Boikot Israel : Malaysia Sumbang AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion) Tahun 2013 Eksport Israel. Ke -11 Terbesar di Dunia!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Boikot Israel : Malaysia Sumbang AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion) Tahun 2013 Eksport Israel. Ke -11 Terbesar di Dunia!

Malaysia Sumbang AS$1.5 bilion : Sesiapa yang pernah mengikuti laporan Berita Semasa, pastinya masih ingat lagi laporan Berita Semas masing-masing pada tahun 2011 dan 2012 mengenai sumbangan Malaysia bernilai ratusan juga ringgit malahan telah pun menjangkau ke angka bilion ringgit setahun kepada ekonomi Israel melalui Eksport Israel ke Malaysia selama ini. 

boikot israel

Terbaru melalui laporan Biro Statistik Pusat Israel menunjukkan di sini, Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel sekaligus menyumbang nilai sejumlah hampir AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion) pada tahun 2013.

Bagaimana pula pada tahun 2014 selepas melihatkan nilai eksport Israel terus melonjak naik daripada tahun ke tahun pada angka yang sudah pastinya menggembirakan kerajaan haram Israel.

Boikot Israel : Eksport Israel Malaysia. Kerajaan Malaysia Vs Syarikat Multinasional

Walaubagaimanapun dengan sepantas kilat kerajaan Malaysia manafikan keterlibatan mereka yang mana sebenarnya :

  • (Malaysia) tidak ada hubungan langsung dengan Israel, tetapi…
  • Syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia, contohnya syarikat barangan elektronik yang membuat pemasangan di sini
  • Banyak syarikat Israel mengeksport produk ke Arab Saudi
  • Bekas Ketua Pengarah Kementerian Luar Israel, Alon Liel berkata, Malaysia dan Indonesia menjadi fokus rejim itu pada 1990-an dan Tel Aviv menumpukan usaha besar untuk membangunkan hubungan ekonomi dengan dua negara Islam itu yang mempunyai potensi ekonomi kukuh namun tiada perhubungan diplomatik dengan Israel
  • Ia dilakukan semasa kemuncak Perjanjian Oslo pada 1993, yang disangka akan menjadikan hubungan ekonomi Israel dengan negara Arab dan Islam lebih terbuka serta produktif
  • Singapura menjadi tapak bagi syarikat Israel untuk menembusi pasaran Malaysia dan Indonesia, dan ini diakui Pengerusi Majlis Perdagangan Israel-Indonesia Emanuel Shahaf dalam satu tulisannya mengenai perdagangan negara Islam dengan Israel.

Ya…hakikatnya, makanan, teknologi, sudah lama Israel dan Malaysia berdagang tanpa disedari rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun tindakan rakyat Malaysia yang sekarang ini secara agresif memboikot apa sahaja produk dan barangan yang mempunyai kaitan dengan Israel melalui kempen boikot Israel telah menyebabkan kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan seperti di bawah ini melalui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed :

  1. Ya….kerajaan Malaysia mengakui ada syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini menggunakan komponen dihasilkan Israel
  2. Sebarang keputusan menolak dan boikot produk dan barangan israel oleh rakyat Malaysia melalui kempen boikot Israel perlu dirujuk kepada Jemaah Menteri terlebih dulu
  3. Setakat ini, kerajaan Malaysia perlu meneliti, bermesyuarat, melakukan kajian, kajian dan perbincangan terperinci sebelum mengeluarkan kenyataan kerana ia akan memberi kesan pada masa depan

Pada pendapat Berita Semasa, samada rakyat Malaysia mahu boikot Israel terhadap apa sahaja produk dan barangan yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Zionis Israel. Itu kehendak, dan duit mereka. Kuasa membeli ditangan mereka. Terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan dengan siapa, produk dan barangan apa yang mereka mahu beli….

