Biodata Zahid Hamidi : Kalau Tak Suka Politik Malaysia Sila Keluar

Biodata Zahid Hamidi : Kalau Tak Suka Politik Malaysia, Keluar!! (5.6 Juta Rakyat Malaysia Dikenalpasti)!

Listen! Listen! Listen! Berita Semasa sebenarnya agak terkejut kata-kata seperti tajuk di atas keluar daripada seorang yang bergelar menteri penuh.

biodata zahid hamidi

Mengapa dan kenapa Zahid Hamidi tiba-tiba menjadi garang sebegini rupa? Cuba maklumkan kepada Rakyat Malaysia mungkin kalau rakyat Malaysia terlepas pandang, kepada Zahid Hamidi :

  • Di mana silap & kesalahan jikalau ada kalangan rakyat Malaysia mempersoal dan menuntut pelaksanaan sistem pilihan raya yang sedia ada sekaranga
  • Adakah perlembagaan negara kita menghalangnya rakyat Malaysia berbuat demikian?
  • Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan. Jadi, di mana silapnya?
  • Di mana klausa perlembagaan Malaysia yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik. Di mana? Mungkin kami terlepas pandang.

Selama ini, negara Malaysia dicanang selama ini sebagai sebuah negara demokrasi. Jadi, berdemokrasilah secara jujur. Malaysia adalah milik kita semua, bukannya milik orang-orang atas. Janganlah hanya kerana berbeza ideologi politik semata, kita semua bertelingkah dengan cara sebegini rupa. Hentikanlah….

Inilah masanya untuk Zahid Hamidi tumpukan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, sosial dalam negara dan mendengar permasalah serta tuntutan rakyat Malaysia berbanding menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan idelogi politik yang pelbagai. Kata-kata seperti “kalau tidak suka, sila keluar dari Malaysia” tidak sepatutnya keluar mulut pemimpin yang bergelar Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kalau begitu cara menanganinya, senanglah tugas bergelar menteri nampak gayanya.

“Kalau berasa sukar untuk menangani tuntutan rakyat Malaysia yang pelbagai, usahlah jadi menteri. Mengapa susah-susahkan diri andai anda berasa sukar untuk menangani dan tidak menjumpai formula untuk menyelesaikannya”

Dalam pada masa kerajaan berusaha keras untuk menarik kembali kepakaran rakyat Malaysia yang sedang bekerja di perantauan di bawah usaha TelentCorp tetapi dalam pada masa sama kita begitu mudah untuk melepaskan rakyat Malaysia yang sudah sedia ada setia untuk berkhidmat dan menabur bakti di dalam negara. Bukankah itu, perbuatan yang sia-sia. Nah….sekarang, namakan satu dua individu yang bernama besar yang bersetuju untuk kembali ke Malaysia sepanjang program Talent Corp selama ini?

Dan tanya kepada diri sendiri mengapa tenaga pakar & tokoh pemikir seperti Tan Sri Hassan Marican telah dibiarkan terlepas begitu sahaja dan memberikan khidmat di sebuah negara yang dicanang selama ini sebuah negara yang rasis, tidak suka Melayu, anti Islam dan pelbagai lagi. Terbaru beliau diberikan pula, jawatan sebagai pengerusi Pavilion Energy Pte (anak syarikat tenaga baru di bawah Temasek Holdings yang menguruskan pelaburan Singapura).

Ingatlah menteri, bukan sahaja kepada Zahid Hamidi tetapi kepada semua. Kami tinggalkan sedikit puisi untuk ingatan bersama :

  • rezeki jawatan Allah memberi
  • baru sepekan dalam genggaman
  • kalimat dan langkah perlu cermati
  • jangan langkah hilang pedoman

Walaaubagaimanapun kami yakin dan percaya Zahid Hamidi akan menjadi lebih baik berbanding Menteri Dalam Negeri sebelum ini, Hishamuddin. termasuklah arahannya membabitkan isu Lahad Datu. Dengan syarat, jadilah seorang menteri yang berkhidmat untuk negara, rakyat malaysia, bukannya kepada “parti politik” semata. Rakyat Malaysia sedang menilai prestasi anda ketika ini…..