Bitcoin Malaysia : Apa Pandangan Bank Negara dan Hukum Ahli Agama

Bitcoin Malaysia : Apa Pandangan Bank Negara dan Hukum Ahli Agama

Hari ini sana sini orang bercakap mengenai Bitcoin. Persoalan wujudkah bitcoin Malaysia?

bitcoin malaysia

Nilai bitcoin dikatakan terus melonjak tinggi, apa yang dikatakan ramai pelabur di luar sana sebagai matawang digital paling bernilai di dunia hari ini. Benarkah? Persoalannya apa hukum beli bitcoin Malaysia?

Apa pandangan dan kenyataan Bank Negara mengenai pelaburan bitcoin di Malaysia?

Apa itu Bitcoin?

  1. Ia merupakan matawang digital
  2. Diasaskan oleh Satoshi Nakamoto sekitar Januari 2009
  3. Perbezaan bitcoin dengan matawang digital yang lain adalah nilai yang ada boleh ditukarkan dengan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan

Kenyataan Bank Negara Malaysia BNm Mengenai Bitocin Malaysia?

Bank Negara mengingatkan sekali lagi kepada semua pelabur di Malaysia supaya mengambil peringatan dan kenyataan mereka secara serius. Bank Negara tidak sesekali mengiktiraf bitcoin Malaysia yang merupakan adik beradik kepada ‘cryptocurrency’ sebagai bukan satu kaedah pembayaran yang diiktiraf dan sah di Malaysia.

Jadi mana-mana aktiviti pembayaran yang menggunakan bitcoin boleh dicaj di bawah UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 613. Akta Pencegahan Pengubahan. Wang Haram, Pencegahan. Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. Dipendekkan cerita, matawang digital seperti ini, ianya dalah haram dan tidak sah di Malaysia.

Oleh itu sebarang kerugian dan keruntuhan matawang digital ini, sama sekali tidak dilindungi Bank negara Malaysia

Negara Manakah Yang Mengiktiraf Bitcoin?

Berdasarkan semakan Berita Semasa, Jepun adalah satu-satunya negara mengiktiktiraf secara pelaburan Bitcoin.

Persoalannya Apa Hukum Bitcoin Malaysia?

Ini berdasarkan pandangan Ustaz Dr Zaharuddin

HARUS dengan syarat :

  1. Anda beli bitcoin Malaysia dengan tujuan untuk simpan nilai
  2. Anda gunakan matawang digital ini dengan harapan dapat beli sesuatu barang atau mendapatkan perkhidmatan dengan nilai yang sebenar

ANDA DITEGAH terlibat dengan BItcoin jikalau :

  1. anda mahu terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram
  2. anda terlibat dengan skim cepat kaya atau mana-mana program yang menipu menggunakan matawang digital ini

P/S : Nasihat Berita Semasa jikalau benarlah anda ada sedikit duit lebihan untuk dilaburkan, laburlah contohnya Tabung haji dan ASB yang jadu lebih selamat dan berbaloi