Boikot Israel : Kerajaan Malaysia VS Rakyat Malaysia

Dan juga, Berita Semasa merasakan boikot mana yang mampu, termasuk kempen boikot Israel yang sedang rancak berjalan ketika ini. Selain itu, ada baik daripada sekarang yang mana masih belum terlewat lagi, kerajaan juga perlu mengambil inisiatif untuk mengalakkan bangsa kita jadi bangsa pencipta, dan tidak terhad kepada bangsa pengguna.

  1. Galakkan inovasi, biaya reka cipta dan produk yang boleh mengantikan produk-produk zionist.
  2. Kita bukan tiada kepakaran, ramai engineer graduate Harvard, Oxford dan ramai lagi yang berkelayakan dalam apa sahaja bidang dan lapangan yang berkaitan tetapi malangnya apabila mereka balik Malaysia, tidak dihargai dengan kepakaran yang mereka miliki.

Ini statistik dagangan Israel ke Malaysia pada August 2013, meningkat sebanyak 124%. Barang apa itu? Produk farmaseutikal, komponen elektrik contohnya. Bagaimana pula boleh meningkat sedangkan ketika Malaysia di bawah pemerintahan Che Det (Tun mahathir Mohamad) sudah memutuskan hubungan diplomatik pada 2004?

Boleh semak satu persatu statistik lengkap hasil eksport Israel ke Malaysia…seperti di bawah ini

Sebabnya, pada 21 Februari 2012, Datuk Mukhriz Mahathir selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menjelaskan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel. Kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang passport Israel dilarang daripada mendarat.

Sepatutnya, kerajaan Malaysia putuskan terus hubungan import/eksport termasuk syarikat swasta. Itu sebabnya banyak kontena dari Israel berlabuh dan “berkampung” di malaysia.

Bagi Berita Semasa, biarkan sahaja rakyat boikot Israel iaitu barang dan produk israel. Ini kerana, jikalau memteri bagi greenlight atau redlight ia sudah jadi pandangan rasmi yang bakal membawa kesan sekatan ekonomi kepada Malaysia. Cukup sekadar menteri Malaysia hantar nota bantahan. Samada mahu boikot Israel melalui produk dan barangan israel biar rakyat Malaysia yang main peranan.

P/S : Kempen boikot Israel terletak 100 peratus ditangan rakyat Malaysia. Jikalau rakyat Malaysia mahu boikot Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) contohnya, itu hak mereka….Tidak perlu persetujuan sesiapa. Rakyat Malaysia sudah bijak membuat keputusan.

PP/S : Berita Semasa teringat dengan kata-kata seorang aktivis yang ditahan di hadapan Kedutaan Israel di Dublin, Ireland ketika buat demo di sana. “You don’t have to be Muslim to help, you just need to be human.”

PPP/S : Kerajaan Malaysia tidak mahu boikot Israel (barangan & produk israel) tidak mengapa. Rakyat Malaysia sebagai sebagai pengguna yang prihatin dengan nasib orang-orang Gaza yang patut boikot Israel



Share.

78 Comments

  1. Siapa yang memegang tampuk pemerintahan negara? Sendiri fikir. Tahniah kepada rakyat Malaysia yang terus memboikot produk Israel dan kondem Facebook IDF sehingga Malaysia dikenakan sekatan! Anda semua lebih berani daripada menteri-menteri dan wakil rakyat (Kecuali Dr.M)!

  2. Think Wisely on

    Tang ni aku setuju. Kepada rakyat, boikot la sebanyak manapun, selagi kerajaan berurusan (jual/beli) dengan israel, usaha kamu itu sia-sia sahaja.

  3. save gaza on

    takut rugi berbillion ringgit atas urusan perniagaan bersama…alahai

  4. nak boikot ni kena ada ilmu. Ramai yang main terjah je. kerajaan lebih pakar mana yang terbaik…
    jgn disebabkan tindakan melulu kita semua ekonomi malaysia jatuh terduduk

  5. Anonymous on

    dahkan penasihat pun yahudi..sah2 la dasar2 dan keputusan pun akan memenangkan yahudi.. syabas kerajaan BN..

