≡ Menu

Biodata Shafie Afdal. Dakwaan Saya Beri RM1.4 Juta Selama 4 Bulan TIDAK BENAR!!

Shafie Afdal VS Zahida Rafik. Dakwaan Saya Beri RM1.4 Juta Selama 4 Bulan TIDAK BENAR!!

biodata shafie afdalDengan hanya menjawat jawatan sebagai menteri dan juga ahli parlimen, adalah tidak boleh diterima akal seseorang menteri boleh mampu memberikan wang sebanyak RM1.5 juta untuk selama 4 bulan sahaja semata-mata menyara seorang yang bernama “wanita”.

Satu angka dan jumlah yang tidak sepadan dengan gaji dan elaun seorang menteri dan ahli parlimen.

Tetapi, inilah dakwaan terbaru yang sedang dihadapi oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal yang dikaikan dengan skandal seorang artis Malaysia, Zahida Rafik

Bukan statusnya hubungan yang menjadi pertikaian bagi kami ketika ini, tetapi persoalan yang berlegar dikalangan rakyat Malaysia sekarang ini, adalah berdasarkan kebenaran disebalik transaksi yang berjumlah besar melibatkan tokoh politik negara Shafie Afdal VS Zahida Rafik melalui laporan polis yang dibuat oleh pemandu peribadi Zahida Rafi sendiri.

Kronologi Dakwaan Bekas Pemandu Zahida Rafik – Noor Azman Azemi, 38

  • Pada mulanya Zahida Rafik menggemparkan negara dengan laporan berita pada 3 Mac 2012 yang mengatakan wang sejumlah RM200,000 milik Zahida Rafik dicuri oleh pemandu peribadinya Noor Azman Azem
  • Noor Azman Azemi kemudiannya membuat laporan polis pada 13  Mac 2012 (melibatkan skandal Shafie Afdal dengan Zahida Rafik)
  • Noor Azman Azemi ditugaskan oleh Datuk Seri Shafie Afdal untuk memantau pergerakan Zahida Rafik selama ini
  • Setiap kali perjumpaan dengan Zahida Rafik, Noor Azman Azemi mendakwa Shafie Afdal akan memberikan antara RM100,000 hingga RM200,000
  • Wang tersebut akan dibawa oleh Noor Azman Azemi untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang
  • Pada tarikh 29 Februari 2012, Noor Azman Azemi tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.
  • Noor Azman Azemi hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida
  • Noor Azman Azemi mendapati terdapat beberapa transaksi yang dilakukan oleh Shafie Afdal kepada Zahida Rafik di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
  • Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000.
  • Pada Januari 2012 pula sebanyak RM510,000. Dan jumlah kesemuanya dianggarkan sejumlah RM1.4 juta dalam masa empat bulan diberikan menteri, Shafie Afdal secara tunai kepada artis Malaysia ini, Zahida Rafik

Surat Shafie Afdal : Dakwaan Laporan Tidak Benar

Dan…..Datuk Seri Shafie Afdal telah tampil akhirnya dalam siaran akhbar yang diadakan baru-baru ini dengan menidakkan semua dakwaan yang dilemparkan ke atasnya.

P/S : Bagi kami seseorang itu tidak sepatutnya dihukum hanya berdasarkan laporan polis. Situasi yang sama juga pernah dihadapi oleh beberapa pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk juga pemimpin kerajaan sebelum ini, semuanya hanya dakwaan berdasarkan laporan polis dan terus “dihukum” oleh rakyat Malaysia.

PP/S : Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika ia turut disusuli dengan tindakan undang-undang supaya isu dan kes ini dapat dibicarakan di pentas yang lebih adil supaya dapat mencapai kebenaran yang sebenar dan dapat juga mengelakkan isu ini terus menjadi mangsa spekulasi orang ramai. Yang A kata B, yang B teka A. Tak selesai masalah…