Biodata Nedim Nazri. Rumah Banglo Mewah RM7.242 Juta? Kerja? Pegawai Khas Kementerian Pelancongan? Bisnes?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Biodata Nedim Nazri. Rumah Banglo Mewah RM7.242 Juta? Kerja? Pegawai Khas Kementerian Pelancongan? Bisnes?

Senang atau tidak bergelar pemimpin?

nedim nazri

Susah, kena “melabur”, kena yakinkan rakyat Malaysia, bersusah payah berkempen, mesti menjawab persoalan rakyat Malaysia lebih-lebih persoalan yang membabitkan keraguan perbelanjaan yang telus melibatkan duit rakyat Malaysia dan lain-lain.

Nah…inilah antara harga yang perlu dibayar apabila bercita-cita bergelar pemimpin.

Sekali lagi nama anak Nazri Aziz Nedim Nazri Aziz “bergema” apabila sebelum ini isu pelantikkan anaknya mendapat perhatian ramai pihak termasuklah kalangan kakitangan awam.

Terbaru, Nedim Nazri Aziz dikatakan berkemampuan memiliki banglo mewah bernilai RM7.218 Juta bersama-sama dengan diskaun RM500,9444.08 (-7%) atas nama bumiputera bumiputera.

Bangga? Sedikit bangga, apabila seorang anak Melayu kita berjaya memiliki sebuah banglo yang cukup mewah pada usia yang cukup muda? Tetapi……..persoalannya sekarang ini, mewahnya hidup beliau? Perniagaan apakah yang beliau jalankan? Bisnes apa yang beliau usahakan? Hanya berbekalkan jawatan pegawai khas Kementerian Pelancongan mampu berbelanja mewah seperti ini?

Jadi, adalah lebih baik bola persoalan isu pemilikan banglo mewah bernilai RM7.242 juta Berita Semasa dipulangkan semula kepada keluarga Nedim Nazri Aziz termasuklahlah ayahnya, Datuk Seri Nazri Aziz dikala rakyat Malaysia dan juga penjawat awam yang lain berperah keringat dan tenaga untuk memilki rumah idaman mereka berharga hanya sekitar RM200,0000-RM400,000.

Jikalau keluarga Shahrizat Jalil mampu membeli kondo mewah bernilai RM34.56 juta (KLIK SINI), Berita Semasa tidak terkejut. Ini kerana mereka menjalankan perniagaan lembu peringkat kebangsaan. Tetapi…..bagaimana pula, Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri boleh memiliki banglo mewah ini? Sumber?

Gambar Dokumen Rumah Bunglo Nedim Nazri Aziz?

Apa pandangan anda pula?



Share.

76 Comments

  1. tade ke orang nak dedahkan kos rumah setinggan senah, tentunya harga berpuloh juta rm.

    mana senah, tak nak komen

  2. Senah (Ori) on

    Salam Sayang & salam 1Najib

    Akak hairan dengan rakyat malaysia sekarang ni. Asyik sakit hati bila tengok orang lain senang. Tu lah kat malaysia ni, nak kaya kena berniaga atau jadi wakil rakyat. Baru hidup senang. Jangan nak hidup makan gaji dan makan suap je.

    Tengok anak menteri sorang ni. Hidup senang sebab bapak dia menteri, jadi wakil rakyat, boleh beli banglo RM7Juta.

    Akak bangga sebab kerajaan UMNO/BN berjaya mengkayakan orang melayu Islam di malaysia ni dengan pemilikan aset berjuta-juta hasil menjadi menteri.

  3. Apokobondo on

    Betul tu kak senah, nedim ni dah diajar menabung sejak kecil. Tu yang boleh beli banglo tu. Pandai bapa dia didik anak. Bapa borek, anak rintik lah katakan.

