≡ Menu

Biodata Rafizi Ramli PKR Ahli Parlimen Pandan



(Kemaskini terkini pada: Jul 18, 2017)

Biodata Rafizi Ramli PKR Ahli Parlimen Pandan

Ramai yang takjub melihatkan perjalanan karier dan biodata Rafizi Ramli.

biodata rafizi ramli

Daripada latar belakang pendidikannya sehinggalah keberanian Rafizi Ramli menggasak kerajaan Malaysia apabila acapkali mendedahkan pelbagai skandal yang menyelubungi kerajaan Malaysia.

Rafizi Ramli antara kalangan pemimpin politik dilihat mempunyai laluan yang cukup cerah untuk menjadi figura politik yang patut diberikan perhatian.

Ada juga yang mengatakan yang beliau ada peluang cerah menjadi bakal Perdana Menteri Malaysia. Mengapa? Nah….Berita Semasa kongsikan butiran biodata Rafizi Ramli seperti di bawah ini :

Biodata Rafizi Ramli PKR – Ahli Parlimen Pandan

  • Nama Penuh : Mohd Rafizi Bin Ramli
  • Nama Popular : Rafizi Ramli
  • Tarikh Lahir: 14 September 1977
  • Tempat Lahir: Besut, Terengganu
  • Umur : 37 Tahun (2015)
  • Blog Rafizi Ramli : rafiziramli.com
  • Parti Politik : Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  • Ahli Parlimen : Parlimen Pandan
  • Jawatan Politik : Naib Presiden, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Media Sosial
  • Facebook Rafizi : twitter.com/rafiziramli
  • Twitter Rafizi : facebook.com/rafiziramli.keadilan
  • Instagram : instagram.com/rafiziramli
Pendidikan
  • Sekolah Rendah : Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)
  • Sekolah Menengah : MCKK Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
  • Pendidikan Tinggi : A Level di Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996), Leeds University (1996 – 1999),
Sejarah Kerjaya
  • firma Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003). ahli Institute of Chartered
  • Accountants in England and Wales (ICAEW) pada 2003
  • Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003
  • Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant Petronas / MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)
  • Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia).
  • Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa) di Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)
  • Pengurus besar di Pharmaniaga Berhad (2009)
  • Ketua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – 2012)
Anugerah Rafizi Ramli
  1. Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan
  2. Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
  3. Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
  4. Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
  5. Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
  6. Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
  7. Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
  8. Presiden, Badan Revolusi Agama
  9. Presiden, Pancaragam Tentera
  10. Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
  11. Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
  12. Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
  13. Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
  14. Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
  15. Orkestra Morrison’s Academy
  16. Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
  17. Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
  18. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

Pada ketika biodata Rafizi Ramli ini ditulis, Berita Semasa telah difahamkan yang mana beliau dikatakan sedang sibuk mengikuti program pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi.

Tahniah pihak Berita Semasa ucapkan. Walaupun dilihat sibuk memantau secara dekat perkembangan isu-isu melibatkan negara dan parlimen yang dimenanginya sebelum ini, masih ada masa dan terus mencari peluang untuk menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.  Walauapapun, kami ucapkan semoga berjaya kepada beliau.

Biodata Rafizi Ramli, bagi kami cukup hebat yang boleh berikan inpirasi kepada anak muda di luar sana.

Selain daripada biodata Rafizi Ramli PKr, disertakan kepada anda kereta apa yang dimiliki, rumah, duit simpanan dan pelaburannya di KWSP, Tabung Haji, ASB, CIMB yang boleh anda semak satu persatu di bawah ini :

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Biodata Adam Adli : Kes Turun Bendera Datuk Najib Razak di PWTC Biodata Adam Adli : Kes Turun Bendera Datuk Najib Razak di PWTC Sejarah sudah membuktikan kuasa dikalangan mahasiswa mempunyai pengaruh yang cukup kuat sehingga mampu mengurangkan majoriti kerajaan d...

0 Komen Bernas di Berita Semasa… add one

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini