Biodata Sharifah Zohra Jabeen Maafkan KS Bawani & Anda Semua! : Isu LISTEN! LISTEN! LISTEN!
LISTEN! LISTEN! LISTEN! Akhirnya Sharifah Zohra Jabeen tampil memberikan kenyataan rasmi sesudah lebih kurang seminggu Isu Listen melibatkan Sharifah Zohra Jabeen VS KS Bawani semasa berlangsung Forum Suara Mahasiswa di UUM ini bertebaran di Internet tidak kira di Facebook, Twitter, Youtube, blog
Macam-macam versi yang keluar. Yang menariknya….
Sharifah Zohra Jabeen berbesar hati memaafkan KS Bawani dan anda-anda semua yang kata-kata macam ke atasnya sebelum, semasa dan selepas Forum Suara Mahasiswa di UUM.
Tanpa perlu anda memintanya, Sharifah Listen! Listen! Listen! lebih gemar dan sedia memaafkan anda semua. Adakah ini bermakna apa yang dikatakan & pandangan oleh Dr. Asri, Datuk Saifuddin Abdullah, Ustaz Saiful Islam, Profesor Agus Yusoff, Khairy Jamaluddin tidak betul disebalik isu ini tidak benar sama sekali?
Sehinggakan UUM yang memaksa sebahagian besar pelajar UUM untuk menghadiri program yang dihadiri Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) pun tidak mahu mengakui ada kaitan dengan Sharifah Zohra Jabeen. Tetapi, hakikatnya Sharifah Zohra Jabeen hanya mahu meminta maaf kepada UUM sahaja.
“Saya dengan ini mohon maaf kepada UUM kerana perkara ini benar-benar berada di luar kawalan saya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikannya sebagai sesuatu yang dianggap malapetaka,” katanya.
Isu Listen Listen Listen : Video Kenyataan Sharifah Zohra Jabeen
Walaubagaimanapun, Sharifah Zohra Jabeen agak kesal dengan anda semua kerana cuba mensensasikan isu Listen! Listen! Listen!
“Tindakan individu tertentu ini berjaya mewujudkan ‘tsunami fenomena listen’ menjadi lebih beremosi dan serius hingga menimbulkan kebencian di kalangan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia terhadap saya tanpa alasan yang kukuh,” katanya.
Teruk juga katanya serangan yang diterima Sharifah Zohra Jabeen disebalik isu ini. Sehinggakan katanya kena ugut, pejabatnya diserang dan macam-macam lagi. Jadi maknanya di sini, Sharifah Zohra Jabeen tidak melakukan kesilapan & beliau juga tidak bersalah dalam isu ini. yang bersalahnya siapa? KS Bawani & anda, anda semua yang terlibat mensensasikan isu Sharifah Listen Listen Listen ini.
P/S : Walaubagaimanapun Sharifah Zohra Jabeen sudah memaafkan anda semua. Apa kata anda pula?