  4. bagi saya itu hak dia…dari mana dia dapat duit kita jangan tanya dan jangan buruk sangka… saya hormat dato nazri kerana beliau berani mempertahankan haknya sebagai seorang menteri yang telus…
    cuma ada segelintir manusia yang tak boleh tengok manusia lain senang dan kaya raya…

  5. ala org berduit biasa la boleh beli.xsalah pun kalau dia mampu.org xmampu tu diamlaa.kan kan

  6. ND mmg mate duitan…dulu kikis c jejai..ni nedim plak..kalo nedim dirampas owg lg bealih kt dafi af plak…asalkn anak menteri yg kaya raya

  7. sprm pun kne gega gk sbb segelintir menteri ni kebal xkne siasat lgsg…walhal terang2 currupt

  8. mmg aku kerja, bayar cukai semua untuk senangkan hidup menteri anak beranak, tu mmg GOAL utama dalam hidup aku. biar aku susah takpe, hidup menyewa, bayar barang mahal sebab minyak naik, ikat perut sampai akhir bulan, takpe, mmg takde hal, yg penting family semua menteri2 senang.

  9. Umno Muda (Ori) on

    Sokong Kak Senah,

    PR umpama mat jenin jatuh pokok..

    kah kah kah!

  10. xpe beb, kt dunia dowg bule lps…..aku pecaya pd hukum karma..setiap pebuatan ada balasan nye

  11. apedehal..m ungkin buat loan guna payslip nora danish ke.mana la tau kan

    ekeke

  12. anti senah on

    kadang2 perlu positif/ sangka baik. kdg2 tak sesuai bro. tgk tempat gak lah. bleh ke kita sangka baik kepada semua perompak dengan menganggap “kesian lah jgak kt perompak, dia nak cari duit gak nak sara anak bini” ? kl kena atas batang idung sendiri, baru tau kena sangka baik ke tak. SANGKA BAIK TENGOK KEADAAN. Kl gaji pegawai khas, bapak bayar, tak kan lah mampu beli rumah sampai RM7.2 juta bro? means duit dia hendaklah lebih banyak daripada 7.2 juta baru layak beli rumah. So, tak kan lah ayah dia bayar gaji sebulan kt dia (katanya duit poket ayah bayar gaji) RM1 juta kot?

  13. Bangkai Najib dan Najis UMNO BN on

    Malaysia ni bapak dia punya. Menteri bn dah bahagi sama banyak kekayaan Malaysia sebab tulah hutang negara meningkat, wang negara berkurang, menteri bn dan kroni makin kaya, rakyat pula yang sengsara. Selagi umno bn berkuasa, maka tulah bukti ramai rakyat malaysia yang miskin, sebab tu ada BRIM sebagai jambatan pilihanraya. Menyesal tak guna, peluang diberi kepada rakyat disia-siakan. Ni yang dikatakan najib bn dah berubah, ya…berubah jadi makin teruk dan makin terang mengaut harta kekayaan dengan wang negara. Celaka Najib dan BN penyangak.

  14. TANIAH KEPADA ANAK DIA,DAH BERJAYA MEMBELI RUMAH BERNILAI SEBANYAK RM7 JUTA…….BANGGANYA JADI ANAK MENTERI………

  15. gaji menteri boleh beli rumah banglo rm7 juta ke.
    makanlah duit rasuah tu banyak-banyak

  16. Anti Rasuah on

    Kita tunggu pilihanraya ke -14 tengok mana pemimpin yang akan jatuh dan lepas tu kena kaitkan dengan isu rasuah

  17. Sokong kak senah !!! hidup kak senah !!! tak pe, biar kte “miskin” .. biar “mereka” “kaya”… letih kan depa selama ni memerintah negara kte… hidup UMNO !!! -.-“

  18. Hang Nadim on

    Sudah menteri UMNO salah terang-terangan, jangankan yang tua, banyak gak macai-macai muda contohnya kat putrajaya tu tetap pangkah BN walaupun gaji paras kemiskinan. ish,ish. tak faham aku..

  19. Baru brape umur bdk ni dh beli rmh RM7 juta, nmpk sngt, Kalau berani suh bapak dia declare harta la, jgn senbang je lebih dlm TV3 suku

  20. Ok….lah tu, yg miskin minyak naik harga 20 sen dituruti barang naik harga …..dah nak mati….yg kaya boleh buat apa yg dikendaki. Jurang perbezaan kekayaan di negara ini antara terbesar di dunia…..sedih…..YB Anwar Ibrahim selamatkan negara ini. Tq YB.

  21. rumah anak menteri tu kita kira
    “ketentuan ilahi”…anak dia sedang melakukan
    “transformasi” dalam “merealisasikan” hasrat denyut nadi orang kaya di Mesia…dan kita berharap lebih banyak criter criti macam nie di masa hadapan walaupun kita tahu perjalanan kerjaya politic bapak dia sudah hampir koma..permilihan dah dekat…ajal politic bapak dia dak nak mampus..bila mampus baru SPRM terjah…berat naluriku berkata..nie kerja orang UMNO sendiri..ops cantas menjelang pemilihan umno.

