Sejarah Bank Negara BNM OPR Malaysia Naik Turun. Apa Ulasan Kali Ini? Ramalan Akan Datang?

Sejarah Bank Negara BNM OPR Malaysia Naik Turun. Apa Ulasan Kali Ini? Ramalan Akan Datang?

Tiada siapa yang ada bola kristal yang boleh memberikan ramalan secara tepat apa tindakan yang diambil oleh Bank Negara Malaysia BNM bagi dasar monetari negara samada BNM OPR naik atau turun.

bnm opr

Masakan tidak, tindakan BNM turun Bank Negara OPR telah mengejutkan penganalisis ekonomi Malaysia dan juga pakar ekonomi luar juga. Lain yang mereka jangkakan, lain pula yang berlaku.

Ini kerana ramai melihatkan tindakan Bank Negara Malaysia pada masa itu adalah langkah awal bagi mengekang kesan besar disebalik isu Brexit yang melihat Britain telah bertindak drastik keluar dari Kesatuan Eropah EU.

Dan semalam baru sahaja, BNM umumkan yang mana OPR Malaysia kekal. Walaubagaimanapun, pakar ekonomi menjangkakan BNM OPR Malaysia akan turun sekali lagi pada mesyuarat dasar monetari pada November 2016 ini. Samada betul atau tidak, sama-sama kita nantikan.

Sejarah Bank Negara BNM OPR Malaysia Dari 2010 Hingga 2016

Tahun Kadar Faedah Semalaman OPR Status
Mac 2010 2.25 Naik
Mei 2010 2.50 Naik
Julai 2010 2.75 Naik
Mei 2011 3.00 Naik
Julai 2014 3.25 Naik
Julai 2016 3.00 Turun
September 2016 3.00 Kekal
November 2016 Nantikan Nantikan

Berita Semasa kongsikan alasan dan analisa yang mereka campakkan kepada anda semua punca kenapa dan sebab Bank negara BNM OPR Malaysia turun dalam masa terdekat ini.

No. Nama Pakar Ekonomi Jawatan Syarikat/Agensi Huraiannya
1. Lim Su Sian Ahli Ekonomi HSBC Bank Ekonomi Malaysia bergerak perlahan pada ketika ini; termasuk juga pertumbuhan pinjaman walaupun inflasi Malaysia masih lagi rendah. Katanya lagi melihatkan situasi sekarang; pemotongan tidak boleh dielakkan jikalau pada mesyuarat Julai 2016 tidak dilakukan
2. Dr Kamarudin Mohd Nor Ketua Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Melihatkan statistik data termasuk Pertumbuhan ekonomi yang serdahana; kadar pengangguran; perbelanjaan kerajaan Malaysia; jumlah simpanan atau deposit; nilai pelaburan yang mula menurun. Selain itu; nilai ringgit Malaysia yang lemah juga antara faktor. Tidak cukup dengan itu ekonomi dunia yang lemah beri kesan kepada Malaysia.
3. Datuk Dr Nazri Khan Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank Tindakan umum Bank negara OPR Malaysia adalah bertujuan untuk rangsang kembali ekonomi Malaysia sepertimana mana dilakukan oleh bank pusat yang lain
5. Tamara henderson Pakar Ekonomi Bloomberg Beliau jangka ekonomi Malaysia akan berada pada kadar 4 peratus sahaja tahun ini; paling lemah sejak tahun 2002. Dan; Malaysia satu-satunya negara dalam Asean yang mengalami penurunan dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku kedua tahun 2016 ini di mana ekonomi Singapore stabil; manakala ekonomi negara ASEAN lain semakin menguat

 

Pakar ekonomi dalam dan luar mengatakan tiada alasan lagi Bank Negara Malaysia BNM untuk menunggu terlalu lama bertindak, tetapi kuasa dasar monetari di tangan mereka sekarang.