  6. Pak Jabit on

    kristian kat us, europe dan uk memboikot barangan israel menteri2 kita kat sini baru nak memperhalusi……adoi kenapa level berfikir tahap longkang ni….?

    u dont have to be muslim, u just have to be human…..

    aku confused siape yg kapir siape yg islam?????

  7. ha kan.. patrick pon pelik.. banyak sgt dah makan cadbury ke apa ni.

  8. Ingatlah..sesen yang kita sumbangkan kepada yahudi..depa beli sebutir peluru untuk bunuh rakyat palestin..biarlah miskin didunia tapi kaya diakhirat..

  9. Semua orang tahu……….
    Ini lah yang akan terjadi kalau negara tidak membina teknologi dengan kepakaran sendiri.Hampir semua peranti yang kite gunakan adalah ciptaan dunia barat yang mana kebanyakan menyokong zionist celaka ini.
    Ayuh rakyat, bukan sekadar memboikot, bangkit dan bertindak segera dengan menggunakan ilmu yang ada kite bina kekuatan untuk memperkukuhkan agama,bangsa, dan negara.Kita jadikan Malaysia negara Islam yang memegang ekonomi dan kekuatan pertahanan di dunia.

  10. Anonymous on

    Pikiran org dah dikuasai yahudi. Nanti mati pegi kubur sendiri.

  11. Anonymous on

    Keluar je gate masjid nabawi dalam 40-50 langkah ada kedai starbuck. Patutle arab saudi diam membisu dalam kes gaza ni.

  12. Habis tu, yang kata DSAI ada buat hubungan dgn Israel tu betul ke tak tu??

  13. Anonymous on

    sapo kata UMNO rampas Tanah melayu.
    DAP PKR dan PAS Rampas Tanah rakyat.cuba tgk kat kelantan

  14. Anonymous on

    jangan asyik salahkan BN
    pergi mana Pakatan Rakyat..bila masa depo pegi gaza..yang dok Nampak datuk Abdul Aziz je ketua penerangan UMNO.. tuu..mana Puak2 keparat tu (PR)

  15. Anonymous on

    saya sokong nga awak……
    kenapa kita orang islam tak nak rujuk Al-Quran dan As-sunah…utk kepentingan Negara islam…byk perkara yg terdapat dalam Al-Quran tuuuu……dari buat keto sampailah macam2…jgn la tiru macam PAS yang dok tgk Al-Quran pasal hokum hudud jee yang lain depo buta huruf..

  16. Anonymous on

    kita asyik nk salahkan Malaysia dok pakai brg Israel.. adakah anda tau rakyat palestin pakai barang keluaran sapeee..

  17. Anonymous on

    Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. M elihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

    “Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu”, mereka mengejek. Lalu burung kecil itu membalas, “Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya.”

    Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, ‘siramlah walau setitis air’ untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng dan satu cup pepsi.

  18. Anonymous on

    Rizab tanah melayu merosot d mana? Bukan d kelantan atau penang. Paling banyak d johor. Sape perintah johor. Umngok.

  19. Anonymous on

    Dah lama pas bantu palestine. Wakil pas serah duit kpd wakil palestine d masjidilharam. Umno laknatullah serah sikit heboh satu malaya.

  20. Anonymous on

    Mahathir jumpa pm israeil d paris apa hal.
    Zahid midi jumpa menteri pertahanan israeil apa hal.

  21. Anonymous on

    Sape bodoh kata pas cuma rujuk quran pasal hudud je.
    Kau nak pas kuasai teknologi macamana. PR bukan pemerintah malaysia. Itu semua kuasa kerajaan pusat.

  22. Rakyat Malaysia on

    Asal yang salah semua BN , habis kalau macam tu waktu parti BN berusaha untuk memerdekakan tanah air ini daripada penjajah adalah tindakannya yang salah lah ye . Kenapa sebuah pertubuhan bernama … tidak membantu merdekakan negara ..

