≡ Menu

Biodata Syafiq Kyle : Bercinta Dengan Mimi Lana


Biodata Syafiq Kyle. Bercinta Dengan Mimi Lana

Dahulu beliau mula dikenali dengan drama Tanah Kubur bersama-sama Nasir Bilal Khan.

biodata syafiq kyle

Masakan tidak program Tanah Kubur di Astro Oasis mempunyai peminat dan penonton yang cukup ramai setiap kali keudara.

Episod demi episod telah mengangkat nama beliau sehingga tawaran drama datang bertalu-talu untuk beliau lakonkan.

Terkini beliau bersama pelakon cantik Hannah Delisha telah menjayakan drama Mencintaimu Mr Photographer. Chemistry yang ada di antara lakonannya dengan Hannah Delisha sehingga ramai beranggapan yang mereka ini sedang dilamun cinta. Sehinggakan ada yang mahukan mereka bedua bercinta sama. Sampai begitu sekali.

Dahulu Syafiq Kyle ada kekasih dan pernah bercinta dengan kakak kepada Nelydia Senrose iaitu Uqasha Senrose. Selain itu beliau juga mempunyai perasaan cinta terhadap Mimi Lana.

Semak Biodata Syafiq Kyle dan Profil Terbaru

Nama Penuh : Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak
Umur : 25 tahun pada artikel ini dikemaskinikan
Tarikh Lahir : 24 Jun 1992
Tempat Asal : Asal negeri Kuala Lumpur
Alamat Rumah : Akan dikemaskinikan
Adik beradik : Beliau di nombor dua dari 3 beradik
Tinggi : 1.75 m

Sekolah Rendah : Akan dikemaskinikan
Sekolah Menengah : Akan dikemaskinikan
Pengajian Tinggi : Diploma Filem Teater, Filem, Animasi di Universiti Teknologi MARA (UITM)

  • Instagram : https://www.instagram.com/syafiqkylez
  • Facebook : https://www.facebook.com/isyafiqkyleofficial
  • Twitter : https://twitter.com/isyafiqkyle

Senarai Drama Popular : Kampung Girl, Mencintaimu Mr Photographer, Suamiku Paling Sweet, Oh My English, Dhia Sofea
Senarai Filem Popular : Langsuir dan alih bahasa bagi Filem Transformers : Age of Extinction
Senarai Anugerah yang diterimanya :

  1. Tempat kedua Hero Remaja
  2. Artis Baharu Anugerah Meletop
  3. Pelakon Lelaki Terbaik bagi Anugerah Lawak Warna
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik bagi Anugerah Skrin
  5. Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah ABPBH

P/S : Adakah anda merasa yang beliau ini popular?

PP/S : Hajat Syafiq Kyle mahu berlakon sama dengan pelakon hebat seperti Eman Manan dan juga Remy Ishak. Sama-sama kita doakan agar hasrat beliau berjaya.

Di bawah ini ada kelibat Syafiq Kyle dan Hannah Delisha apabila dipanggil dalam satu program Meletop. Sangat sweet dan meriah.