Biodata Sultan Muhammad V Sultan Kelantan. Yang Dipertuan Agong YDPA ke 15
Inilah satu-satunya raja dan Sultan yang mahu menukarkan istilah Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar. Dengan harapan yang melafazkannya dapat pahala.

Menukarkan kelaziman yang selama ini digunakan rakyat Malaysia kepada Sultan dan Raja di malaysia
Melihatkan gambar-gambar yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini Sultan Muhammad V adalah sultan yang sangat-sangat berjiwa rakyat. Tidak menunjuk-nunjuk tetapi tingkah laku sahaja sudah melambangkan peribadi mulia baginda walaupun baginda memegang status tertinggi.
Sangat sempoi. Bersahaja sahaja turun pandang berjumpa dengan masyarakat termasuk di masjid termasuklah ketika terlibat sama dalam acara korban dan menurunkan jenazah baru-baru ini
Yang terkini Sultan Muhammad yang merupakan Sultan Kelantan akan menjadi Yang Dipertuan Agong seterusnya iaitu yang ke 15 mengantikan Sultan Abdul Halim untuk 5 tahun berikutnya bermula 13 Disember 2016 ini.
Tahniah Berita Semasa ucapkan Allahu Akbar, Tuanku. Kepada yang mahu datang ke Kelantan, boleh singgah tempat menarik di melaka.
Profil Sultan Muhammad V Biodata Terkini?
Butiran lengkap ada di bawah ini :
Nama Penuh Baru : Sultan Muhammad V
Nama Asal : Tengku Muhammad Faris Petra
Kedudukan : Sultan Kelantan dan Yang Dipertuan Agong YDPA ke 15
Tarikh Lahir : 6 Oktober 1969
Tempat lahir : Kota Bharu Kelantan
Umur : 47 tahun (Tahun 2016)
Nama Ayahanda : Sultan Ismail Petra
Nama Ibunda : Tengku Anis Tengku Abdul Hamid
Bekas Isteri : Tengku Zubaidah Tengku Norudin (bercerai)
Nama Anak : Akan dikemaskinikan
Senarai Adinda :
- Tengku Muhammad Faiz Petra
- Tengku Muhammad Fakhry Petra
- Tengku Amalin A’ishah Putri
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Warganegara : Malaysia
Sekolah Rendah : Sekolah Sultan Ismail I
Sekolah Menengah : Sekolah antarabangsa Alice Smith, Kuala Lumpur
Pengajian Tinggi :
- Oakham School Rutland, England
- St. Cross College, Oxford (Kajian Diplomatik)
- Oxford Centre (pengajian Islam)
Hobi :
- ekspedisi kenderaan pacuan empat roda
- kejohanan kuda lasak
- sukan memanah
- boling
- memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.
Gambar kelibat Sultan Muhammad V yang sempat dirakan lensa kamera…
P/S : Berita Semasa doakan agar baginda sultan bertemu jodoh dan kahwin dengan isteri yang dicintai sekaligus bergelar Pemaisuri Agong. Insyaallah. Aamin.