  23. Rakyat Malaysia on

    Bukan sokong , tapi cuba pikirkan berapa ramai rakyat Malaysia yang bekerja dengan syarikat yg dikpromi oleh Yahudi . Klau kita asyik boikot ,boleh melemahkan ekonomi syarikat dan menyebabkan ramai yg hilang pekerjaan .. Lama2 ekonomi Malaysia yang lumpuh dan pernah terfikir tak Pihak Yahudi akan cuba untuk menakluk Malaysia disebabkan ekonomi kita lumpuh .

  24. Rakyat Malaysia 1 on

    Tahu x, ramai org Melayu kena keluar dari Bahagian pulau di Penang disebabkan oleh pemerintahan Dap .

  25. Anonymous on

    Semua nak membebaskan negara umno pas pkmm hizbul muslim hatta parti komunis. Inggeris pilih yg satu kepala. Umno.

  26. Anonymous on

    Ha ha ha..melayu dah merempat sekian lama bwh bn lagi sampai dr m wkt pi penang pernah buat statement..ehh melayu merempat rupanya..walau lama pegang kuasa

  27. SambalBelacan on

    Yaa!…jangan pandang jauh ke luar, pandang aje ke dalam negara…benar!…ramai melayu kena halau dari Penang…ini semua gara2 DAP…mereka ni pun boleh diketegorikan sebagai Yahudi versi cina…

  28. Anonymous on

    rezeki itu milik Allah bukan makhluk yg menentukan…selagi kita hidup di dunia ini pasti ada rezeki untuk kita sebagai makhluk Allah…ayuh kita berjihad….teruskan memboikot dengan ilmu bukan membuta tuli…

  29. Anonymous on

    rakyat Palestine guna produk Israel dsebabkn produk2 Israel je yg ade. Produk lain-lain negara dsekat masuk….Itu yg sy tahu

  30. Multi Lowya Marketing on

    Bagus pikiran ko, ekonomi akan lumpuh pasal boikot yang melemahkan ekonomi syarikat-syarikat israel, kihkihkihkih, takut kan? pasal ko pikir yang bagi rezeki ni israel bukan Allah, syabas…pemikiran berkelas dunia…

  31. Benok molek otak mu.

    Pernah terfikir tak macamana Jepun, Korea, China dan Taiwan yang banyak ada produk dan syarikat sendiri, tak lumpuh pun ekonomi malahan lebih maju dari kita.

    Contoh lain tengok di Kelantan, majoriti kedai dan peniaga adalah Melayu Tempatan, tak bangkrap ekonomi negeri Kelantan? Siap penuh gelang hingga ke lengan, rumah besar2.

    Otak anda terpenyek sebab letak di punggung.

  32. Multi Lowya Marketing on

    Merdeka pebenda kalau telur masing-masing dah kena pegang dengan British and USA…puih la …Wayang je diorang ni….Sama je la Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Arab yang lain…takde telur…kalau betul ada rasa semangat saudara Islam yang ditindas, aku rasa lama dah Kerajaan Malaysia ni jadi one man show bukan jadi negara berkecuali…ya, aku komen atas kapasiti aku sebagai keyboard warrior…hebat kan aku?

  33. Multi Lowya Marketing on

    Politician same je semua PR ke BN ke…memasing ada kepentingan, buto la kalau 100% ikhlas nak bantu rakyat…kalau betul baik diorg ni buat mcm Jose Mujica tu…Uruguay punye PM…tak makan duit banyak, makan gaji je, ni tak baik PR and BN agenda memasing nak penuhkan poket sendiri dulu baru pikir poket anak bini pastu sedara mara, sepupu sepapat,kawan baik,scandal…pastu baru la rakyat…bukan semua la tapi ramai hahahahahaha…best gak jadi keyboard warrior ni eh? rasa macam bagus je manjang hahahahahaha

  34. Multi Lowya Marketing on

    Wa setuju sangat dengan sandaran pada kisah ini…semoga menjadi panduan untuk kita di zaman fitnah ni….pada yang suka perli2 effort orang untuk boikot tu, korang baca kisah burung di zaman Nabi Ibrahim ni, paham kan betul2..pastu baru la korang taip kat komen ‘admin, mohon share’….

