on

    betul tu sedara..sy pun staff kerajaan juga..mmg ramai staff kerajaan yg suka buat masalah disiplin dlm keja ni..kebanyakannya penyokong2 tegar umnoo..tapi yg mana xsukakan parti umnoo..prestasi keja mereka2 ini..amatlah dibanggakan..bekerja kerana Allah..rezki yg halal dan berkat..

  63. setiap bantuan kewangan yang bertrilion ringgit ke kroni2 pemegang kuasa politik akan membantu mengkayakan artist dan perempuan2 simpanan mereka serta perniagaan mewah di Kota2 besar.

    tetapi setiap bonus sehingga mencecah berilion ringgit itu… akan merancakkan seluruh ekonomi negara dari peniaga kecil hinggalah peniaga bersaiz sederhana.

  64. Bukan nak condemn staf gomen, sbb aku tak kerja gomen. Tapi aku selalu berurusan dengan jabatan gomen. Servis? Kadang pelik, kerja tinggal nak tulis, cop suruh ambil esok? Suruh cepat proses, cakap ini dah peraturan. Tapi ada kenalan.. proses on the spot. Pelik kan? Zaman sekarang buat pasport pun 1 jam. Servis bro, servis. Pelanggan kena tunggu staff habis breakfast / lunch tu biasa.. tapi setiap tahun dalam bajet, bonus dituntut.. peace. p/s: pekerja gomen byk berurusan dgn orang awam so jgn cakap kita tak tau kerja gomen tu apa. Kami berurusan dengan mereka :) jgn maki hamun orang tak tentu pasal

  65. Pengerak ekonomi? Sorry tapi peniaga sendiri, syarikat swasta? Tak sumbang apa apa. Apa yang saya nampak, gomen ni byk urusan pentadbiran / admin. Ekonomi ni lebih kepada industri. Syarikat industri lebih kepada swasta :)
    Bangla gaji sikit kerja rajin. Kita ni kerja macam tu (faham fahamlah).. komplen mcm mcm. Yang swasta ni makan kayu semua?

Leave A Reply