  22. Salam Sayang,

    Berbanggalah melihat anak Melayu mampu miliki banglo. Buanglah sikap cemburu buta anda. Jangan pertikaikan dari mana sumber kewangannya sebelum mengetahui kebenaran. Kita tak akan maju selagi berdengki sesama bangsa. Kalau anak menteri, maka tidak berhakkah beliau hidup mewah? Siapa tahu beliau ada bisnes sendiri ataupun dapat duit berjuta2 hasil pelaburan yang kita tak tahu. Adakah anak menteri ditegah berbisnes ataupun melabur pada sudut pandangan pihak pembangkang?

    Akak bangga UMNO/BN berjaya melahirkan jutawan Melayu. Pembangkang pula mahu kurangkan kuasa Melayu dalam politik, ekonomi serta pendidikan.

  23. haha…mmg tak patut…kena check LHDN tengok berapa income dia declare…kalau tak sama mmg masuk dalam r mamat ni..

    tapi apakan daya LHDN / SPRM sume BN punya tu diorg boley slamat

  24. Kajian menunjukan Msia dan Cina adalah negara yg paling berasuah berleluasa di Asia.

  25. Senah (Tiru) on

    Aku setuju dengan Senah Ori. Kalau org berjaya org Malaysia dengki. Tapi bila org susah macam kes Isteri Mat Yo dia org ketawa dan kutuk habisss! Inilah sifat org Malaysia yang tiada tandingnya. Kalau org bukan Melayu kaya dia org tak marahpun. Berapa ketul jer Melayu yang kaya kat Malaysia ni berbanding org bukan Melayu. Insaflah org Melayu. Bersyukurlah Mohd Nedim antara jutawan Melayu yang ternama.

  26. Ban Kek Moon on

    Saya amat bersyukur org Melayu semakin ramai yang kaya dan jutawan. Suatu hari mungkin giliran aku pula. Aminnn!!!

  27. apasal melayu kuat dengki ?….anak menteri bukan melayu banyak yang kaya mayo tak ada pun depa kompang…..teringat filem bujang lapok , MR.SINGH :apa macam bangsa kao mahu maju bila sikit naik kao sudah dengki……

  28. sedangkan Anwar pon ada bisnes di USA, harta berjuta-juta. inikan pulak family UMNO…

  29. Takde masalah melayu kaya. Nak kaya buat bisnes betul betul bukan guna nama bapak menteri macam anak pemimpin umno. Lepas tu kecoh
    pukul orang
    minum arak
    kaki disko
    skandal perempuan
    jawatan bapak beri
    Dapat kereta mewah tokey beri
    Nampak sangat mkn duit haram

  30. Kalu kederat mkn gaji kerja beratus tahun pn rasanya tkdpt lagi beli rumah dgn hrga semahal tu…….

  31. tlrdhjngtanduk on

    moga rmh mewah tu dapat membantu dia semasa dia duk dalam tanah nanti…..rmh slps kematiannya…..kalau dia tk btl maka rmh itu tlng tinggi kan nilai timbangan dosa nya…..tp kalau memang rmh itu hsl titik peluhnya maka rmh itu yg akn tingkatkan timbangan pahala nya juga ats fitnah yg d lemparkan…..tp sy pelik la rmh 7 juta mampu d miliki oleh dia ngan umur sebegitu…ramai je bisnesman bsr2 yg msh tk mampu milik rmh semahal itu

  32. Anonymous on

    mana SPRM
    jadi wakil rakyat boleh kaya kah huh ini duit dari mana elaun ke gaji berjuta

  33. Jomm kita makan suap ramai-ramai …yeeeaahh

    Atuk dari muda smpai tua kerja cuma dapat beli rumah flat aja …

  34. spoiled brat on

    Bestnya bapa aku menteri, boleh duduk lepak2 and cari artis jd geisha aku. Aku tak payah keje pun, duit company bapa aku semua dah guaranteed from gomen contract n tenders. Tu sbb nora danish suka aku tu, dulu dia suka jejai, member aku jugak tu lepak2 sepanjang hari. Sapa tak puas ati, aku hantar bodyguard aku je pukul, kalau masuk case polis, aku just bagi name card bapa aku. Aku kan daddy’s boy.

