Biodata Zahirah Wilson Pelakon Drama Mencintaimu TV3
Nama pelakon ini kian melonjak naik selepas membintangi drama slot akasia terbaru TV3 iaitu Mencintaimu. Drama Mencintaimu ini ternyata telah menarik minat ramai para peminat lama dan baru serta pencinta drama Melayu yang terus mengikuti drama terbaru di slot Akasia TV3 khususnya.
Sebenarnya, ramai yang sama sekali tidak sangka yang mana pelakon kacukan ini walaupun baru sahaja berumur 20 tahun tetapi mampu membawa watak yang diberikan begitu baik sekali.
Dan yang paling penting Zahirah Wilson mempunyai biodata yang boleh dibanggakan apabila disingkap latarbelakang pendidikan yang sedang diikutinya sekarang ini iaitu Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Curtin, Australia.
Bersama-sama ini, Berita Semasa ingin kongsikan kepada anda biodata Zahirah Wilson pelakon Drama Mencintaimu TV3
Biodata Zahirah Wilson Pelakon Drama Mencintaimu TV3
- Nama Sebenar : Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson
- Nama Samaran : Zahirah Wilson
- Umur : 20 tahun ( 2015 )
- Tempat Lahir : Kuala Lumpur
- Pekerjaan: Model, Pelakon
- Bangsa : Kacukan Australia – Melayu
- Agama : Islam
- Pendidikan : Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Curtin, Australia
- Instagram Zahirah Wilson : instagram.com/zahirahmacwilson
- Twitter Zahirah Wilson : twitter.com/zahirahmac
- Drama Lakonan Zahirah Wilson : Tanah Kubur, Generasi Dunia Baru, Hidayahmu Ramadan, Mr London Ms Langkawi, Mencintaimu (yang terbaru 2015)
P/S : Honestly Zahirah Wilson boleh menggilap lagi bakat lakonannya jika pengarah drama dan filem di luar sana memberi lebih peluang kepada pelakon muda yang semakin popular ini.
Lagi Gambar Zahirah Wilson yang terkini boleh anda semak di bawah ini koleksinya?