Biodata Khairul Hafiz Jantan. Pemegang Rekod 100m Malaysia

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Biodata Khairul Hafiz Jantan. Pemegang Rekod 100m Malaysia

Inilah yang dinamakan anak jantan. Betul-betul jantan apabila dilepaskan di lapangan. Sepantas kilat dan meluncur laju ke garisan penamat. Khairul Hafiz Jantan

khairul hafiz jantan

Beliau telah berjaya mengangkat nama bumi Melaka apabila negeri tersebut terus melahirkan pelapis kepada barisan pelari pecut negara Malaysia.

Yang mengejutkan rekod Malaysia Watson Nyambek dari Sarawak yang telah bertahan 18 tahun lamanya telah berjaya dipecahkan oleh Khairul Hafiz Jantan dalam acara 100m semasa berlangsung olahraga Sukma Sarawak 2016.

Tahniah Berita Semasa ucapkan kepada anda. Umur masih muda remaja. Masih banyak yang boleh digilap lagi dan dicapai pada masa akan datang. Tidak mustahil bakal menjadi jaguh Asia suatu masa kelak.

Terbaru beliau baru sahaja menang pingat emas 100 m di acara Sukan Sea 2017 sekaligus diangkat sebagai pelari terpantas di Asia Tenggara. Tahniah.

Semak Biodata Khairul Hafiz Jantan

Nama Penuh : Khairul Hafiz bin Jantan
Tarikh lahir : 22 Julai 1998
Negeri Kelahiran : Melaka
Alamat rumah : akan dikemaskini
Warganegara : Malaysia
Bangsa : Melayu
Agama : Agama Islam
Nama teman wanita aka makwe : Tidak diketahui

Nama bapa : Jantan
Nama ibu : Akan dikemaskini

Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Datuk Demang Hussain Bukit Katil Melaka
Sekolah Menengah :

  1. SMK Bukit Baru Melaka
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Melaka – sekolah sukan
  3. Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor Bahru

Pencapaian Terbaik :

  1. Pemegang rekod Malaysia bagi 100 m (10.18 saat)
  2. Pemegang rekod kejohanan Sukma Malaysia pada edisi 2016 bagi 4x100m
  3. Pingat emas Sukma Sarawak 2016 bagi 100m
  4. Pingat emas Sukma Sarawak 2016 bagi 4x100m
  5. Pingat emas Sukan SEA 2017 bagi 100m

Video aksi larian pecut Khairul Hafiz Jantan bagi 100m dan 4x100m dikongsikan di bawah ini:



Share.

5 Comments

  1. HALIMATUL SAADIAH BINTI MOHD SANI on

    TERBAIK SAYA DOAKAN ANDA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT

  2. [rabiatul} {umairah} {najwa} on

    Assalamualaikum abang…. Saya dan kawan kawan mendoakan abang berjaya di dunia dan akhirat…. Kirim salam kat mak dan ayah abang.. Assalamualaikum.. bye

Leave A Reply