≡ Menu

Biodata Zamani Slam. Penyanyi Zamani Jadi Penagih dan Hisap Dadah Sejak 10 Tahun Lalu

Biodata Zamani Slam. Penyanyi Zamani Jadi Penagih dan Hisap Dadah Sejak 10 Tahun Lalu

biodata zamani slam

Sebelum ini sudah ada gosip artis yang melibatkan penyanyi lagenda Malaysia, Zamani Slam yang mengatakan ada mengambil barang terlarang seperti najis dadah selepas melihat  tubuh badannya kelihatan susut mendadak dan kurus melidi pada hari ini.

Tiba-tiba negara dan dunia hiburan di malaysia digemparkan dengan berita Zamani Slam telah ditangkap kerana menjadi penagih dan hisap dadah.

Mengejutkan lagi apabila beliau telah menjadi penagih sejak 10 tahun lalu. Satu tempoh yang cukup lama.

Tetapi mengapa dan kenapa beliau bertindak begitu? Apa punca Zamani Salam menjadi penagih dadah?

Kes Zamani Slam Ditangkap Dadah : Penagih & Hisap Dadah Sejak 10 Tahun lalu

Tetapi itu bukanlah lesen untuk anggota polis dan individu lain yang terbabit bertindak sesuka hati dengan memaksa penyanyi kumpulan Slam itu menyanyi dalam keadaan tangan bergari dan menyebarkan pula video tersebut kepada umum termasuk di Youtube dan facebook.

Walaubagaimanapun, beliau yang ditahan di Ibu pejabat Polis daerah (IPD) Ampang Jaya telah pun memaafkan si pelakunya, selepas video zamani Slam menyanyi dalam keadaan tangan bergari tersebar luas di media sosial seperti Facebook dan Youtube.

Beliau juga berharap agar video yang menunjukkannya menyanyi Gerimis Mengundang dalam keadaan tangan bergari dipadam serta-serta. Kerjasama anda semau amat dihargai.

Semoga beliau terus bangkit daripada najis dadah ini daripada terus memakan diri. insyaallah. Amin.