  35. inilah manusia yg tdk takut dgn hukum Allah…makan rasuah, salah guna kuasa..d akhirat nanti sgl perbuatan akan di hitung wlpn sebesar zarah….hukum hudud prlu dlaksanakan kerana ia perintah Allah tanpa perlu pengecualian….

  36. korang tak tau ke keluarga nenek moyang dia memang kaya? dari sebelum nazri jd menteri diorg memang dah kaya raya..apa ada hal setakat banglo 7juta? dah berapa lama Nazri dlm kabinet? haiyoohh…
    jangan dengki, jangan menabur fitnah. check diri. 1 jari telunjuk korang tunjuk orang 4 jari tunjuk balik kat diri sendiri.
    Test cuba korang kat tempat diorang. You would do the same thing kan? jangan ckp besar yg u’ll be an angel. :-p

  37. banglo RM 7juta aje.
    tak heran pun.
    dah duitnya banyak, belilah apa hendak.
    punca duit? tanya dialah sendiri. tak dengki pun.
    dah tau, makan kena kira kalori, agaknya sepinggan aje. masuk perut yang satu tu aje.
    rumah paling mahal?, kerusi seribu pun duduknya hanya satu backside, tidornya pun hanya semuat dirinya, walau besar mana nya katilnya.
    tak dengki, tak irihati, tengok aje dari lubuk bahagia haruan. cumanya , tak masuk TV ke? nak tengok fesyen hiasan dalamannya, mana cantik dengan rumah si Tan Sri orang kaya kaya lain..

  38. mana kau tau dia rasuah? sebaliknya jangan pula kau yang dicop TAK TAKUT HUKUM ALLAH DENGAN MENABUR FITNAH.

    nanti di akhirat kau yang miskin seandainya kau telah memfitnah dia dan ramai yang membaca dan terpengaruh dengan kenyataan kau. bertambah miskin kau nanti.

    banyakkan istighfar. takut nanti tak sempat.

  39. putera kayangan on

    Aku buat rumah banglo atas awan..x de sape nk dengki ke weh…weh wehh..wehh..hahahaha

  40. amir shah on

    tulah, dulux tok nenak kita tak jadi lanun, kalau mereka jadi lanun tentu kita kaya mcm mereka juga, tapi tok nenek kita baikx, maka skg nie kita hanya mampu makan dgn rezeki yg halal jer.

  41. Kenapa la bangang sangat, berapa sen sangat gaji menteri akak oi. Yang selebihnya duit bawah meja akak oi. Sampai Dato Nazri pun terkedu tergamam nak jawab anaknya ada rumah RM7 juta. Duit bawa meja bapanya kau kira lagi.

  42. Dah mcm jalang aku tengok si nora danish….asik himpit anak vip aje….dulu anak ramli ngah sarip….sekarang anak nazri ajis….semua anak vip perak jee. ooooiii nora aku pun anak datuk dari perak juga….mari le himpit hehehe

  43. bal sagoth on

    Taik kucing sapa yg sokong Bn….kaya dgn wang rakyat…lancau….mana anjing tu dpt duit juta2 klu sumbernya bkn dr rakyat sndri???macai …klu brani isytiharkn harta br lu tau…..gua sbgi rakyat terpaksa berjuang untk hidup…bkn senang nk jd org senang tp klu nk sng jd la anak menteri…senang mkn wang rakyat byk2 beli banglo juta2 …

  44. satu je yg aku nak ckp. rakyat mesia ni negative thinking je memanjang.

  45. Soal mcm mn dia dpt kekayaan tu antara dia dgn tuhan.klu xde bukti psl rasuah dsb baik dok diam.fitnah org x abis2…cuba bersangka baik.menteri gaji berapa banyak?dh berapa lama nazri aziz jd menteri?aku pilih bersangka baik dr memburukkn org tanpa bukti dan sekadar dgr org ckp…

  46. Tepuk dada tgk blk video anwar ibrahim apa yg dia cakap semua betul,

  47. Macai2 umno yg duduk dirumah setinggan kata…. bangga tengok anak menteri2 ada rumah juta2…

Leave A Reply