Biodata Nik Aziz. Berita Pemergian Tokoh Politik, Dunia Islam di Kelantan, Malaysia!

Biodata Nik Aziz. Berita Pemergian Tokoh Politik, Dunia Islam di Kelantan, Malaysia!

biodata nik azizInnalilahi wainna ilaihi rojiun. Berita terkini melibatkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sahaja beliau beransur pulih daripada masalah kesihatannya sebelum ini, apabila disahkan Nik Aziz meninggal dunia tepat jam 9.45 malam tadi di rumah kediamannya di Pulau Melaka Kota Bahru Kelantan.

Nik Aziz berada di Hopital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 19 Januari 2014 yang lalu dek kerana menghidap penyakit kanser prostat. Berita Semasa difahamkan selepas sahaja berita Nik Aziz meninggal dunia tersebar orang ramai, kenalan politik mula membanjiri kediaman sejak 10 malam tadi.

Solat jenazah Nik Aziz akan dilakukan pada 10 pagi ini (hari Jumaat) 13 Februari 2015 di masjid Tok Guru, Pulau Melaka Kelantan

Salam takziah kepada keluarga tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah disebalik berita Nik Aziz meninggal dunia pada malam Jumaat tadi. Al-Fatihah.

Semak Biodata Nik Aziz. Kehilangan Besar Buat Malaysia

Nama Penuh : Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Tarikh lahir : 10 Januari 1931
Tempat Lahir : Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu
Nama Bapa : Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar
Nama Ibu : Akan dikemaskinikan
Nama Isteri : Tuan Sabariah binti Tuan Ishak
Adik beradik : Akan dikemaskinikan
Tarikh meninggal dunia : 12 Februari 2015

Facebook : Akan dikemaskinikan
Twitter : Akan dikemaskinikan
Instagram : Akan dikemaskinikan
Blog : Akan dikemaskinikan

Bahasa : Bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Bangsa : Melayu
Parti : Parti Islam Semalaysia (PAS)

  • Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan
  • Sekolah Menengah : Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan dan Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
  • Pengajian Tinggi : Universiti Deoband India, Universiti Lahore Pakistan, Universiti al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab), Universiti al-Azhar Mesir (Sarjana Perundangan Islam)
  • Kerjaya : Ahli politik dan bekas Menteri besar Kelantan

P/S : Pemergian Nik Aziz Nik Mat satu kehilangan besar bukan sahaja peringkat tempatan, nasional dan juga dunia Islam.