  35. Ismail Sulaiman on

    Ingatkah Hang Nadim seorang budak kecil yang pintar mengalahkan AKAL rajanya akhirnya menjadi musuh negara Dan dibunuh. Kerana kepintarannya. Begitu jua dunia hari INI. Kucing tidak mampu kalahkan Singa.

  36. aku dan keluargaku tetap akan memboikot barangan israel laknattullah.. kerana aku tahu rezeki itu dari Allah S.W.T. dan bukan dari makhlukNya.Allah pasti membantu hambaNya yang benar dan di pihak yang benar.

  37. Datu Nuar Berahi-m Kiram on

    I ada byk duit… antara akaun bank i.. ialah…

    3. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
    Post : Deputy Prime Minister
    Passport No. : D 283767 (M)
    Bank : Development Bank of Singapore
    Type of Account : Fixed Deposit
    2 years
    Account No : B 1712-341-619-C
    Amount : S $ 8,000,000.00
    Date of opening account : 29/06/97
    Date of Maturity : 29/06/99

    4. Name: Mr. Anwar bin Ibrahim
    Post : Deputy Prime Minister
    Passport No. : D 283767 (M)
    Bank : Bank of China
    Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
    3 years
    Account No : D 319-2218-512-J
    Amount : USD 3,500,000.00
    Date of opening account : 28/02/98
    Date of Maturity : 28/02/01

    6. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
    Post : Deputy Prime Minister
    Passport No. : D 283767 (M)
    Bank : Israeli National Bank
    Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
    2 years
    Account No : BD 5211-7925-8716-51 MA
    Amount : USD 6,500,000.00
    Date of opening account : 08/06/97
    Date of Maturity : 08/06/99

    (I ada lg beberapa akaun didlm bank ni dgn nilai antara 5j hingga 8juta USD)

    7. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
    Post : Deputy Prime Minister
    Passport No. : D 283767 (M)
    Bank : American Express Bank
    Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
    3 years
    Account No : E- 6654-662-719-M
    Amount : USD 5,000,000.00
    Date of opening account : 09/07/96
    Date of Maturity : 09/07/99

    wikileaks ni mmg suke bocorkn rahsia i la… camne nk saman wikileaks ni…
    *wikileaks u ulang i saman u

  38. Datu Nuar Berahi-m Kiram on

    mengunakn contoh negeri plg miskin dan kotor…
    ‘great’ lateral thinking!

  39. Datu Nuar Berahi-m Kiram on

    btol tu.. sptutnye die kna bg jwpan yg ‘menentang yahudi’
    contoh cam i buat…

    ‘.. i support all effort to protect the security of isreal..’

    then begegas menandatgni annapolis summit sbgai tnda sokongan x berbelah bagi mengishytihar ‘tanah suci’ isreal adalh berdaulat besma2 bekas ketua CIA

    tu bru tindakan dan jwpan ‘menentang’ yahudi…
    i mmg contoh teladan yg tebaek…

  40. SambalBelacan on

    Kalau macam tu…support duit salurkan ke Palestin…suruh Palestin beli senjata untuk menentang mempertahankan diri daripada keganasan Yahudi…barangkali Yahudi akan berfikir 2 kali kerana rakyat Palestin jugak ada senjata…bukannya main baling batu aje…kalau dengan batu, anjing pun x takut…

  41. Anonymous on

    Sudahle hentikanlah fitnah kau tu.
    Macamana plak ds anwar buka akaun kat israeil.

  42. Tetap boikot produk yahudi sebab akan ditanya di akhirat nanti..Apakah yang kamu buat demi membantu saudara2 seAgama mu?

