≡ Menu

EKSKLUSIF : Boikot Qatar Dipulau Arab Saudi, Mesir, Bahrain, UAE


EKSKLUSIF : Boikot Qatar Dipulau Arab Saudi, Mesir, Bahrain, UAE. Punca Sebenar Didedahkan! Untuk urusan antarabangsa, diuruskan pegawai tadbir diplomatik ptd.

Dunia Arab bergoncang sekali lagi hari ini, apabila ‘kepala’ negara Arab, Arab Saudi mengepelai Pakatan negara-negara Arab yang lain (Bahrain, UAE, Mesir) untuk boikot Qatar dengan memutuskan hubungan diplomatik baik darat, laut mahupun udara.

boikot qatar

Kata Arab Saudi, Qatar ini jahat, sokong keganasan bla….bla….bela puak pelampau….bla…bla…Erm……Ingat ada yang nak percaya? Adakah dengan boikot Qatar melemahkan mereka?

Arab Saudi adalah sekutu rapat US dan Israel. Berbanding Qatar, Arab Saudi lebih bersikap mendikriminasi dan hipokrit di tahap tertinggi. Contoh?

  • Terlalu benci Shiah Iran, tetapi berkomplot baik dengan Israel dan US dalam ‘membantai’ penghuni negara-negara Islam yang lain
  • Tetapi di Qatar, Sunni atau Shiah kesemuanya hidup aman-aman sahaja. Malah Emir Qatar sudah memberikan amaran barang siapa yang cuba membuat provokasi dan membangkitkan isu sentimen Shiah atau Sunni, maka akan dihukum penjara

Apa yang memebawa kepada pakatan jahat untuk boikot Qatar ini, mari teruskan membaca

Isu Boikot Qatar : Kronologi Krisis Hubungan Diplomatik Pakatan Arab Saudi, UAE, Bahrain, Mesir

  1. Hakikatnya, bermula perjumpaan Donald Trumpa selaku Presiden Amerika Syarikat (USA) dengan Arab Saudi, mereka merancang untuk menubuhkan NATO versi Arab untuk melawan Iran. Qatar tidak setuju.
  2. Ini menyebabkan Putera Muhammad bin Salman mengamuk. Mereka sebenarnya kecewa dengan hasil disebalik perang di Syria dan juga Yaman. Dan sekarang ini mereka mahu menumpukan Perang ke atas Iran pula. Mahu lawan Iran? Lawan puak Houthi pun tidak terlawan inikan pula dengan Iran? UAE sampai terpaksa bawa pulang askar-askarnya selepas askar mereka banyak mati dalam perang sebelum ini.
  3. Bahrain sebenarnya tiada isu dengan Qatar, tetapi disebabkan mereka tidak berani melawan Arab Saudi yang membekalkan minyak ke negara mereka. Jikalau ikut sejarah, sebenarnya Bahrain ada telaga minyaknya sendiri dan mampu membangunkan sendiri lapangan minyak tersebut. Tetapi Arab Saudi si tamak haloba, dibantahnya pendirian Bahrain masa itu dan tawarkan untuk sedut minyak dari tanah bahrain-diproses-jual kepada bahrain pada harga yang rendah. Bahrain setuju.

Sekarang, Qatar ada rancangan untuk buat jambatan ulang alik Qatar-Bahrain. Kalau ini benar-benar menjadi, Arab Saudi akan naik gila sebab sekarang ni laluan darat untuk ke Bahrain kena melalui Saudia jambatan ke Bahrain.

Itu belum lagi dengan hal ketamakan Arab Saudi dalam urusan sempadan negara Arab Saudi – Qatar – UAE.

Daripada tahun ke tahun, Arab Saudi telah mengaut keuntungan bukan sahaja dari industri minyak dan gas tetapi juga dari jualan visa umrah atau haji dan ekonomi berpusat di Mekah dan Madinah di mana dua kota suci dikomersilkan.

Cakap pula pasal UAE, terutamanya Dubai…hmm…negara yang pesat membangun di atas bantuan kewangan yang banyak dari Arab Saudi termasuklah binaan Burj Dubai (old name). Sekarang tukar jadi Burj Khalifa sebab apa? Sebab hutang piutang yang banyak dengan Arab Saudi. Sekarang ini, sudah jadi salah sebuah negara yang proksi kepada Arab Saudi, kena ikut ‘khalifah’ baru mereka.

Negara yang kurang produk oil & gas berbanding Qatar dan Arab Saudi tapi cuba jadikan negaranya sebagai pusat pelancongan dan hub penerbangan antarabangsa di rantau Timur Tengah. Satu tindakan yang bagus.

Qatar juga adalah hub yang besar dan sibuk untuk pelbagai penerbangan dari benua barat-transit-benua tengah, asia dan Eropah. Sama sekali tidak mengejutkan apabila Qatar Airways adalah antara syarikat penerbangan terbaik di dunia di mana 98% ‘direct flights’ ke pelbagai destinasi dari Doha hanya boleh melalui QA. Selain daripada itu via sharing code atau airlines lain.

Arab Saudi mula tunjuk belang semasa Qatar bela Morsi. Masa itu pun Arab Saudi dan UAE telah bertindak drastik menutup pintu mereka dengan Qatar sehinggakan urusan visa umrah/haji laluan darat dari Qatar ke mekah/madinah diperketatkan. Dahulu penduduk di Qatar boleh travel dengan kenderaan sendiri ke Mekah dan Madinah untuk umrah dan haji. Sekarang sudah tak boleh, mesti melalui pengangkutan yang diuruskan oleh agensi pelancongan umrah atau haji.

P/S : Berita Semasa sendiri lebih sokong Qatar dari negara Arab Saudi yang talam dua muka

PP/S : Qatar dah ‘kena main’ dan ‘kena tikam belakang’ dengan kawan kawan sunni Arab yang sudah terdesak ‘playing with the devil’. Tindakan boikot Qatar cukup memalukan bagi negera Islam seperti Arab saudi

PPP/S : Hakikatnya Arab Saudi adalah pengganas, gila nak jadi Ketua negara-negara Arab. Daripada zaman berzaman suka bergaduh sesama Arab. Israel tepuk tangan. Tahniah kepada Qatar. Harap Qatar bocorkan kepada umum rahsia sebenar yang mereka tahu hasil persekongkolan dalam Perang Syria. Dan jangan lupa bongkarkan juga komplot Arab Israel selama ni untuk jahanamkan musuh bersama Iran. Kebenaran mengatasi kebatilan. Duit yang banyak belum mampu menjamin survival Saudi

PPPP/S : Qatar Airways terpaksa melalui Somalia bagi mengelak ruang udara Arab Saudi