Biodata Najib Razak Perdana Menteri Malaysia Keenam


Biodata Najib Razak Perdana Menteri Malaysia Keenam

Siapa Najib Razak ini? Beliau merupakan anak seorang bangsawan iaitu Perdana Menteri Malaysia Tun Razak yang menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua yang digelar ramai sebagai Bapa Pembangunan.

najib razak

Atas dasar beliau merupakan anak kepada bekas PM, perjalanan politik Najib Razak boleh dikatakan cukup pantas apabila diangkat sebagai ahli parlimen termuda pada 40 tahun yang lalu. Dan sekarang ini beliau diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Perjalanan politik Najib Razak bersama isteri Rosmah Mansor cukup dengan warna-warni apabila dicampakkan dengan pelbagai isu termasuk isu 1MDB sepertimana yang dilaporkan oleh Sarawak report dan juga Wall Street Journal WSJ, sumbangan derma 2.6 bilion, laporan berita kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan tidak lupa juga pembelian kapal selam Scorpene.

Walaubagaimanapun di satu sisi lain pula, idea dan cadangan serta gerak kerja yang dilakukan Datuk Seri Najib menubuhkan UTC dan juga memperbaiki sistem pengangkutan awam di Malaysia amatlah dihargai.

Semak Profil dan Biodata Najib Razak Perdana Menteri Keenam


Nama Penuh : Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Nama Panggilan : Najib Razak
Umur : 63 tahun tahun 2016
Keturunan : Bangsawan Makassar keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar
Alamat Rumah dan Kediaman : Sri Perdana, Putrajaya
Tarikh Lahir : 23 Julai 1953
Tempat lahir :
Parti : UMNO

Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Bangsa : Melayu

Sekolah Rendah : Institusi St. John, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah : Institusi St. John, Kuala Lumpur
Pengajian Tinggi : Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England dan menerima Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi Industri, Universiti Nottingham, England

  • Blog : https://www.najibrazak.com
  • Twitter : http://twitter.com/NajibRazak
  • Facebook : http://www.facebook.com/najibrazak
  • Instagram : https://www.instagram.com/najib_razak
  • Portal 1Malaysia : http://www.1malaysia.com.my/

Senarai Kerabat Penting Najib Razak

Nama Kerabat dan KeluargaPangkat
Rosmah MansorIsteri
Tengku Puteri Zainah Tengku EskandarBekas Isteri
Abdul Razak Hussein aka Tun RazakAyah
Tun Rahah NoahIbu
Hussein OnnBapa Saudara
Suhaila NoahMak Saudara
Nazir RazakAdik
Hishammuddin HusseinSepupu
Mohd Nazifuddin NajibAnak
Puteri NorlisaAnak
Riza AzizAnak Tiri

Jawatan Terkini Najib Razak
Perdana Menteri Malaysia
Presiden UMNO
Presiden Barisan Nasional BN
Menteri Kewangan
Ahli Parlimen Pekan Pahang

P/S : Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan dengan anda koleksi jam mewah dan mahal yang seringkali dipakai Datuk Seri Najib Razak pada ketika menghadiri majlis rasmi dan berjumpa pemimpin dunia. Antaranya Royal Oak Offshore by Audemars Piguet, Jaeger LeCoultre Master Grande Tradition Tourbillon a Quantieme Perpetuel, Hublot Big Bang,Panerai PAM 521 Radiomir, Breguet Type XX Chronograph dan juga……..Anda boleh sambung semak 6 gambar seperti di bawah ini…

PP/S : Banyak duit Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia. Mungkin hobinya mengumpul jam mewah lebih-lebih lagi ketrampilan sebagai seorang lelaki dan pemimpin Malaysia, jadi beliau perlu bekerja keras. Mungkin menyimpan lebih?