  43. Sibuk2 boikot, bila Israel sodok rumah Arab Palestin dan buka penempatan haram Yahudi yang kerja di tapak pembinaan baru tu orang arab palestin juga. Lepas tu orang Melayu ni sibuk bagai melancong kat Palestin tu kononnya bukankah itu masuk Negara Israel, bantu sector pelancongan Israel sebenarnya? Matawang yang digunakan pun matawang Israel. Fikirlah.

  44. Bodohnya… Aku tak sokong mana-mana tapi cakap biarlah dengan fakta.

  45. Perlu faham… Boikot bukan maknanya kita tolak semua tetapi tolak produk yang mana kita mampu@ada alternatif. Perlu faham juga yang kita bukannya patut benci pada bangsa yahudi tetapi zionist yang merosakkan bumi. Ianya dua perkara berbeza, yahudi itu bangsa dan zionis itu ideologi politik. Dan zionis tidak semestinya yahudi, ada zionis yang bukan dalam kalangan yahudi.

    Sememangnya Malaysia dan Israel ada hubungan ekonomi secara tidak langsung. Contohnya dalam bidang elektronik seperti semiconductor. Tetapi nak buat macam mana sebab salah satu R&D (pusat kajian) Intel bertapak di Israel. Dan banyak processor contohnya intel core 2 duo yang dicipta di Israel. Manakala eksport terbesar di malaysia adalah semiconductor dan peralatan elektronik. (http://www.businessinsider.com/every-countrys-highest-valued-export-2014-5?IR=T&. Rujuk sini) Tetapi dasarnya apa? Malaysia tidak pernah menerima israel sebagai satu negara. Dan itu jelas. Perdagangan seperti di atas tidak boleh atau payah untuk dielakkan sebab ianya bukan syarikat israel tetapi syarikat US yang mempunyai cawangan di Israel.

    Pada masa sama ada produk yang boleh di boikot atau dielakkan seperti estee lauder, mcdonald, HP, Coca Cola, Danone, Starbucks, aplikasi Waze, Viber, Outbrain (Peniklanan).

  46. Van moytten on

    Now we can see the power of costumers, the power of people..lets boycott them forever..and nothing else matters..

  47. SambalBelacan on

    Habis tu kalau kerajaan hantar kau kat sana…kau nak ke pergi dengan air liur kau lawan Yahudi tu?…cakap tada selupa bikin…

  48. SambalBelacan on

    Alhamdulillah…yaa!…daripada kau beli mahal x seberapa tu…lebih baik kau beli ayam seekor, kau buatlah apa2 masakan…dan semua keluarga kau dapat makan puas…

    Bayangkanlah harga sepotong dua potong ayam goreng atau burger tu mencecah belasan ringgit…lebih baik beli ayam sekor…goreng sendiri…InsAllah, satu keluarga kenyang makan…

  49. SambalBelacan on

    Are you really honestly sure that you’re going to boycott all those things?…

  50. I believe you’re non-muslim because generalization of the name “ahmad” were mostly use by the non-muslim/malay to disguise as Muslim/malay. But if not well may Allah guide you to the right path.

    Whether true or not on your accusation of Palestinian Arabs were working in construction of illegal settlement doesn’t matter. What matter fundamentally is that the israeli wants to seize more lands and creates greater Israel. They were once control from golan height (still in possession) to sinai peninsula which clearly violates other sovereign nation.

    Second, Lets be honest Palestinian is not safe for their people let alone to have tourism industry. The Malays that you mention probably the aqsa sharif group who bring malaysian there and gives donation to the needy. Or probably Najib razak who once visited gaza?

    Hujah lawan hujah, shall we?

  51. kalau pak syekh tak jual minyak kat amerika dan israel.. ekonomi amerika pasti lumpuh. jet x bleh terbang, kapal perang xbleh belayar, keta tank xbleh meredah gaza. company dari negara pak syekh nie yg kita patut boikot. Kalau esok macD bankrup israel laknat tetap akan bom palestine.

    aku harap bila pak syekh nie mati, Allah bakar diorang nie semua pakai minyak yg diorang jual kat amerika n israel.

