Biodata Khairul Fahmi Che Mat, Pemain Kelantan Malaysia

Biodata Khairul Fahmi Che Mat, Pemain Kelantan Malaysia

biodata khairul fahmi

Khairul Fahmi atau lebih popular dengan panggilan dikalangan rakan sepermainannya Apek, mula menempa nama apabila ketangkasannya menjaga kubu terakhir dan gawang pasukan Malaysia semasa berlangsung kejohanan bola sepak aff Suzuki Cup 2010 yang lalu.

Sejak daripada itu, kelibatnya seringkali menjadi perhatian lensa kamera dan peminat bola sepak di Malaysia.

Personaliti dan ketangkasannya yang ada pada dirinya berjalan seiring dengan prestasi semasa yang ditunukkan baik ketika mengemudi pasukan Kelantan FC dan juga pasukan negara Malaysia.

Biodata Khairul Fahmi Che Mat aka Apek

Nama penuh : Khairul Fahmi bin Che Mat
Nama panggilan : Apek
Tarikh lahir : 7 Januari 1989
Tempat lahir : Kampung Dusun Raja, Cherang
Negeri Kelahiran : Kota Bharu Kelantan
Gaji dan Kekayaan : Akan dikemaskini
Nama Bapa : Che Mat Hussein
Nama Ibu : Tidak diketahui
Nama Isteri : Nur Eilunie Natasha Jaafar @ Leuniey Natasha
Nama Anak :

  1. Kayla Elayna
  2. Khaleel Emir lahir

Alamat Rumah : Tidak diketahui
Jenis Kereta : Akan dikemaskini

Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu, Kelantan
Sekolah Menengah : Sekolah Sukan Bandar Penawar @ Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail dan Sekolah Sukan Bukit Jalil, Selangor

Tinggi : 1.73 m
Posisi bola sepak : Penjaga Gol
Kelab : Kelantan FC aka The Red Warrior

KejohananPencapaian Bola Sepak
Piala AFF  Suzuki 2010Juara
Bola Sepak Sukan SEA 2011Pingat Emas
Piala FA 2009Naib Juara
Piala Malaysia 2009Naib Juara
Liga Super Malaysia 2010Naib Juara Liga
Piala Malaysia 2010Juara
Piala Sumbangsih 2011Juara
Piala FA 2011Naib Juara
Liga Super Malaysia 2011Juara Liga
Piala Sumbangsih 2012Naib Juara
Piala FA 2012Juara
Liga Super Malaysia 2012Juara Liga
Piala Malaysia 2012Juara
Piala Sumbangsih 2013Naib Juara
Piala FA 2013Juara
Piala Malaysia 2013Naib Juara

 

MusimKategori Anugerah
2013Penjaga Gol Terbaik
2012Penjaga Gol Terbaik
2011Penjaga Gol Terbaik
2010Penjaga Gol Terbaik
2010Pemain Muda Terbaik