  52. mujibuddin on

    assalamualaikum..mengapa kita tkt akan lemahnya ekonomi negara kita???kita ada Allah..Allah yg akan menetukan semua tu..bkn kerajaan kita..kerajaan kita hanya berusaha saja..jgn la sampai kita jadi seperti kaum bani israel dizaman nabi musa..hanya tau Allah tu ada tp tk yakin dan beriman sepenuhnya kepada Allah…wallahu

  53. Salam saudara. Jangan doakan benda tak baik. Lebih elok doakan supaya “Pak Syeikh” diberi hidayah oleh Allah untuk kembali kepada Islam dan membantu saudara Islam kita di Palestin.

  54. aslamualaikum.saya sebagai rakyat malaysia setuju dengan boikot zoinis dan sekutunya..cuba anda bayangkanla rakyat GAZA TU ahli keluarga anda.ape anda rase.biar kite mati ekonomi jatuh.lebih baik duduk diam sahaja x berguna langsung..WAHAI RAKYAT MALAYSIA SEISLAM .MARILA KITA BOIKOT BARANG-BARANG LAKNAT YAHUDI INI.APE YANG KITE MAMPY KITE LAKUKAN.SEDIHLA UMAT ISLAM DILAKUKAN MACAM INI..YANG TAK NAK BOIKOT X PAYAHLA BISING2.rakyak malaysia nak membantu rakyat GAZA..ITULA YANG TERMAMPU..selabihnya kite berdoa agar ALLAH SWT membalas keatas mereka yang zalim..amin…

  55. Betul sangat tu….saya cuma jangkakan orang yang banyak komen ni patut duduk dengan Israel jer. Sebab hati-hati seperti itu tiada nilaian kemanusiaan. Patut di transfer kewarganegaraannya. Agaknya orang orang yang selalu komen dan kondem orang Palestin ni dah jadi murtad atau munafik.

  56. Pas sendiri minta derma nk tampung party, byk plx duit nk derma KT Gaza?

  57. Ye la. Pas nk join ng indon nk perang. Manager org putih nk. Dy org dh lama perang tk per. Org melayu tk suka perang ag pun masa Tue dh pertengahan abad 20. Dh moden org melayu pon ramai yterpelajar. Zaman 30an dh terpelajar skg abad21 dh bengap balik ka?

  58. CADBURY BUATAN MALAYSIA HALAL TP TK TAWU LA PASARAYA MANA AMEK CADBURY DRI THAILAND JUAL KT PASARAYA MALAYSIA……

  59. Klau ko kata pas buta huruf ja…ko p tgk selidik negeri yg dikatakn miskin..org2 die semua temptan yg berniaga..buat produk sendri..tu bukan muamalat ke..aku tau la ko tu dh biasa ngn barangn yahudi..sama la ngn aku..klau ko jadi bapak..ko xbg sesen pun kat anak2 ko..cmna depa nk develop hidup depa…andai kewgn itu yg mmpu..diorg develop setakat yg mmpu..tpi kat kelantan..diorg blh develop mcm2 walaupn dikira negeri termiskin kononnya..sbb rezeki bukan di tgn kerajaan..

  60. Serender je lah………semua yg kita gunakan setiap hari adalah produk yahudi. Saya pakai laptop acer dengan prosesor INTEL produk yahudi. Hanpon touchscreen kegilaan ramai semuanya pakai prosesor INTEL produk yahudi kecuali barangan tiruan dari china. Mana nak pergi beb……..NESTLE maggi,coklat tapi terutama susu bayi sudah jadi trend kaum ibu sedunia. Mana nak pergi beb……
    MOTOROLA radio produk yahudi dipakai oleh PDRM seluruh Malaysia. Dan banyak lagi………….

  61. Boikot dengan kata kata pun tak pe lah…..
    Tapi pakai juga barangan tu setiap hari. Hu hu ha ha

Leave A Reply